Kenapa mata anda semakin rabun? Fahami puncanya dan pencegahannya.


senaman mata

.
Teringat dulu semasa saya kecil. Saya sangat teringin memakai cermin mata. “Wah. Bergaya betul la pakai spec nie”. Mulalah saya mencari jalan untuk memakai cermin mata. Saya pun menonton tv terlampau dekat. Dengan harapan, cepat sikit matanya rosak hu.hu.hu.. Akhirnya berjaya. Saya memakai cermin mata pada usia 12 tahun. Namun itulah kesilapan besar dalam hidup saya. Kesilapan ini menyebabkan saya mengalami masalah astigma atau silau yang agak tinggi.

Semakin hari, power cermin mata saya semakin meningkat. Astigma saya pun turut meningkat. Memang merisaukan. Saya pun mencari rawatan alternatifnya di perpustakaan dan juga di internet. Akhirnya saya menjumpai satu teknik yang mampu mengelakkan power cermin mata dari terus meningkat tanpa sebarang kos. Namun teknik ini lebih kepada pencegahan bukan penyembuhan.

Sebelum saya menerangkan tekniknya, elok anda memahami punca kepada masalah rabun ini. Selagi anda tidak memahami puncanya, selagi itulah power cermin mata anda akan terus meningkat. Penerangan ini sedikit membosankan ya, kalo terasa bosan dan ngantuk, tidur je la dulu :P .

Secara semulajadinya, mata kita hanya sesuai melihat objek jauh. Bukannya objek dekat. Bentuk mata kita pada asalnya hanya sesuai melihat objek jauh. So apabila kita melihat objek dekat, otot-otot mata akan menekan mata dan mengubah bentuk mata untuk melihat objek dekat.

bola

Konsepnya seperti ini. Katakan mata anda seperti sebuah bola ragbi yang lonjong. Bentuknya hanya sesuai melihat objek jauh. sebaliknya apabila anda melihat objek dekat, otot mata akan menekan mata. Dan menjadikan bentuk mata anda seperti bola sepak yang bulat. Masalah rabun berlaku apabila anda meilhat objek dekat terlalu lama. Ia menyebabkan bentuk mata anda tidak dapat kembali kepada bentuk asal dengan sempurna iaitu bentuk bola ragbi. Inilah punca utama masalah rabun iaitu melihat objek dekat terlalu lama.

Secara detail, melihat objek dekat kurang dari 7 meter sudah cukup memberi tekanan dan mengubah bentuk mata anda. Namun ia hanya memberi kesan buruk pada mata sekiranya anda meilhatkan objek dekat terlalu lama. Terlalu lama disini ialah melebihi 20 minit. So untuk mengatasinya, setiap 20 atau 30 minit melihat objek dekat, anda perlu melihat objek jauh dalam beberapa saat. Ini bertujuan untuk mengembalikan bentuk mata anda kepada bentuk asal. Dan juga merehatkan mata dan otot mata anda.

So pencegahan kerosakan mata yang terbaik ialah setiap 20 minit melihat objek dekat. Anda perlu berhenti sebentar dan melihat objek jauh melebihi 7 meter dalam beberapa saat. Tapi semasa melihat objek jauh. pastikan anda benar-benar fokus melihat dengan detail objek jauh. Pada masa yang sama cuba rasai mata anda yang kembali lonjong pada bentuk asalnya dan otot mata bertambah rilek.

Di sini saya tidak akan sentuh tentang kornea, pupil, retina dan sebagainya. Kerana saya khuatir ia akan memeningkan kepala anda. Elok saya terangkan dengan cara yang lebih mudah dipahami.

Saya harap anda telah faham penjelasan tadi ya. Kalau tidak faham, bacalah semula lagi. Anda perlu benar-benar faham sebelum ke topik seterusnya iaitu teknik pencegahannya dengan senaman mata. Senaman mata lebih kepada menguatkan otot mata dan mengembalikan bentuk mata anda kepada asal. Tapi hakikatnya ia sukar kembali kepada asal sekiranya power cermin anda agak tinggi seperti saya. Namun ia sangat bagus mengelakkan power cermin mata anda dari terus meningkat.

huruf

Salah satu senaman mata yang cukup baik ialah melihat objek jauh dan objek dekat berulang-ulang. Caranya begini.

1. Anda print terlebih dahulu apa sahaja huruf yang agak besar di kertas seperti dalam gambar di atas. Dan tampal kertas tersebut di dinding anda.

2. Seterusnya, anda duduk di kerusi pada jarak lebih 7 meter dari kertas yang ditampal tadi. Lebih jauh, lebih bagus.

3. Tanggalkan terlebih dahulu cermin mata anda. Kemudian letakkan jari telunjuk didepan mata anda. Letakkan jari telunjuk di tengah antara dua mata pada jarak dalam 7cm dihadapan mata

4. Sekarang mata melihat dan fokus pada jari telunjuk dalam tiga hingga lima saat. Cuba lihat garisan pada jari anda dengan detail.

5. Selepas 3 – 5 saat, lihat pada kertas yang ditampal pada dinding. Lihat dengan detail huruf di kertas tersebut dalam 5 saat juga.

6. Seterusnya kembali fokus semula pada jari anda dalam 3 – 5 saat. Seterusnya lihat semula pada kertas selama 3 – 5 saat. ulang-ulang selama 5-10 minit sahaja.

Tujuan senaman ini untuk menguatkan otot mata dan menjadikan mata anda flexible melihat objek jauh dan dekat. Seterusnya mengembalikan bentuk mata kepada bentuk asal. Boleh juga buat senaman ini pada setiap mata terlebih dahulu dengan menutup sebelah mata. Dan akhir sekali buat senaman ini dengan kedua-dua belah mata.

Senaman ini elok dibuat pada waktu pagi ketika mata anda segar. Pastikan anda tidak membuatnya tergesa-gesa dan memaksa mata anda. Anda perlu buat dalam keadaan rilek dan rehat. Jika tidak, mata anda akan lebih rabun kerana mata sangat sensitif. Elakan membuat senaman ini ketika mata anda keletihan. Satu lagi perkara yang sangat penting, tanggalkan cermin mata anda semasa membuat senaman mata. Dan semasa membuat senaman mata ini, cuba rasai atau feel mata anda. Cuba rasai bentuk mata dan otot mata yang menarik dan menekan.

Rasanya panjang betul artikelnya. Cukuplah Sampai disinin Nanti bosan pula. Semoga bermanfaat kepada anda. Selamat mencuba senaman matanya.



Email artikel ini pada rakan Email artikel ini pada rakan


Anda dialu-alukan :D
1. Jika anda suka artikel ini, boleh klik button LIKE. Barulah saya tahu anda sukakannya :D
2. Anda dialu-alukan berkongsi artikel ini dengan button disediakan atau share url link artikelnya.
3. Utk button "Email Artikel ini pada rakan", anda boleh juga email kpd diri sendiri sebelum forward kpd rakan. (Boleh letakkan ruangan Email Anda dan Email Rakan dgn email id yg sama)
4. Kalau nak Print, tekan pada keyboard anda: Ctrl dan P serentak.


Artikel Menarik Berkaitan:


Artikel Pilihan Blog Hairul.com:









Posted on 17 Oct 2011 - Visited 61563 times, 70 so far today    95 Comments » Hak Cipta Terpelihara @ HAIRUL.COM

Ada 2 ruangan komen iaitu Komen FB dan Komen Biasa.



Komen Menerusi Facebook (Baru Dibuka June 2012)

Ruangan Komen & Pertanyaan Biasa:

 

95 Responses to "Kenapa mata anda semakin rabun? Fahami puncanya dan pencegahannya."

  1. isyak says:

    TQ hairul saya memang ada masaalah dengan mata, kena pakai cermin mata untuk membaca. semoga tip anda ada manafaatnya

    • Hairul Hissam says:

      Tima kasih kembali en. Isyak. Mmg ramai yg mengalami masalah rabun nie..
      Semoga dengan artikel ini, kita lebih memahami puncanya dan pencegahannya.. :D

  2. suri says:

    sya rabun jauh huhu,,klu silau teruk gak nak mandu mlm saya rasa tak bernai lagi klu siang blh pandu lagi..

    slu klu naik bas kena pakai spk mata,klu tak sy tak dpt baca bas apa yg sy naik.klu salah naik bas mmg kes nanyer jadinya heee..
    bro org kata klu mmbaca dlm gelap lagi mata kita cpt rosak ye ker?

    cermin mata saya klu kena cahaya matahari dia akan gelap sndri huhu..dulu ingat bt cermin rm100 je tambah tu ni dah jadi 200 lebih adei…

    • Hairul Hissam says:

      Benar tu cik suri, kalau masalah silau nie.. penglihatan di waktu malam mmg bermasalah…
      Membaca ditempat gelap mmg meletihkan dan merosakan mata :D

  3. ohcikgu says:

    wahh, info yang menarik nih..

  4. Juan says:

    mata rosak sebab main internet 24 jam

  5. mahani says:

    Terima kasih Hairul, InsyaAllah akan cuba…..

  6. super mak says:

    Bagus nie…

  7. isyak says:

    As salam Hairul. Insya Allah saya dalam proses mencuba petua yang tuan bagi tu, kalau berjaya saya akan kembangkan pada kawan2 plak.

  8. bEe says:

    Hehehe
    Betul tu…
    Masa kecik dulu bila tgk org pakai spec rasa mcm hebat pulak :cool:

    La ni rasa alamak aiihhhhh… :-(

    • Hairul Hissam says:

      betul kan cik.bee.. he.he.he..
      masa kecik rase hebatnyeee…
      bila dah besar.. aduhai.. siksa betul pakai spec nie :D

  9. chii says:

    waktu dulu2 chii ske tgk org yg pakai cermin mata..sampaikan terikut2 gak nak pakai cermin mata..sebab pada chii…org pandai..slalu pakai cermin mata..sebab byk sgt membaca…ehehehe…

    senaman mata tu…slalunya chii wat secara x langsung.baca pd signboard atau perkataan yang ada.

    nak kata tgk tv dekat xde..cuma karang ni slalu dok depan lappy je la..rabun jauh ngn dekat x byk..tp silau da mcm nak bertambah..

    thanks utk info =)

    • Hairul Hissam says:

      Benar tu cik chii.. org rajin membaca, kebanyakkan pakai spec..
      sebab meilhat objek dekat terlalu lama
      terutama bagi kanak2 yg dalam proses pembesaran tubuh badan dan mata..
      so pembesaran mata mereka terganggu dan mudah kena rabun. :D

  10. MR.Z says:

    memang betul, dulu tengok orang lain pakai spek terasa nak pakai.. bila dah pakai, kadang2 rasa rimas pula.. sy silau agak tinggi juga la..

    • Hairul Hissam says:

      Saya ada terbaca Mr Z.. kalo kita mengadap pc atau cahaya dengan kepala tidak tengak atau betul. boleh menyebabkan silau lebih teruk :D

  11. amy says:

    Saya memang tak pakaipun cermin mata,kalau ikut petua ni mungkin tak payah pakai sampai bila-bila best kan!

    • Hairul Hissam says:

      Mmg beruntunglah org2 tak pakai spec mcm cik amy…. jealous saya….
      InsyaAllah jika diamalkan senaman diatas.. tak payahlah habiskan duit beli spec.. :D

  12. titan says:

    samalah kita. Aku tengok orang pakai spek ni macam pandai aje. Jadi, aku pakai spek kakak aku. Nahh..ambik ko..rabun full time..haha..

    • Hairul Hissam says:

      he.he.he… dapat rabun full time skrg ya en. titan…
      Kalau lah saya dpt kembali ke zaman kanak2.. mmg akan dijaga baik2 mata nie… :D

      • suri says:

        haa rabun sepenuh masa huhu.. sy naik bas ,pi pust mmbli belah jer pakai.rumh..pjbt tak pulk..tak syok bila pakai.mugkin dh biasa ko huhu..bos plk kata pakai ar spek mata bru best kt opis ni sy dan awk pki spek nmpk skema haaaa..aduiii
        isyh..tak syok kan, tapi klu pasang lpu tdo smbil baca ok tak cikgu mata hiii?

        • Hairul Hissam says:

          Kalau masih boleh pakai dan tak pakai spec.. elok cuba senaman mata..
          mana tahu… hilang masalah rabunnya…

          oh sebenarnya cik suri.. membaca sambil baring pun tak elok untuk mata..
          kalo posisi atau kedudukan mata tak tengak atau senget.. boleh menyebabkan silau lebih teruk…

  13. Nurshuhada Amira says:

    Thanks…Harap dapat membantu saya yang rabun jauh nie…

  14. Muhd Suhaily says:

    Tidak pasti rabun atau tidak memang silau lebih-lebih lagi masa memandu waktu mlm.

    Selalunya mungkin berdepan dgn komputer sepanjang hari..

    • Hairul Hissam says:

      Benar tu en. shuhaily. komputer nie salah satu punca kepada masalah silau.
      biasanya bila menghadap komputer nie.. mmg berjam-jam tanpa henti…
      so kena praktiskan rehatkan mata setiap 20-30 minit.. tapi mmg susah nak buat :D

  15. cik tom says:

    bagus senaman tue sbb ciktom mmg rabun..cuma malas je nak praktis..hehe

    • Hairul Hissam says:

      ha.ha.ha… mesti sibuk cik tom nie :D ….
      biasanya mula2 je rajin buat.. lama-lama bosan dan akhirnya lupa… sama la saya :D

  16. sayacomel says:

    setakat ni mata ok. tak perlu pakai spek. hehe..

    • Hairul Hissam says:

      Wah .. mmg syok dan bertuahlah bro tak perlu pakai spec..
      jadi pagi2 tak perlulah mencari-cari kat mana letak cermin mata :D

  17. nizamghazi says:

    Baru faham.
    Sy mmg ada sikit masalah silau dan rabun ni.
    Sy sepatutnya kena pakai spek, tpi nk pakai
    Sbb bila pakai akan rasa terapung bila jalan.

    Tengs bgi tips tu, akan cuba amalkan.

    • Hairul Hissam says:

      Mungkin bila En. Nizam pakai spec, mcm pakai mask dlm laut tu kot.. tu yg rase terapung je :D … .
      tapi pada saya pakai spec nie.. tak puas la tengok alam yg indah ini….

  18. aina says:

    wah… bagus ni..
    kadang2 masa pakai spec pun tak nampak jgk, pasni boleh try amalkan..

  19. Mekar says:

    Salam.

    Kalau nak tahu, saya ni memang suka kpd lelaki yg bercermin mata. Pada saya, org pakai cermin mata tu ada tarikan istimewa (tp bukan yg kanta tebal la).Last2 kawin pun dgn lelaki yg berkaca mata. Sweet tu !heh

    Manakala pd diri sya, alhamdulilah setakat ni mata sya masih elok dan tak perlu pakai cermin mata bkanta.

    • Hairul Hissam says:

      Wsalam. Statement nie mesti buat ramai lelaki nak pakai cermin mata..he.he.he…
      Mmg untung cik mekar, tak perlu pakai cermin mata…. :D

  20. latifah says:

    Assalamulaikum tuan,

    Terima kasih tuan sudi menghantar banyak pertua kepada saya. Akan saya priktikkan semua petua tersebut yang sangat berguna terutama mata. Saya berharap tuan akan berkekalan membuat amal jariah secara online. Semoga Allah memberkati tuan dunia dan akhirat. Wassalam

    • Hairul Hissam says:

      Wsalam cik latifah. tima kasih juga kerana sudi membaca petua disini.
      semoga bermanfaat dan menceriakan hidup cik latifah.. :D

  21. Sue says:

    Semenjak tempat keje saya bertukar kepada Komputer yang lebih cangeh ni…hehehe
    mata rasa sakit pulak …mungkin x ada skrin kalis cahaya macam yang lama…
    terima kasih untuk petua ini…

    • Hairul Hissam says:

      Sesetengah LCD monitor mengeluarkan cahaya yg lebih terang dan juga radiasi lebih tinggi.
      mungkin mata cik sue belum biasa lagi kot… lama2 nanti ok la :D .

  22. juanita says:

    hihih….1st time la denga org nak sgt pakai spek.
    nape x beli yg xde power saje :D

  23. Lizz says:

    bagus juga ni. boleh dipraktikkan sebab we all mmg rabun dalam rumah ni.hahahaha

    • Hairul Hissam says:

      Selamat mencuba cik lizz..insyaAllah membantu….
      tapi nanti kesian plak kedai cermin mata.. dah tak de pelangan..he.he.he :D

  24. saya pun rabun jauh gak… masa firts guna cermin mata masa tu darjah 6.. masa tu memang malu nak pakai.. ada cermin tapi tak pakai pun… naik tingkatan 1 dan 2 pun masih di tahap sama.. lepas tu tingkatan 3 saya kena biasa kan pakai cermin mata.. sbb tahap rabun saya meningkat… rabun silau pulak tu… nak tengok ssuatu objek yang jauh memang tak nampak… sekarang pun masih guna lagi…

  25. Dinda Yun says:

    Terima kasih..insyaallah perkongsian ni berguna untuk sy. Sy ada benda nak tny. Ada yang kata salah satu latihan mata dengan melihat benda2 hijau dan jauh, jadi amalan latihan mata tu perlu dilakukan dengan memakai cermin mata atau tak? Terima kasih..=)

    • Hairul Hissam says:

      Maaf lambat reply.. kadang2 ada yg tak perasan sbab tengok komen dari ruangan admin…. ok berkenaan soalan diatas….. latihan mata biasanya tidak mengunakan cermin mata, perlu tangalkan cermin mata telebih dahulu. mmg bagus tengok benda hijau….. selamat mencuba..

  26. Ramai kata yg kerosakkan mata berlaku sbb selalu tengok TV dsb. Tapi bagi kawe ia ada kaitan dengan genetik dan juga senaman. Family kawe semuanya no problem dgn mata except yg tak aktif bersukan atau beriadah… My wife pula kebanyakkannya mata 4 :wink: daan mereka semua kebanyakkan tak bersukan :D

    • Hairul Hissam says:

      Ada benar tu En Ismail. Bila kita bersukan, sebenarnya mata turut bersenam…
      mata akan melihat benda jauh.. melihat kekiri, kekanan … atas dan bawah..
      inilah salah satu senaman yang tanpa disedari menguatkan mata…..:D

      p/s: sebenarnya bukan berpunca dari tonton tv.. tapi berpunca dari melihat objek dekat terlalu lama :D

  27. Razuan Razak says:

    Salam.. saya nak tanya.. saya ni tak rabun tetapi sy berminat nak pakai spec mata.. bila saya chek sebelah kiri sy rabun 0.25 dan sebelah lagi tidak rabun cuma silau.. sy nak tanya adakah patut sy memakai cermin mata atau tidak? adakah sy pakai cermin mata akan bertambah rabun saya n silau saya ini? sy tanya kedai buat spec mata diorang cakap pakai cermin mata lagi baik.. tapi sy risau rabun sy akan meningkat bila dah pakai spec mata.. adakah elok sy cuma buat cermin mata tiada power cuma letak silau sahaja? mohon jawapan daripada saudara yang dah ade pengalaman memakai cermin mata. terima kasih.

    • Hairul Hissam says:

      Kalau en razuan pakai cermin mata.. confirm power cermin mata dan silau akan naik dari semasa ke semasa…
      yg penting elakkan puncanya… jgn melihat objek dekat terlalu lama… setiap 15-20 tengok benda jauh..
      jika boleh tonton TV pada jarak lebih 7 meter….. dan akhir sekali..
      Aktiviti sukan seperti bermain pingpong, bola dan sebagainya juga membantu menguatkan mata kita..

  28. aishah says:

    kalau power mata saya hampir ke 700,boleh ke saya cuba petua ni untuk kurang kan mslh rabun saya yang semakin hari semakin teruk ???

  29. hana says:

    dulu sayapun ada rabun silau yang agak teruk juga, tapi saya suka sangat makan carrot. Alhamdulillah skang da ok.

  30. azi says:

    assalamualaikum…sya nk hlangkan rabun mata saya macam mane ek?..,,rsa seolah-olah xsmprna je bla pkai spec.ermmmm dh ketntuan dariNYA nk buat cam ne kan kta sbgi hmba hrs trma kan

  31. tips says:

    kenapalah saya lambat jumpa ini…

    tq. :-)

  32. hafiszah says:

    salam encik hairul

    saya mengalami masalah ini sekarang..sebelum ni saya tiada masalah rabun atau sakit di bahgaian mata..semenjak lepas bersalin, saya obses kepada crochet..(kait jarum satu) dan banyak jugak tempahan sy dapat..selain dari kerja 6-8 jam mengadap komputer di opis, masa senggang saya gunakan utk crochet..

    makin lama mata saya makin kurang jelas..huhu..tp saya cuba menafikannya..sakit jugak..selalu jumpa doktor doktor kasi eyedrop dan minta saya cek di kedai mata..now saya kurangkan crochet..tp kerja mengadap komputer tak leh elak..hahaha

    senaman mata ni mampu ye atasi masalah sy ni. seboleh nya saya tak mahu pakai spek..huhuhu…

    • Hairul Hissam says:

      Untuk mengelak dari rabun, setiap 15minit melihat objek dekat kena lihak objek jauh dalam 30saat. Kerana melihat objek dekat yg terlalu lama merupakan punca utama kerosakkan mata. :D

  33. Anna says:

    apa kesannya jika seseorang yang rabun tdak memakai kaca mata ?

    • Hairul Hissam says:

      Kesannya hanya apabila kita melihat objek dekat..kurang dari 7 meter dgn push mata kita utk melihatkan.. ia akan lebih teruk..

      • Anna says:

        so, bgi seseorang yg rabun, namun jarang sekali memakai cermin mata, ia akan membuatkan mata semakin rabun la ya ?

        • Hairul Hissam says:

          Kerosakan mata hanya akan berlaku apabila kita melihat objek dekat kurang dari 7 meter dgn lama. kalo kita menambah tekanan ketika melihat objek dekat sebab kita rabun.. mata akan lebih rosak…

  34. Madihah says:

    Boleh saya copy??

  35. no name says:

    bahaya ke klau rbn dkt bwh umur 20 thn

  36. Saya pon sama dulu mase kecik2 ingat comel sgt kalo pakai spek….saya pon cuba wat sabun.tapi x berjaya….pastu,kaklong saya bagitau susah giler nak jaga spek….

  37. hanan says:

    sy pn pkai crmin mata mse drjah 6..mse form1 dan form2 sy slalu pkai tp bla msuk form3 sy jrg pkai..hnya pkai mse ckgu mngajar atau ckgu mnulis kt whiteboard je..tp skrg sy dh lps spm..lgy lh x pkai…tp nti nk smbung stdy ttp kna pkai jgak..sy x slesa pkai crmin mata..dan bila pkai mmg muka sy akn npk lain..ermm..hrap sgt mata ni kmbali smbuh mcm biasa..nyesal x sdah..

  38. sasha says:

    akak minta izin print dan amalkn utk akak dan anak yea.. risaukn anak akak yg power spec sentiasa naik.. Ya Allah Kau sembuhkn mata anak ku seperti sediakala..

    amin..

    Tkasih…

    • Hairul Hissam says:

      Mmg boleh print kak sasha. Semoga bermanfaat.. Kalau boleh TV bagi jauh 10 meter dari kerusi agar mata anak tidak cepat rosak… lagi jauh lagi bagus…

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.