Resepi Kari Ayam Kashmir Asli Dari India

Kiriman My1981 (Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com)

Resepi kari ayam kashmir ini merupakan kiriman Puan My1981. Masakan style India nie mesti berempah dan sedap. Jom kita pelajarinya:

Bahan-Bahan Resepi Kari Ayam Kashmir ;

BAHAN A.
=4 ulas bawang merah (hiris)
=1 labu bawang besar (saiz sederhana)
=3 ulas bawang putih (tumbuk)
=1 inci halia (tumbuk)

=1 batang serai (ketuk)
=rempah 4 sekawan(secukup kegunaan)
=1 tangkai daun kari

BAHAN B = PES
=1 sudu besar serbuk cili(kalau xsuka pedas boleh kurangkan)
=2 sudu besar rempah briyani
=2 sudu besar rempah kari daging
*jika guna tomato puri gaul sekali dgn bahan C

*satukan semua bahan dan gaul dgn sedikit air utk dijadikan pes.

BAHAN C
=3 sudu besar tomato puri(boleh gantikan dgn tomato>pastikan tomato yg btl2 masak@ranum)*potong dadu
=2 biji ubi kentang (potong dadu)
=setengah ekor ayam(saiz sederhana)

=garam/serbuk pati ayam secukup rasa
=air mengikut kegunaan/kuantiti ayam.

Cara-Cara Membuat Resepi Kari Ayam Kashmir;
1) gaul ayam dgn garam dan serbuk kunyit.goreng separuh masak.angkat dan ketepikan.
2) panaskan minyak,tumis bahan A hingga naik bau.kemudian masukkan PES.kacau sebati.
3) masukkan pula kentang dan tomato yg telah dipotong dadu.kacau seketika.
4) masukkan ayam dan tambahkan air.setelah mendidih.perasakan dgn garam secukupnya.masak sehingga kentang empuk.
5) setelah kuah agak pekat,matikan api.sedia untuk dihidangkan.

Hairul.com: Terima kasih kepada My1981 Kerana sudi berkongsi resepi kari ayam.



Email artikel ini pada rakan Email artikel ini pada rakan

Anda dialu-alukan :D

1. Jika anda suka artikel ini, klik button LIKE. Baru saya tahu anda suka.
2. Anda dialu-alukan kongsi artikel ini dgn klik button di bawah artikel sahaja.
3. Anda boleh share url link atau nama laman web artikel di mana sahaja.
4. Utk button "Email Artikel ini pada rakan", anda boleh juga email kpd diri sendiri sebelum forward kpd rakan. (Boleh letakkan ruangan Email Anda dan Email Rakan dgn email id yg sama)
5. Kalau nak Print, tekan pada keyboard anda: Ctrl dan P serentak.

Artikel Menarik Berkaitan:


Artikel Pilihan Blog Hairul.com:


Facebook Comments

comments

Comments

  1. ibnu muhamady says

    Mr. Hairul.. bisa bantu saya nama bumbu nya kalau di Indonesia sama dengan apaa ya,,
    HALIA, REMPAH BRIYANI, REMPAH 4 SEKAWAN… Terimakasih..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *