Petua Ubat Gastrik | Dugaan Kedua Rumah Baruku

Memang menyeksakan kena gastrik nie. Lebih dua jam saya menahan kesakitan pada bahagian perut. Betul-betul pedih pada bahagian perut. Nasib baiklah teringat petua ubat gastrik mujarab. Kalau tak, tak tahulah apa jadiknya. Yang peliknya, kat rumah mak dulu tak pernah pulak kena gastrik. Tiba-tiba je kena gastrik kat rumah baru nie.

Saya kena gastrik selepas kena cirit birit. Saya ada ceritakan dalam artikel ubat cirit birit mujarab sebelum ini. Saya syak, kemungkinan gastrik saya ini disebabkan air gas yang saya minum untuk merawat penyakit cirit birit. Minum pulak, pagi dan malam. Hilang cirit birit, gastrik pula yang datang. Sabor je la. Sebab air gas nie sifatnya menghakis dan menambahkan keasidan dalam perut kita.
.
ubat gastrik mujarab
.

Ubat Gastrik Mujarab dari Pengalaman

Lebih dua jam tu menaham kesakitan akibat gastrik. Ingatkan pagi tu, nak siapkan order pakej pembeli. Tapi gastrik pula yang datang. Ok. Mesti ramai yang tak sabar-sabar mengetahui ubat gastrik yang mujarab ini. Nak tahu apa ubat gastriknya?. Ubat gastriknya ialah bawang putih bakar. Saya bakar bawang putih dan makan. Rasa bawang putih bakar ok dan boleh dikunyah.

Caranya, bakar bawang putih dengan kulitnya terus pada api dalam masa 1-2 minit. Kemudian buang kulit dan basuh bahagian hitam. Seterusnya kunyah dan makan. Saya pun tak sangka ia boleh menjadi ubat gastrik yang mujarab. Alhamdulillah selepas makan bawang putih bakar, dalam beberapa minit sahaja sakit perutnya berkurangan. Dan sehingga kini saya tak kena lagi gastrik.

Memang bagus bawang putih bakar untuk kesihatan dada dan perut. Kalau anda kena gastrik atau sakit perut jangan lupa petua ubat gastrik ini. InsyaAllah mujarab dengan izinNya. Sekiranya anda ingin berkongsi petua gastrik dari keluarga atau pengalaman anda. Amat di alu-alukan. Besar pahalanya berkongsi petua dan ilmu.



Email artikel ini pada rakan Email artikel ini pada rakan

Anda dialu-alukan :D

1. Jika anda suka artikel ini, klik button LIKE. Baru saya tahu anda suka.
2. Anda dialu-alukan kongsi artikel ini dgn klik button di bawah artikel sahaja.
3. Anda boleh share url link atau nama laman web artikel di mana sahaja.
4. Utk button "Email Artikel ini pada rakan", anda boleh juga email kpd diri sendiri sebelum forward kpd rakan. (Boleh letakkan ruangan Email Anda dan Email Rakan dgn email id yg sama)
5. Kalau nak Print, tekan pada keyboard anda: Ctrl dan P serentak.

Lagi Artikel MENARIK Blog Ini:


Nak TAMBAH INCOME Dgn BISNES MAKANAN???
Persediaan Terbaik Jika Anda Dibuang Kerja

Facebook Comments

comments

Comments

  1. says

    Terima kasih, di atas perkongsian. Insyaallah nanti kalau ada akan saya kongsikan ubat gastrik ni.

    Kalau kena cirit birit dulu kat kampung, mak saya selalu suruh kitorang makan pucuk jambu batu atau minum teh O pekat2. ;)

    • Hairul Hissam says

      Ramai juga yg berikan petua pucuk jambu dan teh o pekat dalam artikel cirit birit sebelum ini. Tentu mujarab petua ini. Terima kasih cik shasha :D

  2. azriey amrie says

    salam… .. sy selalunya muntah je.. sbb bila muntah, mmg lega.. ataupun buat mcm tgh sujud, tp tinggikan sikit kepala.. tp cara ni lmbat sikit. ataupun syselalu standby ubat sweecon. kt farmasi ada jual.. mmg mujarab ubat ni.. sdp pulak 2… dan 1 lg kaedah ialah mkn buah kurma… org kata bagus utk perut… cubalah

  3. says

    macamana pula kalau anak kecil berumur 1-6 tahun yg terkena cirit birit, blh tak en. hairul bagi petuanya, sbb anak saya dah masuk 3 minggu cirit birit ni.. saya bingunglah.. blh tlg. tak… plz.

    • Hairul Hissam says

      Boleh juga cuba berikan kurma yg telah dihancurkan, dimamah atau direndam sehingga ia lembut. Rasanya, kurma tak de masalah dimakan walaupun utk bayi. Boleh juga cuba petua-petua yg diberikan oleh pembaca dalam artikel cirit birit sebelum ini. :D

  4. zailan says

    salam…

    thanks atas ilmu..pohon share..,selalu juga ikuti website tuan.Impressive.

    Personality Consultant
    Human Profiling Character / Self Potential
    Kluang.

  5. says

    Terima kasihlah Hairul.Boleh cuba petua ni,sbb saya selalu jugak kena gastrik tapi dah boring nak makan ubat kena pulak ubat air yang berwarna putih tu,tak lalu nak minum.Kalau kena waktu malampun tak perlu bersusah payah keluar cari ubat.Jenguk ja kat dapur senang kan!

    • Hairul Hissam says

      Kalau selalu kena. Elok amalkan makan bawang putih bakar setiap hari sebelum tidur.
      kat dapur masak kan ada bahagian kecil ditengah. saya letakkan dua ulas bawang putih diatasnya dan hidupkan air.. lepas satu minit, ambil dan basuh dan makan… :D

    • Hairul Hissam says

      cuba amalkan makan bawang putih bakar setiap malam.
      Mmg bagus utk perut….
      kat dapur masak kan ada bahagian kecil ditengah. saya letakkan dua ulas bawang putih diatasnya dan hidupkan air.. lepas satu minit, ambil dan basuh dan makan… senang je. :D

  6. says

    Actually.. galic atau bawang putih sebenarnya juga penawar KANSER..
    Mcm2 khasiat bawang putih nih.. Itu sbb bila goreng sayur atau
    goreng spaghetti Olio lebihkan garlic. Superb

    • Hairul Hissam says

      Wah, hebat bawang putih nie. dpt menyembuhkan pelbagai penyakit termasuk kanser.
      Itulah kelebihan masak sendiri dirumah, boleh tambahkan bahan2 berkhasiat utk keluarga.
      Terima kasih cik nurmisnan atas info tu :D

      • says

        utk pesakit kanser, ambil satu labu bawang putih..
        hiris tipis2 dan biarkan 5 minit. kemudian tabur
        garlic atas roti atau makanan dgn mentah2. Amacam..
        ada berani kunyah.. hik3…

        • Hairul Hissam says

          Kalo yg dah kena kanser…. confirm diaorg kunyah je. he.he.he.. yelah dah terpaksa kan.. :P
          tapi elok diamalkan walaupun belum kena kanser dgn perbanyakkan guna bawang putih dalam masakan spt yg disarankan oleh cik nurmisnan :D

  7. abiadi says

    Salam bro…
    setau saya makan bawang putih dibakar ni juga memey baik untuk yg kolestrol tinggi..kira pada sapa yang ada masalah kolestrol tinggi…memey amalan baik

    • Hairul Hissam says

      Betul la tu cik mekar… dah kena cirit birit, mmg tak boleh makan lebih sikit… pekena plak air gas sbg ubat… dah kena gastrik :D

  8. Nana says

    Aduh . Mcm mna nak mkn bwg putihh .. Mesti tak sedap.. Tapi saya dh keterlaluan sgt gastric nie ..
    Muntah2, angin , semenjak dua ni sesak nafas plak .
    Btl ke bkesan ? Klau bkesan nk try sekarang.
    Sbb perut taknak lgsg makan nasi .
    Nak nangiss .. Sakit sangattt :’(

  9. fzh says

    Sy pn de gstrik..n doc ckp byk sgt asid..smpai tgang jer rs prut n ulu hati.nk baring cam biasa pn xblh…brape biji ye skali mkn bwng putih tu?

  10. jennjennifer says

    sy skg tengah gastrik da 3 hari ni gastrik menyerang….berapa biji bwg putih nak mkn…sy rasa nak cuba sbab sy xada obat dari hosp/klinik….menderitalah kena ni gastrik kepala pun berpusing mcm nak pitam ja…

      • jennjennifer says

        sy da cuba mkn bwg putih bakar…setiap mlm…hasilnya gastrik sy da pulih sikit…da x sakit menucuk…cuma sy mesti mkn ikut masa klu x sakit tu dtg balik…thanks utk petua ni…klu sapa ada gastrik tu cubalah petua ni jga…

        • Hairul Hissam says

          Baguslah gastrik jenni dah sembuh… mmg banyak khasiat bawang putih nie pada perut dan dada kita dan meningkatkan sistem imun kita.. :D .

  11. jenni says

    hii sy pun gastrik teruk…da cuba mkn bwg putih bakar…hasilnya memang bgus…sekejp ja gastrik sy da baik…tq utk petua ni k….

  12. norhaini says

    Assalamualaikum…sya pun tengah kna gastrik ni..adu..sakitnya Allah saja yg tahu….sesak nafas sya n perut pun sakit tul…sya sdng mencuba petua bawang putih ni lau berkesan syukur Allhamdulilah…..

  13. Zaza says

    Salam..saya ni mmang pesakit gastrik yg bleh di katakn kronik la jgak.tiap mggu kena gasstrik.muntah2,cirit birit,sakit di bahagian perut n skit bbila brnafas.bila pegi hospital doktor bg injection baru lh lega.yg x thn tu asyik kena inject naik biru2 tgan.saya nk cba cara ni harap2 serasi.

    • Hairul Hissam says

      Saya doakan puan zaza cepat sembuh yaa…
      kena amalkan selalu spt makan ubat.. baru nampak hasilnya dgn izin Allah s.w.t.

  14. NORSIA & FAMILY says

    Terima kasih banyak2 di atas petua yang dikongsikan. Semoga petua yang diamalkan oleh sahabat-sahabat Em Hairol mendapat ganjada dari Allah S.W.T. Salah satu dari 3 amalan sesudah mati kelak. Ilmu yang diamalkan oleh insan lain adalah dana kita di akhirat kelak Insya Allah.

  15. shaz says

    Salam…esk nk try lh mkn bwg putih bakar.. dh x tahan asyik sakit je… Malam smalam dh g hospital sbb muntah2 n pedih perut yg amat… Bla dh ok, doktor bg balik rumah tp masalahnya sakit balik! Kesian dekat baby sbb ditinggalkan.. hopefully mujarab! Hehe… Tqvm

  16. ila says

    Akum en hairul trima ksih byk2 petua alhamdullah gastrik sya brkurangn.brsalin anak ke 2 operat gastrik mnjdi truk bila mcuba petua ni ringan sikit bdan nafas pn trasa snang.trima ksih byk2 en hairul

  17. Shima Rosli says

    Nak cubalah En. Hairul, mudah-mudahan berkesan dengan izin Allah SWT, rasa down sgt dengan penyakit ni, nak buat apapun tak boleh, makan rasa tercekik, angin tak lepas , perut dan dada rasa pedih, nafarpun tak lancar, mudah-mudahan cara ni mujarab dengan izinNya, aminnn …

  18. uli jajuli says

    salam, jdi teringat kat sate kajang hj….5 th i bekerja k stu,bagus lah tuh bawang putih saya selalu makannya dengan kecap manis .tq enc hairul.

  19. Naz says

    Terima kasih atas petua niiii. saya kene gastrik baru cuba… alhamdullilah dh ok . bila masuk mulut jek kunyah bawang putih tuu… hmmmmm…. tahan jek lah demi kesihatan

    • Hairul Hissam says

      Bawang putih nie mmg bagus utk apa jua masalah perut. Kalau tak tahan makan mentah, elok bakar dulu dlm oven atau direct pada api. Nanti rasanya lebih mudah untuk dikunyah….

  20. says

    salam alhamdulilah petua ni memang magic mkn ubat hoospital bergantang gantang tk sembuh gastrik… mkn bawang putih ni baru mkn smlm pukul 12mlm td terus lega fuhhh lega terima kasih atas petua ni….sy tak bakar mula nya makan mentah2…mula2 lg sakit dada n perut pas dalam 2minit lega terus mula nye haram jadah sakit siap maki dalam hati semua kuar r pas tu lega n tak sakit da for info bakar 2min baru bleh mkn… kalau tk mkn mentah2 bleh jugak tp perit la dada n perut… terima kasih atas petua ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *