Video tutorial cara daftar dan guna CIMB & maybank2u online banking


Saya percaya ramai yang masih takut menggunakan perkhidmatan online banking. Ia sama ketika mesin ATM mula-mula diperkenalkan. Pada ketika itu, ramai yang bimbang akan keselamatan wang mereka menggunakan mesin atm. Namun sekarang, ia telah menjadi kemudahan yang amat memudahkan kita mengeluarkan wang tunai.

Begitu juga online banking. Suatu hari nanti ia akan menjadi keperluan dalam kehidupan kita. Dan amat bijak jika anda belajar menggunakannya dari sekarang. Ia dijamin selamat. Bertahun-tahun saya menggunakan tanpa sebarang masalah. Kalau ada masalah, tentu dah riuh di forum atau akhbar.

Tutorial ini untuk CIMB online banking, namun cara ini boleh digunakan untuk daftar atau menggunakan maybank2u online banking. Caranyanya sama sahaja.
.

kad atm cimb

.
Langkah pertama pastikan anda telah mempunyai akaun bank dan kad ATM CIMB. Jika belum, anda boleh membuka akaun bank CIMB di mana-mana cawangan CIMB. Bawa sekali RM50.00 dan kad pengenalan anda. Elok bawa juga surat beranak, incase kad pengenalan tidak boleh dibaca.

Setelah anda memilliki kad ATM CIMB, anda boleh terus mendaftar cimb online banking tanpa perlu ke kuanter. Saya telah menyediakan video tutorialnya seperti dibawah untuk memudahkan anda.


Video Pendaftaran CIMB Online Banking


.
Mudah bukan, mendaftar CIMB atau maybank2u online banking. Video seterusnya ialah cara memeriksa atau check wang keluar masuk dari akaun bank anda secara online. Ini sangat memudahkan peniaga online memeriksa penerimaan wang dari pelangan mereka.
.

Video Memeriksa Wang Keluar Masuk CIMB Online


.
Kelebihan menggunakan CIMB online banking ialah kita boleh melihat masa pembayaran atau masa penerimaan wang. Ini sangat memudahkan peniaga online untuk membezakan pembayaran di antara pelangan dengan pelangan yang lain. Sekiranya terdapat penipuan dari pembeli, ia dapat dikesan dengan lebih mudah. Malangnya Maybank2u TIDAK mempunyai masa pembayaran seperti CIMB.

Video seterusnya ialah cara membuat pembayaran secara online. Disini anda akan lihat ciri keselamatan menggunakan TAC Number. TAC ini merupakan nombor yang akan dihantar ke handphone kita untuk membuat pengesahanan pembayaran online. Nombor TAC yang diberikan akan expired selepas anda log out dari online banking anda. Jom lihat videonya.


Video Cara Pembayaran CIMB Online


.
Mudah bukan membuat pembayaran melalui online. Dengan penggunakan TAC number, urusniaga keluar masuk wang menjadi lebih selamat.

Top up Handphone Online & Bayar Bill Online

.

menu cimb

.
Gambar di atas merupakan menu di ruangan CIMB online banking. Seperti dalam video ketiga, kita menggunakan menu transfer untuk membuat pembayaran ke bank pihak ketiga. Disebelahnya menu Bill Payment digunakan untuk pembayaran bill air, bill elektrik atau kepada mana-mana syarikat yang berdaftar dengan CIMB. Menu seterusnya Prepaid Reloads membolehkan anda top up online credit handphone anda dengan mudah. Cara pembayarannya sama sahaja.

Untuk makluman tambahan anda, perkhidmatan online banking ini didaftar pada kad atm anda. Sekiranya kad atm anda rosak dan ditukar yang baru. Anda perlu mendaftar online banking anda semula.

AMARAN. Jangan buka laman web CIMB atau maybank melalui email yang diterima. Jika anda menerima email tentang akaun bank anda, ianya palsu dari penipu internet (scammer). Pihak bank tidak akan menggunakan email dalam urusan bank. Jika anda tidak melayan email mereka, anda akan selamat. :D

JIka ada masalah dengan pendaftaran, elok call terus cimb hotline utk bantuan di 1 300 880 900 . Salah satu sebab masalah pendaftaran ialah lupa nombor epin. Bila lupa, anda perlu minta cimb hotline cancel nombor epin yg lupa dulu. Selepas tu barulah daftar no epin yang baru. Saya bukan pegawai CIMB ya. So elok tanya hotline dia kat 1 300 880 900.

Sedikit tambahan untuk pendaftaran RHB online banking. Baru baru ini saya mendaftar RHB online banking dan ia lebih mudah. Anda tidak perlu request E-Pin number di ATM machine. Anda boleh terus mendaftarnya secara online.

P/s: Kebanyakkan masalah yg dihadapi pengguna ialah lupa e-pin number. Jika e-pin terlupa, ia perlu dicancel terlebih dahulu melalui call CIMB atau pergi ke cawangan cimb sebelum request e-pin yg baru di mesin ATM. Sebab ada juga pengguna pernah request e-pin sebelum ini dan cuba request yg baru tanpa cancel epin yg lama. tu yg msalah. Sebab saya pernah kena ngan maybank sebelum ini. So saya assume ia sama dgn CIMB.



Email artikel ini pada rakan Email artikel ini pada rakan


Anda dialu-alukan :D
1. Jika anda suka artikel ini, boleh klik button LIKE. Barulah saya tahu anda sukakannya :D
2. Anda dialu-alukan berkongsi artikel ini dengan button disediakan atau share url link artikelnya.
3. Utk button "Email Artikel ini pada rakan", anda boleh juga email kpd diri sendiri sebelum forward kpd rakan. (Boleh letakkan ruangan Email Anda dan Email Rakan dgn email id yg sama)
4. Kalau nak Print, tekan pada keyboard anda: Ctrl dan P serentak.


Artikel Menarik Berkaitan:


Artikel Pilihan Blog Hairul.com:









Posted on 18 Feb 2011 - Visited 43030 times, 115 so far today    107 Comments » Hak Cipta Terpelihara @ HAIRUL.COM

Ada 2 ruangan komen iaitu Komen FB dan Komen Biasa.



Komen Menerusi Facebook (Baru Dibuka June 2012)

Ruangan Komen & Pertanyaan Biasa:

 

107 Responses to "Video tutorial cara daftar dan guna CIMB & maybank2u online banking"

  1. shahrul says:

    information ni lh yg sy nk tau sgt2.thanz en. hairul krna x lokek bg ilmu…..teruskn dgn infrmtion yg brguna kpd pmbaca blog ni…inilh strategi yg trbaik sbg seorg ushwn intrnet…mybe jutawan internet dh kot..he.he..heee

    • Hairul Hissam says:

      Tima kasih kembali En. Shahrul kerna terus menyokong blog ini :D
      InsyaAllah minggu2 seterusnya lebih byk tips perniagaan samada online atau offline..

      p/s: rasernya jauh dan jauh lagi jadik jutawan.. he.he.he..
      tapi kalo pembaca blog nie jadik jutawan kelak.. saya tumpang gembira..
      mungkin en Shahrul.. aminnnn..

  2. Panduan yg sangat bagus buat mereka yg mahu mendaftar online banking.
    Sy merujuk kepada video tuan terlebih dahulu sebelum ‘merempit’ ke CIMB.
    Alhamdulillah, urusan pendaftaran menjadi cepat dan mudah. Alangkah bagusnya
    jika pihak bank menampal prosedur pendaftaran seperti yg tuan lakukan.

    Sy bercadang untuk menggunapakai video tuan untuk berkongsi cara mendaftar
    online banking dengan orang lain pula. Sy percaya masih ramai pengguna di luar
    sana belum tahu cara yang betul untuk menggunakannya.

    Jangan risau, blog tuan akan dijadikan reference utama.
    Terima kasih atas informasi yg sangat bermanfaat ini.

    • Hairul Hissam says:

      Tahniah cik Cemare kerana berjaya mendaftar CIMB online…
      lepas nie boleh la shopping secara online..he.he.he
      Cik Camera boleh berkongsi artikel melalui button share yg disediakan di bawah artikel…

      Tapi jika nak berkongsi melalui medium blog atau web.. HANYA video sahaja dibenarkan…
      semua video-video yg saya hasilkan boleh dikongsi di mana-mana blog atau web org lain…….
      malah amat di alu-alukan….. tapi ingat, video sahaja…

      tq cik cemare jingga…. wah special nama tu.. :D

  3. enayee says:

    jika card CIMB saya adalah teen card, bolehkah saya mendaftarkan online banking?

  4. sriza says:

    nk tya kalau bt online banking ni kene caj x penggunaanya?
    first time nk bt ni.Tq.

  5. basir says:

    assalamualaikum….saya nak tanya,tak bahaya ke guna sistem online maybank2u untuk buat segala pembayaran bil air,api dan lain2 bil melalui online banking…? sebab tiada resit…boleh beri penjelasan..!

    • Hairul Hissam says:

      wsalam en basir. so far saya guna tiada masalah..
      dah betahun2 saya wat pembayaran bil dan lain2 guna internet banking..
      tak pernah pula ada masalah..
      cuma satu je.. jangan buka laman web bank melalui email yg diterima. tq :D

  6. mimi says:

    saya nak tnya ckit…saya dah bt cimb click dkt atm mesin dan saya cuba bt kt internet x dapat la…blia saya dah masukkan semua maklumat dan submit dia kata saya punya no kad yang ada kt belakang kat atm dah di gunakan…macam mna sya nk buat kalau jd macm nie…?

    • Hairul Hissam says:

      Ada kemungkinan juga cik mimi tersilap masuk nombor kat belakang kad atm tu.
      tapi kalo masih ada masalah kerana no kad tersebut telah digunakan….
      elok cik terus bertanyakan pada pihak CIMB.. boleh call hotlinenya untuk bantuan..
      ni nombornya 1 300 880 900

  7. ruby says:

    en. hairul…saya mendaftar cimb click sambil melihat video yg en.hairul sertakan..(sebelah2).tp pendaftaran sy tak jgk berjaya…setelah sy mencuba beberapa kali…bila sy submit form tu…dia loading..tp stil dpt page yg sama seperti sbelum disubmit..kenapa yea?
    e-pin yg kita daftar kat atm mesim tu valid bape lama? cz setelah beberapa hari tukar e-pin baru sy login tuk daftar cimbcliks

    • Hairul Hissam says:

      tak silap saya, kalau terlupa nombor epin..
      bila nak tukar, kena cancelkan dulu no epin lama…
      cara cancelnya kena call CIMB hot line.. 1 300 880 900

  8. sriza says:

    camne ekk nk transfer dr maybank2u ke bank lain cntoh cimb,bimb n lain2 bankla…
    kene caj x kalau transfer ke bank lain?

  9. faris says:

    sya da x engat no epin sya…mcm mana nk dptkannya blik??/

  10. azira says:

    thank for share.
    cara nk guna CIMB click…sy nie nama je ader cimb clik tp xtau guna.
    da tgk nie….boleh la guna beli brg.
    thank a lot ok.comel la yor voice.mcm dafi Spa Q…

    • Hairul Hissam says:

      tima kasih kembali Cik Azira:D..
      mmg mudah ada online banking…..
      mudah beli barang, bayar bil, top up handphone dan sebagainya….

  11. joe says:

    boleh ke saya buka akaun sebab saya baru 14 tahun?
    saya nak tanya kalau nak buka akaun kena bawak rm50 atau lebih?

  12. Syafiq says:

    salam..saya belum buat lagi cimb clicks dan akan buat tapi satu persoalan kalau kita beli barang online dan bukti pembayaran mesti ditunjukkan bagaimana??? dalam video tu menunjukkan rekod pembayaran ada tapi macam mana nak hantar pada penjual???saya tidak faham part itu…

    • Hairul Hissam says:

      wsalam, sepatutnya kalo pembayaran guna CIMB, bagi masa dengan tepat sudah mencukupi. Tapi ada juga penjual minta juga bukti pembayaran. caranya selepas berjaya buat pembayaran, di laman web CIMB akan keluar text atau screen successful transaction.. so select semua text disitu lepas tu copy, paste dan berikan pada penjual. :D ..

  13. Salam,

    Saya dah biasa guna CIMB click…masalahnya jika ada 3, 4 org yg transfer fund dari akaun maybank 2u (IBG)ke akaun CIMB saya pada hari yg sama dan ambil masa 1,2 hari utk clear. Tetapi transaksi yg benar2 berlaku adalah 2 saja. Mcmana saya nak trace siapa yg benar2 buat bayaran dan siapa yg tidak walaupun semua hantar bukti pembayaran dgn imej screen shot. (Imej screen boleh di edit dgn photoshop nampak mcm real). Dlm calender view hanya tunjukkan transfer fund via IBG credit, tarikh dan jumlah tanpa ref. no…

    • Hairul Hissam says:

      Wsalam, Untuk pindahan antara bank, boleh juga minta pembeli buat pembayaran tambahan dalam beberapa sen untuk memudahkan kita check. Atau hubungi pihak CIMB untuk detail pembayaran. :D

  14. fareez says:

    en.hairul ..sy nk tanya..saya mempunyai hong leong bank islamic akaun…macamana saya nak buat pembayaran macam en.hairul tunjukkan kt atas tu..??

    • Hairul Hissam says:

      Tutorial di atas untuk CIMB Cik Fareez.. utk hong leong bank, saya tak pasti, better tanya pegawai bank disana.. Mcm RHB, online bankingnya tak perlu request pin number.. terus daftar di online banking..

  15. Azlan says:

    E-pin tu pin num kite sendri ke???

    • Hairul Hissam says:

      number epin tu.. kita yg berikan dan masukkan ke dalam mesin atm…..
      kena ingat nombor tu ya en Azlan… untuk digunakan dalam pendaftaran online banking… :D

  16. muja says:

    tumpng tny..
    ape y byk sgt pin y nk kene msukkn??
    ane nk dpt no 2..

  17. muja says:

    sy dh g atm n amk e-pin..
    ble sy regster..kt c2 tuls invlid loan no..
    tp sy msukkn acc no..
    pning la..
    sy wt bis on9..sush r xda cimb click

  18. shafiq says:

    salam,trma ksih byk2 ats info..sy nk tnya..bleh x klau kite bukak akaun scra online? adkh pkhdmatan ini dsediakn?

  19. LIn says:

    sy pertama kali guna cimb cliks.. berpandukan video yg en.hairul paparkan.. sy buat akaun transfer ke akaun cimb yg lain..slps sy isi form akaun transfer, dan bahagian remarks tu sy tulis Percubaan sprti yg en.hairul paparkan, lps tu sy submit..trnsfer x berjaya..dia keluar blk form tadi..dn tertulis di atas (saving and current account services are currently not available) knape ye?

    • Hairul Hissam says:

      Mungkin pada ketika itu CIMB online down kot. atau cik buat pada pagi buta.. Pagi buta mmg service dia off…
      So far saya buat pembyrn spt dlm video itu tiada masalah.. cuba buat sekali lagi.. :D

  20. FARAH says:

    salam,
    Farah pnya card teen
    so,tak boleh buat cimbclick ke??Frah nak buat bussiness on9..kalu tak boleh bt cimbclick.payah la..
    Nanti kalau dah capai umuq 18 tahun mcm mana plak??
    adakah card Frah akn di tukar jd card adult @ mcm mana??

    • Hairul Hissam says:

      Wsalam.. nanti dah capai umur 18 tahun, boleh upgrade ke dewasa..
      Boleh juga gunakan akaun cimb kakak atau abang..
      apa2 pun elok cik farah call CIMB bank untuk maklumat yg tepat…
      yelah kadang2 berubah2 juga prosedur nya.. :D

      • FARAH says:

        macam mana ek,kita nk tranfer duit dari CIMB ke Maybank..???
        mula2 tekan transfer funds..
        pastu tekan to other bank
        pastu???

        • Hairul Hissam says:

          Oh.. lepas tu select any other benefeciary bank dan select bank yg dimahukan.. seterusnya isi je maklumat yg diperlukan.. semoga berjaya :D

  21. Assalamuailaikum , nak tanya , saye berumur 18 tahun 2012 ni ..
    sebelum ni tak pernah ade cimb bank ni , tapi masa nak minta keja aritu kat kilang ,, bos suruh buat ..

    so brape byk duit yg perlu dibayar utk remaja seperti saya . Dan ape yg perlu dibawa semasa nak daftar kat sane nanti ..

    harap , boleh bagi penerangan yg terang ..

    tq .

    • Hairul Hissam says:

      Wsalam..

      Biasanya kalau kita bawa surat syarikat utk membuka akaun..
      murah je dalam RM10.. tapi saya tak pasti jika ada perubahan…
      elok call terus CIMB bank 1 300 880 900

  22. lagi satu , kalau surat syarikat tu bos xkasi cmne erkk ??

    • Hairul Hissam says:

      Cuba minta kat HR.. tapi kalo tak ada.. wang pendaftarannya mahal sikit…
      dah lupa berapa.. elok call CIMB bank…tq..

  23. alya says:

    salam.. nak tanya.. kalau tak letak no TAC xpe ke?

  24. Aris says:

    Salam. sy nak tanya, sblm ni saya dah ada akaun cimb clicks, tapi baru2 ni saya ada wat kad atm baru sebab kad atm say dah rosak. so bila saya nak login cimb clicks dah xboleh. sebab ape ek? saya kena wat akaun baru ke bile dah ade kad atm baru? kene request epin balik ker kat atm?

    • Hairul Hissam says:

      Untuk CIMB, saya pernah kena sekali. Saya cuma ke kaunter dan minta diaorg setkan semula cimb banking saya.. Semoga membantu… :D

  25. nashitah zakaria says:

    x boleh la wat knpe ye?

  26. nur sakura airawani says:

    Assalamualaikum encik hairul. boleh tak tunjukkan cara nak transfer dari cimb click ke bank lain ? sy masih tak faham cara nak transfer ke bank lain dengan betul ):

    • Hairul Hissam says:

      apa yg saya lihat straight forward sahaja. kena godek2 bahagian transfer fund to other bank…. ruang yg mana yg tak paham ya…

      • scha says:

        salam, sy nk tanya apa beza cimb dgn cimb islamic?mohon penjelasan..tq:-)

        • Hairul Hissam says:

          Wsalam elok cik scha tanya ngan pegawai bank cimb untuk jawapan yg lebih memuaskan..tqvm ya..

          • scha says:

            ooo o.k..lg stu sy nk tnya,klu dah ad kad maybank biasa,pastu kita nk wat online banking,nk register maybank2u maksudnya caranya sma je ke trus dftr kat atm? ke kna g kaunter maybank dulu? bru dftr kat atm..bkn ape, sy nk nk register maybank2u, tp mcm mls nk jumpa org maybank slalunya kna beratur ramai org..

            • Hairul Hissam says:

              Caranya sama sahaja.. cuma kalo dah pernah ambil epinnya.. kena cancel epin lama terlebih dahulu melalui phone atau dicawangan. Apa2pun elok tanya pegawai maybank :D

            • scha says:

              ok..sy dh register cimb clicks kat atm..mse nk register kat cimbclick online sy dh isi sume n sy klik submit..tp pah tu dia ckp invalid passwrd or ID..cmne ye..sy pening la..hehe mnx tlong ye..rsenye p/wrd or ID dh betul..

            • Hairul Hissam says:

              Cuba gunakan link forget password atau forget ID dibawahnya dan dapatkan id yg betul atau reset password. Kebanyakkan masalah yg dihadapi pengguna ialah lupa e-pin number. Jika e-pin terlupa, ia perlu dicancel terlebih dahulu melalui call atau di cawangan cimb sebelum request e-pin yg baru di mesin ATM. Sebab ada juga pengguna pernah request e-pin sebelum ini dan cuba request yg baru tanpa cancel epin yg lama. tu yg msalah..

            • scha says:

              ok tq bnyak2:-)..mgkin sy terlupa e-pin kot..susah2, buat e-pin bru la senang..tp kna cancel dlu ye..call customer srvice bleh kan..y tu 24 jam kan?

            • scha says:

              “general transaction error” tu cm ne ye?sy cuba jgk ingat no e-pin tu pah sy klik submit,die xckp dh invalid p/w or ID..tp dia ckp general transaction error pulak..aduhai sbr jela..maaf la bnyak pulak tnya..hehe

            • Hairul Hissam says:

              Elok Cik Scha check dengan pegawai CIMB yang berdekatan. So far saya buat untuk dua akaun tiada masalah…

  27. syahir_93 says:

    cam mne sy nk taw sy pnye CIMB ATM card 2 teen or adult ye??

  28. noryn says:

    nak buat mybank2u pn sama jugak ke macam cimbank????kalau boleh tunjukn cara2 nak buat…..tq

  29. Fix says:

    salam…sy nk tnya…nk bayar bill streamyx cm na erk…nk kena ambil yg mna 1?bole tlg ajar x?terima kasih..

  30. cute says:

    boleh tak nak tanya.macam mana nak transfer duit dari Bank Cimb ke Bank Cimb Niaga??tolong boleh tak kalau tahu buat macam mana….

  31. Sriza says:

    saya nk thu kalau sy nk bt 2 akaun maybank2u tp pakai 1 je no tel untuk kedua-dua akaun boleh x?

  32. ima says:

    saya dah lama daftar cimb clicks. tapi no.tel saya dah mati. so x dpt kod request nak transfer duit. macam mana ni? =(

  33. syaz says:

    salam..sy x fhm yang bahagian nak transfer duit ke akaun len..dekat bahagian remark tu nk taip pe eik?sbb kt dalamvideo tu ad taip percubaan

    • Hairul Hissam says:

      Bahagian remark tu untuk maklumat kepada penjual dan diri kita sendiri…. so boleh letak apa sahaja berkaitan dgn pembayaran tersebut.. :D

  34. nad says:

    Salam,
    Nak tanye, klau maybank2u tu kite boleh tak check duit yang keluar masuk dari akaun kite?

    • Hairul Hissam says:

      Boleh :D

      • nad says:

        Oh lagi satu.
        Saya dah ad akaun cimb tapi saya guna untuk biasiswa je sebelum ni.
        Boleh tak nak guna akaun tu untuk persendirian lepas ni?
        Klau nak buka akaun maybank pulak kena umur brape eh?
        Kena umur 18 bila dah sampai tarikh bday or 18 tahun tu?

  35. Azeelah Zeelah says:

    Askum..sy nak tnye cam ner plak nak cancel pin yg dulu tu coz sy dh lupa num pin tu .maybank sy pkey nak contc mane ek.?

    • Hairul Hissam says:

      Pernah sekali saya cancel dgn call pihak bank… Call je 103 dan tanya operator no tel hotline maybank… :D

  36. jat says:

    macamana nak dapatkan nombor TAC

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.