Ingin bekerja memasak di hotel – Serba sedikit panduan dari pengalaman saya

Memang seronok tengok chef-chef memasak di kaca TV. Memang bergaya. Popular lagi gitu.. Mula la ada yang pasang angan-angan untuk menjadi chef di hotel 5 star. he.he.he. Namun berkerja di hotel dibahagian kitchen amatlah berbeza. Tak der glamor nye. Penat ada la. Dah namanya bekerja memang la penat. Letih lagi dengan kerenah orang. ha.ha.ha..

Sebelum saya berniaga di pasar malam beberapa tahun yang lepas. Sempat juga bekerja di restoran, hotel dan bakery. Alaa, bekerja beberapa bulan je, sekadar menimba pengalaman. Dapat la sikit-sikit ilmu sebagai bekalan dihari memerlukan. Disini saya ingin berkongsi pengalaman dan juga cara untuk mendapatkan kerja di hotel dan restoran. Kalo tahu caranya lebih mudah.

hotel

Pernah dengar Malay kitchen, western kitchen, cold kitchen, pastry kitchen, chinese kitchen. Inilah jabatan-jabatan di dalam kitchen di hotel. Setiap jabatan atau kitchen mempunyai dapur yang berasingan. So tak de la nak gaduh-gaduh. Dan setiap jabatan mempunyai ketua yang dipanggil chef (ketua jabatan saya Sous Chef). Dan yang ketua paling atas ialah Executive Chef. Banyak lagi sebenarnya peringkat-peringkat chef seperti Demi Chef, chef de party dan chef ntah apa2 party he.he.he… Parti pas, umno, keadilan pun ada.he.he.he

Kerja harian di hotel tidak la rumit. Kita datang kerja. Kita lihat senarai menu untuk hari ini dan esok. Tengok juga function dan berapa orang untuk group tersebut. Seterusnya kita siapkan hidangan untuk hari ini dan juga persiapan untuk hari esok. So tak perlu la nak tanya sana sini apa nak wat. Cuma kekadang tu, ada la, order ala carte atau dengan bahasa mudah order tambahan satu dua untuk disiapkan segera. Dan selepas siap hidangan, kita perlu letakkan cantik2 di mejanya sekiranya buffer. Seterusnya perlu topup hidangannya jika kehabisan. Dan selepas selesai function atau buffer nyer kena kutip balik pingannya dan humban. Kerja membasuh pinggan dilakukan oleh steward.

Mungkin ada yang kata, kalo kerja kitchen di hotel, anda kena potong sayur setahun dua baru boleh pegang senduk. Ya ia benar jika anda bekerja di Malay kitchen. Berbeza dengan Cold kitchen dan pastry kitchen. Beberapa minggu, anda boleh terus membuat hidangannya. Lebih-lebih lagi bila kekurangan pekerja, dapat la belajar lebih sikit. Memang seronok bekerja di cold kitchen dan pastry kitchen kerana memerlukan daya kreativiti untuk menghiasai hidangan kita. secara mudah cold kitchen menyediakan hidangan appertizer seperti western salad, thai salad, kerabu, buah-buahan dan juga hiasan. Manakala pastry kitchen menyediakan hidangan pencuci mulut seperti jelly, puding, cream caramel, chocolate mouse, kek dan banyak lagi. Saya bernasib baik kerana sempat menimba ilmu di dua buah kitchen tade.

Cabaran semasa saya kerja di cold kitchen, bila barang kehabisan. “Chef, chef, thousand island ngan Thai Sos dah abis. Abis tu camner nak wat ini” mula la saya tak tentu arah dibuatnya. “Apa la ko nie Hairul, kita buat dia, bukan dia buat kita..ko ambik nie.nie.nie..tu.. aaarrr ambil skrg” bila jumpa semua barang tu.. campur2..jadik juga thousand island, jadik juga thai sos…”Wah.. dahsyat la chef nie” saje je bodek chef. sebab chef nie memang suka dibodek..he.he.he. Dan kalo barang utamanya kehabisan.. ambil je sosej, fish cake, ngan fish ball, potong-potong gaul ngan mayonis dan thousand island. bagi sikit mix vege. letak atas salad dan hias ngan daun hijau org putih tu.. ala lupa la namanya.. dan siap

Mulalah Chef bertanya “Apa yang ko buat nie hairul… mmmm ok gak” apa lagi eksyen la sikit “Barang tak der chef.. kita buat dia… bukan dia buat kita..” he.he.he.. mula la chef menjeling “Ko rebus dulu tak?”..memang soalan maut dia bagi “Tak sempat la chef”….Memang seronok bekerja ngan chef jawa nie..he.he.he.. Itu lah serba sedikit pengalaman bekerja di cold kitchen.

Manakala bekerja di Pastry kitchen berbeza sedikit. Kita boleh menyiapkan produk terlebih awal dan simpan di dalam chiller. Kerana produknya boleh tahan lama dan chiller nie ialah peti sejuk yang besar gak macam bilik. Kalau masuk chiller nie, boleh tahan lagi duduk dalamnya lama-lama sambil makan apa yg patut..he.he.. Tapi kalo freezer, memang tak bleh lama di dalamnya. mau beku dibuatnya. 1 minit pun dah tak tahan.. Yang sakit hati bila cari barang kat dalamnya. Mau keluar masuk freezer tu puluh kali. he.he.he

Di pastry kitchen sye bekerja ngan seorang chef yang suka bermeeting. Sikit2 panggil staff meeting.. pastu punya la lama meeting yer… dan chef nie kurang suka berkerja.. suka merayau.. tapi cakap memang power. Chef ini hanya turun padang bila ada majlis special je.. So produk2nya banyak dibuat oleh staff2nya. Satu kelebihan, banyak juga saya belajar dari staffnya. hampir kesemua produknya pernah saya buat, cuma hasilnya, boleh la untuk orang baru. Antaranya, puding, jelly, cream caramel, chocolate mouse, bavarois, english truffle, span cake, chocolate punch cake, butter cake. fruit cake, tiramisu, bun, bread puding dan byk lagi. Tapi kalo suruh buat balik benda nie.. kena bukak buku la. ntah jadik ke tak.. he.he.he.. Bertahun gak dah tak watnya.

Selain dari hotel sempat juga bekerja di restoran western food dan juga bakery. Namun tak banyak yang boleh dipelajari. Contohnya di western restoran, saucenye telah siap dari kilang dan kita cuma panaskan. Daging2 telah siap diperap, kita cuma goreng atau grill. Manakala di bakery tesco, adunan tepungnya telah di mix atau campur dari kilang. So dengan kata lain, anda tidak boleh curi reseipi disini. Tapi berbeza di hotel. anda boleh belajar dari A to Z untuk setiap resipi. Tak caya masuklah. Cuma nasihat saya, terdapat makanan yang sebenarnya tidak halal di hotel. Contohnya Tiramisu, Chocolate mouse dan bavarois diperbuat daripada geletin. Dan kebanyakkan geletin yang digunakan tidak halal. So berhati-hati ketika memilih dessert di hotel.

Ok sekarang kita cerita cara untuk mendapat kerja di hotel dan restoran dari pengalaman saya. Untuk restoran, anda perlu datang ke restoran tersebut dan bertanya di kuanter. “Ade kerja kosong tak kat dapur”. Saya gunakan cara ini semasa mendapatkan kerja di western restoran. Manakala hotel pula berbeza. Dapatkan nombor telefon hotel yang anda mahukan dangan mendail 103 (operator telekom). Dan telefon hotel tersebut dan minta disambungkan terus ke dapur. Dan bercakap dengan Executive chef. Elok call dalam pukul 9-10 pagi ketika mereka kurang sibuk. Dan jika anda bernasib baik, anda perlu datang untuk interview.

Dari segi kelayakkan, apa yang saya lihat ramai juga yang langsung tiada sijil masakan. Dan samada anda memiliki sijil atau diploma kulinari atau tidak, anda perlu bermula sebagai commis. Cuma bezanya dengan diploma anda mudah naik pangkat. Itupun kalo anda bernasib baik dan rajin lompat kerja. Tapi yang saya lihat ramai juga chef-chef yang tiada sijil, hanya bergantung pada pengalaman. Walaubagaimanapun jika anda ada sijil, ia lebih memudahkan anda untuk memulakan kerjaya dalam bidang yang kononnya glamor nie..chefffff…. chit…… :D

p/s: Sekiranya anda raser info nie bermanfaat, dialu-alukan memberi komen dibawah. Dan share la ngan kawan-kawan melalui button share kat bawah tu…..



Email artikel ini pada rakan Email artikel ini pada rakan

Anda dialu-alukan :D

1. Jika anda suka artikel ini, klik button LIKE. Baru saya tahu anda suka.
2. Anda dialu-alukan kongsi artikel ini dgn klik button di bawah artikel sahaja.
3. Anda boleh share url link atau nama laman web artikel di mana sahaja.
4. Utk button "Email Artikel ini pada rakan", anda boleh juga email kpd diri sendiri sebelum forward kpd rakan. (Boleh letakkan ruangan Email Anda dan Email Rakan dgn email id yg sama)
5. Kalau nak Print, tekan pada keyboard anda: Ctrl dan P serentak.

Lagi Artikel MENARIK Blog Ini:


Nak TAMBAH INCOME Dgn BISNES MAKANAN???
Persediaan Terbaik Jika Anda Dibuang Kerja

Facebook Comments

comments

Comments

    • Hairul Hissam says

      mmg sonok memasak nie safwan, sbb kita boleh buat apa shj yg kita mahukan. Sye dulu maser kecik suka masak curi2..he.he.he.. dah beso dah bleh wat apa shj..

    • Hairul Hissam says

      bergantung pada jawatan dan juga bergantung pada hotel :)
      kalo mula2 masuk, kecik ckit la gajinya..
      cuma ada sistem point (kira mcm bonus bulanan dikira dari sales hotel)…

    • Hairul Hissam says

      tima kasih kembali.. oh ye ke…. kesiannnnnn nyer :D
      banyak berdoa dan berusaha… insyaallah, kalo ada rezeki.. ada la tu…
      semoga berjaya…. :D

  1. ain says

    cm ne erk ase nye tme nk intrview uh….ap je yg dye tye..urmm intrvw jmpe hr or ngan exectve cheff…ad yg ckp jmpe chef ade yg ate kne jmpe hr..eee cnfiuss suda niee…keje kmari la ko kje…hahahhaa

    • Hairul Hissam says

      Memang benar.. ada yg kena interview dgn hr .. ada yg kena interview ngan executive check dan ada yg kena interview ngan kedua2 sekali…soalanya biasa je.. tanya pengalaman dan background kita… semoga berjaya..

    • Hairul Hissam says

      wsalam hafiz…. bagus tu impian tu.. semoga tercapai suatu hari nanti…
      seronok kerja di hotel ni.. cuma penat je la :D

      • says

        salam..sye nk tanye boleh tak beri tips ketika kite belajar bidang perkhimatan dan penyajian makanan diinstitut..apakah kite harus fokus pada bidang tersebut?

        • Hairul Hissam says

          Pada pandangan saya elok pelajari byk bidang masakan sebab ia menjadikan kita lebih creative dan byk idea.. tqvm..

          • says

            skarang ni sy blajar bidang perkhimatan dan penyajian makanan..sy risau la takot2 kalau ape yg sy belajar tu kadang2 membuatkan sy lupe bile nk masakkan salah satu menu yg kite da blajar kat rumah…kadang2 sy lupe bahan2 nk masak tu..ape nk buat ye..adakah kite kne makan yang berkhasiat untuk mencerdaskan minda kite..terima kasih

            • Hairul Hissam says

              Sebenarnya apa yg kita belajar, belum tentu kita boleh buat dengan baik..
              tapi jangan risau.. bila dah kerja masak nanti.. bila hari-hari kita buat.. insyaAllah cepat pandai dan ingat..
              lagipun bila kerja di dapur, kita bukan terus buat menu special.. kita akan diajar lagi.. so don’t worry Brohter Rosman :D

  2. jue says

    salam abg…sye prnah prtkel di sebuah resort…sye mmang bnyak belajar tp sya rasa sye x tahan untuk bekerja dlm bidang perhotelan kerana setiap chef peragainya sgt2 berbeza dan mulut pun bleh tahan..adakah hotel lain sama seperti ini juga???

    • Hairul Hissam says

      Benar tu cik jue, ada chef yang ok dan ada yg sebaliknya. Tapi biasanya mula-mula memang macam tu, kena bising je. Nanti bila kita dah pandai, keadaan akan lebih baik. :D

  3. lya says

    Sy xde sijil y bkaitan dlm masakan..mcmana nk make sure hotel tu terima bkerja??y penting nk jd chef atau pembantu chef..klu amek diploma kulinari ape kelebihannya?minat sgt memasak ni.

    • Hairul Hissam says

      Elok dapatkan sijil kulinari.. kerana ia lebih memudahkan kita mendapat kerja di kitchen hotel… semoga berjaya ya cik Iya :D

  4. gurl says

    saya tak skolah sejak form 1. skang umur saya 17. Blh tak saya mintak kerja kat restoran sebab saya ada sijil upsr ja …

    • Hairul Hissam says

      Elok mulakan dgn kedai makan.. Biasanya mereka tak tengok sangat sijil. InsyaAllah dapat tu. Yg penting kena rajin dan mengikut arahan Bos. :D

  5. zack says

    sy mmg mnat sgt jd chef..n sy bhenti blajr smata2 nk tukar kos kulinari..tp skrg ni sy kna keje dlu sbb faktor kewangan….sy ni kurg keyakinan diri…tkut nk keje hotel…msti ssah an…bole x beri tip cket kt sy?

    • Hairul Hissam says

      Kos kulinari mmg ada peluang yg cerah cuma perlu mula dari bawah dan kena byk bersabar.. semoga berjaya.. :D

  6. Mohd says

    Salam :) sy nk tnye , skiranya kite nak mohon kja kat hotel sbgai tkang msak , dorang lebih tertarik dr kelulusan mana ek ? sijil ke diploma ?
    Lagi satu diploma pngurusan hotel n katering dan diploma pgurusan perkhidmatan makanan leh jg ke kja sbgai tkang msak kat hotel ?

    • Hairul Hissam says

      Semua yg ada kelulusan samada sijil atau diploma tetap bermula dgn jawatan yg sama iaitu commis atau pembantu. So tak kira diploma atau sijil, mereka akan ambil bekerja jika ada kekosongan. Samada terima atau tidak lebih bergantung pada sesi temuduga..:D

  7. izzat says

    Alhamdulillah bang.sy diterima bekerja.seorg chef interview sy.dia kata keje ni mmg byk cabaran.kene marah tu biasa katamya.kene cekal.bersiap sedia dgn cabaran mntal dan fizikal.atas faktor minat dia akn lihat sy.dlm tempoh sebln.blh abg kongsi tips x serba sikit .sblm sy bkerja

    • Hairul Hissam says

      Tahniah kerana berjaya berkerja dihotel. Mmg kena banyak bersabar kerja dihotel. Utk permulaan biasa lah kena marah.. tapi nanti lama2 dah paham kerja, tiada siapa nak marah lagi :D

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *