
Jika anda mengalami masalah berat badan, tentunya tercari-cari tips menurunkan berat badan. Agar kelihatan lebih slim dan menawan. Tapi semua nak cara yang mudah tanpa bersenam kan. Yelah mana ada masa. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang berkerja. Balik kerja dah penat. Nak mengemas lagi, nak berfacebook lagi. Nak chatting lagi. Nak baca blog hairul lagi
..
Ok disini saya ingin berkongsi beberapa cara bagi membantu anda menurunkan berat badan. Nanti boleh lah badan anda slim macam saya. Bagi perempuan mungkin nak kot. Tapi bagi lelaki.. ermm .. tak macho langsung..ha.ha.ha.. Caranya sebenarnya mudah iaitu mengamalkan cara hidup yang sihat melalui pemakanan dan aktiviti seharian.
.
1. Banyak minum air masak
Adalah amat menyihatkan meminum lebih banyak air masak. Tubuh kita memerlukan banyak air untuk memboleh organ-organ di dalam badan kita berfungsi dengan lebih baik. Elakkan dari meminum air bergas kerana mengandungi gula dan kalori yang amat tinggi. Ia juga boleh menjejaskan organ di dalam tubuh.
Saya sendiri lebih gemar meminum air masak di rumah. Memang jarang saya buat air milo ke atau sebagainya.. Kalau di kedai pula, saya hanya order air limau suam. Mungkin kot ini yang menjadikan badan saya sentiasa slim je.
…
.

2. Tidur dengan cukup
Tahukah anda tidur yang cukup mampu membakar kalori di dalam tubuh anda. Tidur yang cukup mampu mengembalikan kesegaran tubuh dan organ di dalam badan dan berfungsi dengan lebih baik. Seterusnya membakar kalori dan meningkatkan sistem imun anda melawan penyakit. Oleh itu dapatkan tidur yang secukupnya dan berkualiti. Ini cara mudah untuk kuruskan badan anda.
.
3. Aktifkan diri anda dengan aktiviti yang menyeronokkan
Elakkan dari duduk seharian menonton TV atau menghadap komputer. Anda perlu aktif untuk membakar kalori dalam badan. Cuba lakukan banyak aktiviti yang memerlukan pergerakkan. Seperti memasak atau bermain dengan anak-anak anda di halaman rumah. Ini pun cara kuruskan badan yang menyeronokkan.
.
4. Gaya pemakanan yang sihat
Saya tertarik dengan buku kesihatan yang menyatakan “Breakfast like a king, Lunch like a Queen and Dinner like a Pauper”. Memang benar sepatutnya kita perlu memakan dengan kuantiti yang banyak pada waktu sarapan pagi. Kerana pada ketika itu, kita akan melakukan banyak aktiviti berat yang membakar kalori. Dan kurangkan pemakanan pada waktu malam. Kerana pada waktu malam tubuh kita perlu lebih banyak berehat.
.

5. Banyak makan buah-buahan, sayur-sayuran
Buah-buahan dan sayuran memang lebih mudah dihadamkan oleh tubuh badan kita. Ia mengandungi banyak vitamin yang baik untuk kesihatan. Tambahan lagi, ia diakui tidak mengandungi kolesterol. Terutamnya pada waktu malam, lebihkan makan buah-buahan dan sayuran.
Tips yang terakhir ialah konsisten melakukannya. Percayalah, jika anda mengamalkan kelima-lima tips diatas secara konsisten. InsyaAllah ia sangat membantu anda menurunkan berat badan. Semoga bermanfaat. Klik lah button like jika sukakan artikel ini ya… tq

















emm..memang selalu amal minum air banyak-banyak. Setakat ni ,memang tak gemuk hehe..
tapi jgn byk minum semasa makan.. nanti buncit cikgu
hurm..naik tangga turun tangga…jln kaki pun blh juga
bagus gak aktiviti tu dalam menguruskan berat badan..
…
org bekerja zaman skrg mmg takkan ada masa untuk bersenam..jalan terbaik adalah menjaga makan..insyaAllah, maintain sihat
benar tu… cara yg lebih praktikal ialah pemakanan yg sihat..tq cik adele..
betul tu kata u
semoga bermanfaat
Ucu selalu amalkan puasa sunat, takpun ambik heavy breakfast, then makan again at 7pm. Antara waktu tu just minum air je, my fevret air – jus epal asam boi…Alhamdulillah berat maintain till now sejak student lg….
Puasa nie bukan sahaja mengurangkan berat badan..
malah memberi kesihatan yg lebih baik pada tubuh dan organ dalam badan…
mmg bagus ucu amalkannya…..
semua org sibuk nk kuruskan badan…. takde ke cara nk tambah berat badan???? sy nak tambah berat badan dengan cara yg sihat… any info???
sama la saya cik zaida.. teringin nak tambahkan berat badan…
tapi jarang dengar wanita nak tambahkan berat badan… semoga berjaya
Cuba beli labu dan letak air dalam labu tu. Selepas beberapa lama minum, air tu sejuk..saya gunanya di rumah
Tima kasih en soleh atas petua tradisional ini. Tentu berkesan. Memang boleh cuba nie.. tima kasih sekali lagi en soleh.
stakat ni berat badan sy maintain lg…hari2 sy bsenam dgn bjalan kaki ke ofis…sy juge mengamalkan minum air masak…terima kasih krn mberi byk info yg bguna…
Memang bagus tu cik mas berjalan kaki ke office. Badan pun bertambah sihat dan cergas. Bertambah ramping lagi. Barulah suami bertambah sayang kan. kan. kan.
tips yang baik untuk kesihatan, terutama bagi orang-orang yang agak comel. Like me.
Mesti comel cik lee nie.. kongsi laa petua nya..
Aslm.w.b.t hairul.tq kongsi tips brguna tu.sy pun suka limau suam,n alah minum ais.tp dlm kesibukkn kita kurang minum air putih,sekurang2nya 4ltr(jika umur 40).jika blh elak minum air paip yg dimasak.minumlah air tapis yg tlh dirawat.k wassalam.
Benar tu cik maz.. lebih2 lagi mereka yg bekerja dipejabat…. memikirkan kerja sampai kurang minum air….
ingnkan info menambahkan berat bdan En.hairul ade infonye?
Saya sendiri slim dan kurus…
salah satu punca ialah metabolisme badan yg tinggi…
so makan banyak pun tak guna…. dan…
bukan mudah nak menurunkan metabolisme badan nie..
hahahah tu la slalu mkn bnyak tpi ksnnye ttp jek sme
Makan banyak.. keluar pun banyak.
Assalamualaikum,
Petua yang En. Hairul beri macam petua-petua kesihatan yang telah dipeturunkan oleh pakar-pakar kesihatan dan pemakanan. Di sini saya ingin memberikan petua yang saya amalkan.
a) meminum segelas air masak setiap pagi dan sebelum masuk tidur
b) memakan buah mengkudu masak yang telah dikisar bersama bijinya sekali sebelum
tidur sekurang-kurangnya 2 sudu teh.
Kedua-duanya bukan sahaja boleh menjadikan anda slim tetapi melawaskan pembuangan air kecil dan besar. Hasilnya berat badan saya tidak pernah lebih dari 44 kg.
Terima kasih cik Pnky atas petua tambahan menggunakan buah mengkudu. Mmg byk khasiat buah mengkudu nie
Apa itu buah mengkudu, saya tak pernah lihat.
Buah mengkudu seperti di link dibawah:
Assalamualaikum, Perut buncit apa pulak masalahnya ye en hairul?
wsalam.. tu mesti suka minum air semasa dan selepas makan…
saya ada dengar x bagus minum air limau selalu……..ape komen cik khairul……
dlm artikel di atas kan ada dibagitaw….
Terima kasih cara internet banking cimb, saya akan ikut sati demi satu.
terima kasih kembali… semoga membantu….