Produk makanan keluaran felda memang terbaik laa. Saya sendiri dah cuba, memang sedap dan lazat. Antara jenama terbaiknya ialah Saji, Mariana, Adela, Pelangi, SunBear dan banyak lagi. Tapi sebelum kita pergi lebih terperinci, apa kata tengok dulu testimonial terbaru dari pembeli pakej www.rahsiataufufah.com dibawah (tunggu gambarnya loading yaa)
Saya doakan bisnes brand Armani Soya terus berkembang dan maju jaya. Amin 😀
Senarai Produk Makanan Dari Felda.
Memang banyak produk makanan felda nie. Semuanya diusahakan oleh anak syarikatnya iaitu Delima Oil Products Sdn Bhd. So kalau nampak nama syarikat ini pada label produk, itulah produk felda yang berkualiti. Jom tengok produk-produknya dibawah:
Minyak Masak Saji: Kalau tengok kat pasaraya, minyak masak saji nie cepat jee habis. Yelah, ramai sangat peniaga-peniaga menggunakan minyak masak saji ini. Ini kerana minyak masak ini tahan lama, baunya lebih baik dan lebih berkualiti.
Sos Tiram Saji: Ini produk terbaru felda dipasaran. Saya katakan, ia memang sedap. Tak caya, cubalah rasa terus dari botolnya. Memang sedap dibandingkan sos tiram di pasaran. Memang sesuai ditambah dalam apa jua masakan.
Susu Cair dan Susu Pekat Saji: Kalau mahukan air teh tarik yang lemak berkrim, cubalah susu pekat dan cair saji ini. Confirm nak lagi.
Lemak Sayuran Mariana. Kebanyakkan peniaga roti dan bun menggunakan lemak sayuran Mariana nie. Ia menghasilkan bun dan roti yang lebih lembut. Biasanya dijual timbang kerana pihak felda hanya menjual dalam kotak besar untuk kegunaan peniaga.
Marjerin Pelangi: Masa mula-mula keluar dulu, agak berminyak sikit. Tapi sekarang kualitinya dah lebih baik dan mampu menghasilkan biskut dan kuih yang sedap.
Minyak masak Sunflower & Canola Adela: Bagi peminat minyak masak matahari dan Canola, cubalah keluaran felda brand Adela nie. Memang bagus untuk meningkatkan lagi kesihatan keluarga anda.
Marjerin Lembut Adela: Ia macam planta juga dan sesuai disapukan pada roti dan sebagainya.
Mayonis SajiMayo: Bagi peminat masakan barat, bolehlah cuba guna mayonis sajimayo nie. Memang sedap dan berkualiti.
Peanut Butter Sunbear: Produk ini menjadikan sarapan pagi lebih mudah, enak dan berkhasiat. Hanya perlu sapukan peanut butter Sunbear pada roti sahaja.
SajiMee: Sajimee nie macam mee maggi juga. Meenya kenyal dan enak juga. Saya pun selalu guna mee dia untuk masakan berkuah. Saya gunakan mee dia sahaja.
Banyak lagi sebenarnya produk dari felda nie. Kalau anda lihat label produk dengan nama Delima Oil Produts Sdn Bhd, itulah keluaran felda yang bermutu. Bagi peniaga yang ingin membeli pada kuantiti yang banyak, eloklah call office mereka untuk mendapatkan pengedar utama di tempat anda. No telefon officenya ialah 03-26929800. Jika beli dari pengedar, tentulah harga lebih murah dan dihantar terus ke kedai anda. Semoga artikel ini bermanfaat.
akubiomed says
Tidak dinafikan antara produk terbaik. 🙂
Hairul Hissam says
MUngkin pihak felda ada R&D team yg bagus dlm membangunkan produk makanan yang berkualiti..
puteri kasih says
puteri pun guna produk saji…terutamanya minyak masak 🙂
Hairul Hissam says
Saya pun sama puteri.. 😀
puteri kasih says
lepas ni nak buat kek..kena guna adela plak 🙂
Hairul Hissam says
Adela… Namanya pun sedap.. kalau guna bertambah sedap kek nyeee. heee
Ramai juga peniaga kek mengunakan minyak masak saji mengantikan minyak jagung utk menjimatkan kos bahan 😀
puteri kasih says
kek puteri adela…hehehe. ohh minyak saji pun boleh gantikan minyak jagung ke? 🙂
Hairul Hissam says
Kalau jual tu tentu laku. heee
betul tu puteri…
Hafizul says
pernah guna minyak saji aje yang felda punya..yang lain2 belum try lagi..hehe..tapi rasa macam nak cuba mee tu jer..hehe
Hairul Hissam says
Rugi bro kalau tak try. mau menjilat sudu garfu nanti. heee
puterijamu says
tq… jarang beli product ni… lepas ni nak tukar to felda nye product la plak…
Hairul Hissam says
Mmg bagus tu. Bahan mentahnya yg segar dari ladang menjadikan produk makanan felda berkualiti… 😀
Hero Borneo says
satu product yang boleh menjadi gantian kepada produk luar..jenama yang tu!!
Hairul Hissam says
Belilah produk malaysia yg tulen dan bermutu dari felda 😀
Hero Borneo says
ha..ha.. yang itu saya setuju!
Hairul Hissam says
Malaysia boleh. heee
mai has says
sama-sama kita sokong produk Saji…
Hairul Hissam says
Produk berkualiti saji menjadi pilihan ramai 😀
ahmadyani says
Saya anak Felda….kenalah support keluaran Felda. Sedap, berkualiti dengan harga berpatutan.
Hairul Hissam says
Oh kalau anak felda mmg wajib tu beli keluaran felda… 😀
Kamil Salleh says
FELDA sekarang semain maju. Banyak produk yang mereka telah keluarkan. Semoga FELDA terus maju jaya dengan pengeluaran produk yang bermutu tinggi. Insya Allah… sokonglah produk tempatan.
Hairul Hissam says
Semoga felda terus menghasilkan produk berkualiti utk manfaat rakyat Malaysia..
Anak Askar Pencen says
Buat masa ni, kat rumah kami biasa pakai susu sejat Saji. Murah sikit harga banding brand lain pada kualiti yang setanding.
Hairul Hissam says
Tu yg bagus saji nie.. murah dan sedap. saya pun guna susu sejat saji 😀
Aerney mariana abd malek says
Salam en.hairul…sy nk ucapkan jutaan tq yg x terhingga coz sudi berkongsi cara nk buat bun pau dan piza. Ilmu yg en.hairul kongsi rsnye x berbaloi dgn harga dvd rm60 yg pd hemat sy sgt murah tp penuh dgn ilmu. Kini bru hari ke 3 jual piza permintaan semakin bertmbh…hari pertama sy buat 4 biji je doh…tp hr ke 2 dh dpt 8 biji order…harini hari ke tiga dpt order 12 belas biji…memg terkejut sy…memg sgtt2 membntu sy…pd awal thn ni sy beli dvd ni sekadar suka2 saje tetapi atas sebb2 tertentu sy terpksa resign keje account clerk dan start keje sndri iaitu wat grafik design…tp beberape bulan lepas sy buat piza nk jamu kwn2 sy…lepas tu diorg kata sedap rotinye gebu dan lembut x sama yg ada dipasaran….dorg suh saya start jual…so terhasil lah sakura pizza…feel free to like my fb page sakura toast & cookies. Tq x terhinngga coz masih ada lg org yg x kedekut ilmu mcm en.hairul…
Hairul Hissam says
Wsalam, tahniah saya ucapkan atas kejayaan memulakan bisnes pizza, sakura toast… Hebat nama brand tu Sakura Toast. Dan saya puji cara promosi Cik mariana dalam fanpages sakura toast & cookies tu. Flyer nyee pun dahsyat laaa. Saya doakan bisnes cik mariana bertambah maju nanti yeee 😀
Aerney Mariana says
Hehehe….smoga biz en. hairul pun bertambah maju dan diberkati Allah selalu. Flyer tu sy design sendiri tu en. hairul…picture pizza tu pun sy shoot sendiri coz sy memg ada 1 company grafik design partnership dgn adik sy…..
Hairul Hissam says
Patutnya flyernyeee cantik gilerrr… Grafic flyer mmg penting dlm menarik perhatian pelangan.. semoga bisnes pizza cik mariana terus maju jaya.. 😀
Indra says
Di mana sya blh dapatkan susu cair saji kat area alor setar kedah…dh puas saya pusing pasaraya tapi tak ada…
Hairul Hissam says
maaf saya tidak tinggal di sana. so saya pun tak tahu mana nak dapatkan susu cair saji di sana..
Farha IbuCergas says
oh selama ni x tau pon semua tu keluaran kita.. tq2.. lepas ni beli jenama2 ni. insyaAllah
Hairul Hissam says
Bab makanan, saya mmg prefer produk org islam sbb lebih terjamin halal…
Yus says
Cuba contact no yg diberi tp xdapat, nk mntak diorg supply kt kedai runcit kami, ada siapa3 dpt bantu bg no yg blh di hubungi.
Tq
Hairul Hissam says
Mungkin pihak fgv dah tukar tempat atau phone kot.. Elok call operator telefon 103 dan minta no baru Delima Oil Products Sdn Bhd. Kemudian call mereka minta dealer yg berdekatan.
Azlan Ahmad says
Assalamualaikum semua, terima kasih kepada En Hairul pemilik blog kerana banyak berkongsi ilmu serta maklumat yang sangat-sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.
Bisnes air minuman adalah satu bisnes yang memang telah diketahui satu bisnes yang memerlukan modal yang rendah. Tetapi yang baiknya untuk usahawan yang baru menceburi bisnes air minuman, bisnes ni mengembalikan keuntungan yang optimum jika kita buat secara betul.
Saya bercakap berdasarkan pengalaman saya sendiri, saya sendiri menjalankan bisnes air minuman. Apa yang ingin saya sarankan kepada rakan-rakan pembaca, memang berbaloi memulakan bisnes air minuman.
Terima kasih kepada En. Hairul, banyak juga saya baca artikel beliau dan banyak memberi inspirasi.
Selamat Maju Jaya Kepada Semua !!
Hairul Hissam says
wslm, bisnes yg banyak menggunakan air, mmg keuntungannya memang tinggi. Cuma kena cari tapak atau tempat berniaga yg ramai org sahaja. InsyaAllah untungnye besarrrr. terima kasih atas pandangan en azlan tu…
Anuar S. Rahman says
Kenapa myk msk SAJI sungguh pyh dpt dikawasan sy, (SG.Rsmbai, Melaka) hanya ada 1 Kedai saja. Sy selalu nak pergi keMerlimau (Fresco) ITU pun nasib kdg2 habis.unk pengatahuan tuan ramai org temp at sy guna utk myk pelincir.
Hairul Hissam says
Saya kurang jelas.. maksudnya guna minyak masak cap saji sebagai pelincir?
Kalau guna pelincir rantai motor, boleh tak?