Resepi kuih raya & biskut raya tradisional paling Mudah dan Best

biskut raya oat
.
Beberapa hari lepas, tercari-cari resepi kuih raya tradisional atau biskut raya tradisional yang paling mudah dan best. Mula-mula ingat nak bagi resepi kuih raya kegemaran saya iaitu dahan patah. Tapi banyak pula step-step membuatnya. Selak punya selak buku resepi mak saya, terjumpa resepi biskut raya oat. Memang mudah membuatnya. Empat bahan sahaja yang diperlukan. Rasanya pun boleh tahan.

Mak kata resepi kuih raya tu dia belajar masa umur saya 5 tahun dengan kawannya. Kira resepi tradisional lah ini. Biasanya kuih & biskut raya tradisional ini, rupanya tak menawan tapi rasanya memang best. Asalnya resepi kuih raya ini menggunakan sukatan atau timbangan tin quaker oat. Mana nak jumpa tin quaker oat lagi. So saya convert la timbangannya kepada gm, agak-agak je :D . Ok jom belajar membuat biskut oat.
.

bahan biskut oat

.

Bahan-Bahan Diperlukan

1. 150gm Oat Segera
2. 200gm Minyak Sapi
3. 100gm Gula Halus
4. 200gm Tepung Gandum

.
.

Cara Membuatnya

kuih rayat
.
Langkah 1: Timbang keempat-empat bahan-bahan diatas dan gaul di dalam bekas. Anda boleh mengaulnya dengan meramas-ramas atau menekan-nekannya sehingga adunan oat sebati. Biasanya kita perlu tambah sedikit minyak sapi atau tepung mengikut adunan kerana kualiti minyak sapi berbeza.

.
.

biskut raya
.
Langkah 2: Setelah adunan sebati, ambil sedikit adunan dan letakkan di atas tapak tangan. Seterusnya bulatkannya dengan memusing-musingkan kedua-dua tapak tangan

.
.

resepi kuih raya
.
Langkah 3: Kemudian letakkan biskut oat di atas dulang pembakar. (Sapukan terlebih dahulu marjerin pada dulang pembakar). Seterusnya sapukan kuning telur di atas biskut oat menggunakan brush.

.
.

hari raya
.
Langkah 4: Kemudian panaskan oven terlebih dahulu dengan suhu 180c dan bakar biskut oat selama 10-15 minit. Cara untuk mengetahui biskut telah masak ialah dengan melihat pada bahagian bawah biskut. Kalau warna bahagian bawahnya dah brown atau coklat, dah masaklah. Ketika panas, biskut oat ini agak rapuh sedikit. Anda perlu tunggu sehingga ia sejuk barulah ia lebih keras dan boleh dimakan.

.
.

biskut raya oat
.
Tambahan: Boleh juga hiaskan bahagian atasnya dengan color bubble, color rice atau sebagainya. Boleh juga gelek doh biskut oat dan tekap menggunakan acuan yang menarik. Atau boleh juga gantikan oat segera dengan kacang tanah yang digoreng tanpa minyak dan dikisar. Tentu lebih sedap. Mudah bukan membuatnya.

.


.

Banyak Lagi Resepi Best Percuma

Semua list resepi PERCUMA ada di side bar di bahagian kanan blog ini. Tapi sebelum ke sana, klik button Like dibawah. Baru saya tahu anda sukakan resepi ini.



Email artikel ini pada rakan Email artikel ini pada rakan

Anda dialu-alukan :D

1. Jika anda suka artikel ini, klik button LIKE. Baru saya tahu anda suka.
2. Anda dialu-alukan kongsi artikel ini dgn klik button di bawah artikel sahaja.
3. Anda boleh share url link atau nama laman web artikel di mana sahaja.
4. Utk button "Email Artikel ini pada rakan", anda boleh juga email kpd diri sendiri sebelum forward kpd rakan. (Boleh letakkan ruangan Email Anda dan Email Rakan dgn email id yg sama)
5. Kalau nak Print, tekan pada keyboard anda: Ctrl dan P serentak.

Artikel Menarik Berkaitan:


Artikel Pilihan Blog Hairul.com:


Facebook Comments

comments

Comments

    • Hairul Hissam says

      Tima kasih kembali cik jamilah..
      tapi jgn guna microwave .. elok guna oven pembakar…
      selamat mencuba cik Jamilah… :D

  1. Nurseda Julaksa says

    salam buat sdr hairul..tq atas pkngsian resepinya, simple, easy & nampak comel biskut tuuu..

  2. says

    Salam hairul. Musim raya yg lepas saya ada juga buat biskut oat ni. Tapi bukan pakai minyak sapi. Guna butter biasa aje. Terima kasih hairul. lps ni boleh cuba buat guna sapi pula. rasa dia macamnaana tu ?

    • Hairul Hissam says

      Tima kasih gak kerna sudi try resepi ini cik Linda…
      tapi kalo time nak raya.. kena wat byk ckit dgn gandakan resepinya….
      selamat mencuba :D

    • Hairul Hissam says

      boleh cik darina….
      mmg lebih menarik dan menyelerakan dgn pelbagai corak mengikut acuan atau kreativiti sendiri. :D

  3. dayang says

    ASM…tq 4d resepi..nengok jer bahan dia trus senyum meleret cam kerang busuk sbb soooo…simple…xyah fenin2…yg penting sodapppp!!!xsabo nk cuba…he..he..tq again!!!

    • Hairul Hissam says

      wsalam…betul tu cik dayang.. buat ape la nak pening2 ngan resepi yg susah2..
      yg senang kan ada.. janji ngap masuk perut.. :D …. selamat mencuba.. :D

  4. says

    t.kasih ats perkongsian resepi…sgt sy hargai…btambah menu kuih raya sy thn..bhn lebih kurang cam kuih makmur @ arab,sng kj…3 in 1…hehehe….

    • Hairul Hissam says

      tima kasih kembali cik haidar..
      betul tu.. lebih kurang sama je ..
      kalo ganti ngan kacang tanah..
      jadik plak biskut raya kacang tanah..
      selamat mencuba..

    • Hairul Hissam says

      tq cik ida.. Insyaallah jika ada kelapangan dan kalo ada resepi yg simple…
      kalo simple nie.. org senang buat.. saya pun senang wat tutorialnya… :D

  5. SABARIAH HJ SAIMAN says

    TQ UNTUK RESIPI INSHAALLAH AKAN BUAT UNTUK SALAH SATU KUIH RAYA UNTUK JUALAN RAYA
    TAHUN INI.

    • Hairul Hissam says

      wah .. siap jual lagi… bagus tu cik sabariah..
      semoga bertambah lagi rezeki cik sabariah… :D

  6. nor says

    wow~mudah sngat ler..bahan2 nya pn simple,dh tew x pakai telur pulak tew..akn d cuba tuk mbuatnya..btw resepi biskut batang buruk yg simple tk ada ke? Klau ada,share share ler

  7. anisah says

    nmpak sedap..tapi lom try lgi.biskut ni agk2 brp lme blh tahan.rse memang nk try buat.mane tau tau blh jual masa raya nt..

    • Hairul Hissam says

      biasanya biskut raya memang tahan lama.
      tapi kena simpan kat balang kedap udaralah..
      dulu emak saya wat.. lebih sebulan pun tahan.. tq cik anisah.. :D

  8. Ila says

    As Salam,

    Letak colour bubble / colour rice itu, selepas sudah masak @ sebelum di bakar,ye?

    Terima kasih =)

  9. sueraya87 says

    wah..nampak mcm simple je..x penah try buat biskut pn b4 ni..nak try biskut ni la..thanks 4 ur recipies..

    • Hairul Hissam says

      benar tu cik rosmaini.. sebenarnya mudah je membuatnya…
      tentu lebih jimatkan raya tahun nie.. tq ..

  10. azza says

    best nyer.nampak mcm senang je..nk tanye,kalo pakai oven biasa,berapa suhu oven yg kite nk pakai?boleh kite cuba buat nnti.harap2 sedap dan cantk mcm hairul buat.thanx hairul…

  11. alia says

    salam, encik hairul…
    berape bijik ye boleh dapat skali buat?
    saye baru nak belajar. duduk rumah tak
    buat ape pun, baik buat kuih utk raye.
    thanks for the recipe. ;)

    • Hairul Hissam says

      wsalam cik alia…
      tima kasih kembali..
      saya pun tak kira berapa bijik dapat.. :D
      mmg bagus.. sambil duduk rumah buat dan jual sekali…
      tentu berbaloi…

  12. lynn says

    nak cuba buat jugak :) soo…simple…! tp nak tnya..masa nak adun tepung dgn oat tu…adun mcm biasa je ke ? oat tu cmpur je trus ? x prlu kisar ke ape ke ? TQ.

  13. Tifa1769 says

    Salam prkenalan sdr hairul. Resepi tadi tu mmng snang dibuat n blh dipelbagaikan. Blog sdr nie masih baru ke? Anyway, keep it up.

    • Hairul Hissam says

      Wsalam, memang benar tu cik tifa…
      resepi tu masih boleh dipelbagaikan..
      tentu lebih seronok mempelbagainnya lagi kan.. tq ya.. :D

  14. tuty says

    wahh…simple dn cpt…nk try lar…gpun oat kt umh byk so dh jimat x pyh beli..
    thanx…coz sdi share resepi yg mdh nie…

  15. Ila says

    salam.. thanks bro.. nampak cam senang.. (semua nye senang kalau rajin ye tak?? ;p) ni insyaallah akan dibuat!
    p/s: cantik betul tangan pembuat biskut ni dalam gambar..! hehehehe

    • Hairul Hissam says

      tima kasih kembali cik haha….
      kalo yg bekerja, tentu kurang masa didapur..
      semoga resepi ini membantu cik haha menceriakan lagi hari raya….

  16. ram says

    saya suka resepi ini, saya cuma hairan tiada sebiji telur pn di masukkan..blehkan ditukarkan minyak sapi dgn butter…dan d masukkan telur

    • Hairul Hissam says

      Tahniah cik nana….. semoga jumpa lagi resepi simple ya…. :D
      p/s: jgn lupa tengok2 resepi2 best di dalam blog ini..

    • Hairul Hissam says

      tak baik curi2 dibulan puasa nie cik syikhah :) ….ha.ha.ha….
      selamat mencuba ya…. dah buat nanti bagilah feedback ya.. tq..

  17. norhafina says

    salam… saudara Hairul trima kasih krn sudi berkongsi resepi yg mudah ini…insyaallah sye akn mencuba…teruja nk wat coz slalonya beli jew…huhu :D

    • Hairul Hissam says

      terima kasih kembali cik nurhafina…
      semoga resepi ini menceriakan hari raya cik nanti… selamat mencuba :D

  18. Nurul Ain says

    salam,wak.
    honesty,i like this recipe.simple n nampak cam sedap…hihi
    + plak,resepi ringkas nie seswai tok org yang x penah wat biskut.
    hihihi.pape pn,thanks coz sudi kongsi kat kitorg.
    pape pn..ain cobe gak wat

    • Hairul Hissam says

      Wsalam Cik Nurul,
      Memang sesuai untuk mereka baru dalam masakan nie…
      kalo first time buat menjadi dan sedap.. mesti bersemangat nak buat yg lain kan..
      semoga berjaya ya cik nurul..

  19. yuyun says

    nak tanye lagi. kalu tak timbang boleh tak? kalu sukat gune cawan macam mane nak agak yer… tak ader penimbang. tapi kalu tak bole sukat gune cwn tepakse la beli penimbang.. first time nk wat beskot.

  20. ummi says

    saya baru buat tadi, satu adunan dapatla 60 biji..rasa xtaula..saya puasa..tp anak2 saya berumur 3 n 4 tahun dh habiskan berbelas biji…sedap la tu…depa kalau xsdp xkan mkn byk…xpele..jap lg g kedai beli bahan,buat lg…bukan susah pun kan

    • Hairul Hissam says

      Wsalam Puan Ctmah. bagus la mcm tu…semoga bertambah ceria dan erat lagi keluarga puan ctmah dgn biskut oat ini… :D

  21. atikah says

    Salam..nak tanya boleh tak?
    kalo saya buat kuih ni dgn campurkan minyak sapi separuh dan yang separuh tu butter boleh tak agaknya ye?
    apapun thanks sudi kongsi resepi ni..saya memang bersemangat nak buat kuih raya tahun ni..huhu :)

    • Hairul Hissam says

      Wsalam, oh tak pernah pula saya mencuba… tapi boleh dicuba jika mahu..
      mmg rajin la cik atikah nie.. selamat mencuba ya :D

  22. Lyna says

    Thanks! Bagus recipe ni! Saya baru je nak cari resipi simple untuk buat kuih raya dan terjumpa blog awak kat google search …
    …. dan recipe awak ni paling sesuai!
    Terima kasih … selamat hari raya!

    • Hairul Hissam says

      Yap, saya punya tangan abg zack… :D
      he.he.he… ramai jugak yg ckp tangan saya………
      terima lah seadanya. :D

    • Hairul Hissam says

      wsalam. Elok cik nurma beli penimbang.. tak mahalkan harganya :D ..
      nanti boleh buat macam2 dan resepi kek batik saya….. tq :D

  23. kak as says

    kak as nak tanya la…reti dak buat tart nangka…popular sgt di terengganu…lama dah cari resepinya tp tak dapat2 jgk…

  24. skancy says

    hi slmt mlm, teringin nak cuba resepi ne,,,tp nak tny sikit,klu nak letak hiasan or color bubble,,letak semasa o selepas nak bkr biskut oat nie?

  25. lyssa says

    en hairul..i minat memasak pelbagai juadah n biskut…tp x pandai sgt. tau x dimana i boleh masuk kelas memasak pelbagai jenis biscuits n kek?

    • Hairul Hissam says

      wsalam.. dalam 60 biji kalo tak silap saya.. tahun lepas saya buat tutorial nie.. tunggu yg terbaru utk tahun nie.. kalo ada freee saya buat lah..

    • Hairul Hissam says

      wsalam.. dalam 60 biji kalo tak silap saya.. tahun lepas saya buat tutorial nie.. tunggu yg terbaru utk tahun nie.. kalo ada freee saya buat lah..

  26. sue says

    tahun ni mmg nak sgt try buat biskut sendiri..harap berjaya la ye..segala resepi dlm ruangan yg sdr share ni mmg simple..sesuai sgt rasenya utk org mcm sy yg baru berjinak2 ngan oven ni…

  27. Azah_MRSM says

    Saya mohon nak print nak cuba d rumah. Baru pertama kali nak cuba sebab nampak mcm simple tapi selesa. Tq lah beri kami panduan utk wat kuih raya. semoga di luaskan rezeki en. hairul dan ilmu yang di beri.

    • Hairul Hissam says

      Selamat mencuba.. mmg syok dihidangkan di hari raya.. takut sebelum raya dah habis kena ngappp :D

  28. ajeerah says

    Tq berkongsi ilmu. Saya selalu buka blog saudara ni. Cukup menarik dan resepinya simple. Tq once’s again.

  29. nurul says

    hurmmm..mcm sedap..memandangkan sy nie chocoholic..aci jugak kan kalo sy celup biskut tu ngan coklat cair bila biskut tu dh msk..huhu

  30. maznahajeerah says

    Saya dah buat biskut oats dan biskut kacang. Biskut oats cukup lazat. Saya lebihkan oatsnya. Mendapat pujian melambung dari anak2 dan jiran yg dtg beraya. Biskut kacang rasanya sama seperti peanut butter yg dibeli dikedai. Alhamdulillah. Hairul nak resepi kek gula hangus bolehtak?

    Tq Hairul.

    • Hairul Hissam says

      Mesti seronok kan dapat pujian dari keluarga dan jiran :D …Oh kek gula hangus.. tengok lah nanti samada masukkan dalam pakej rahsia kek atau beri percuma di blog… tak janji ya… :D

  31. AZZU ZURAIDA says

    As salam en Hairul,

    Selalunya saya ni memang malas sikit nak buat kueh raya ni. Beli je senang. Tapi bila dapat resepi yg senang macam ni, pasti saya akan cuba buat untuk raya tahun ni. Dan lagi satu, kalau mengikut resepi yg En hairul bagi ni, boleh dapat berapa biji agaknya ya?

    thanks & rgds
    AzzuZuraida

    • Hairul Hissam says

      Cik azzu mesti suka resepi kuh raya nie.. yg best.. mudah dan sedap.. tapi kena buat lebih sikit.. kalau tak.. habis sebelum raya…

  32. Pn Norashikin Bte Abd Aziz says

    Tkasih Hairul…simple je biskut raya tradisional tu…jom semua kita buat..nanti raya boleh bual jualan…kuih raya murah tapi sedap..semoga Hairul dimurahkan rezekinya…amin.

  33. FARIDAH ABD LATIFF says

    En. Hairul, kuih-kuih raya dolu-dolu memang tidak banyak menggunakan bahan, terutama sekali kuih-muih tradisional, enak dan tahan lama. Tetapi orang-orang tua dulu ramai yang dah takde … mase dulu tak kisah sangat nak minta resepi tapi sekarang nak dapat resepi tersebut dah susah. Kalau dapat dikumpulkan semula resepi tersebut elok juga dibukukan semula, akak rasa En. Hairul boleh research dan bukukan, bagaimana pendapat en. Hairul, ok tak?

    • Hairul Hissam says

      Benar kata kak faridah,banyak resepi-resepi nenek moyang yg hilang apabila mereka tiada. SAtu kerugian yg besar gak tu. yg bestnya resepi mereka simple dan sedap. Apa kata kita cipta pula resepi baru yg sedap sebab yg mencipta resepi tu semua manusia kan.. Kita juga manusia :D

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *