Idea Perniagaan Paling Mudah Setakat Ini Dari Pembaca Blog Hairul.com


Mesti ramai tercari-cari idea perniagaan yang paling mudah dan senang. Bisnes yang boleh dijalankan secara sambilan untuk menambah pendapatan keluarga. Kebetulan saya menerima email dari seorang pembaca blog hairul.com. Namanya Puan Za. Menurutnya, beliau telah memulakan bisnes makanan di rumah hanya menggunakan resepi percuma di blog hairul.com. Tersenyum saya membaca emailnya. Jom kita baca email dari Puan Za.

Inilah Idea perniagaan yang paling mudah dimulakan setakat ini. Walaupun bekerja dan mempunyai anak, Puan Za mampu menjalankan bisnes sagun secara sambilan. Sagun memang mudah dibuat dan mudah dijual kerana ia sedap. Boleh dijual di pejabat, di sekolah atau letak di kedai-kedai berdekatan. Kalau ada yang rasa berminat menjual sagun nie, link untuk belajar buat sagun secara percuma ada di side bar di bahagian kanan blog ini.

Mungkin juga ada yang memandang rendah pada bisnes kecilan ini “Alaa jual sagun je, boleh kaya ke”. Laa kenapa tak boleh. Nak kaya, jual la se kontena sagun. :P . Sebenarnya bisnes yang kecil ini mampu memberi idea perniagaan yang lebih besar. Inilah titik permulaan untuk anda merasai selok belok perniagaan. Membiasakan diri dalam urusan jual beli. Seterusnya mengasah kemahiran anda dalam seni dan strategi perniagaan. InsyaAllah, ia akan membantu anda memulakan bisnes yang lebih besar.
.

Jika kita lihat bangsa cina yang hebat dalam perniagaan. Mereka juga bermula dengan bisnes kecil-kecilan. Mereka juga bermula dengan bisnes di belakang rumah sahaja pada satu ketika dulu. Dari situ mereka melihat potensi perniagaan. Dari situ membuahkan idea-idea perniagaan yang lebih besar. Dan kini, mereka berjaya. Mereka menerapkan semangat bisnes ini ke dalam jiwa anak-anak mereka. Dimana anak-anak mereka menyambung dan menerokai bisnes yang lebih besar. Itulah yang perlu kita contohi.

Apabila kita memulakan bisnes yang kecil seperti ini. Kita perlu ada mindset untuk mengembangkan perniagaan kita. Perlu ada cita-cita untuk memiliki perniagaan yang lebih besar. Ada usaha dan perancangan ke arah tersebut. Jika kita tidak berjaya melakukannya, pastikan anak-anak kita akan menyambungnya. Semoga artikel ini bermanfaat.



Email artikel ini pada rakan Email artikel ini pada rakan


Anda dialu-alukan :D
1. Jika anda suka artikel ini, boleh klik button LIKE. Barulah saya tahu anda sukakannya :D
2. Anda dialu-alukan berkongsi artikel ini dengan button disediakan atau share url link artikelnya.
3. Utk button "Email Artikel ini pada rakan", anda boleh juga email kpd diri sendiri sebelum forward kpd rakan. (Boleh letakkan ruangan Email Anda dan Email Rakan dgn email id yg sama)
4. Kalau nak Print, tekan pada keyboard anda: Ctrl dan P serentak.


Artikel Menarik Berkaitan:


Artikel Pilihan Blog Hairul.com:









Posted on 27 Jul 2012 - Visited 11145 times, 15 so far today    30 Comments » Hak Cipta Terpelihara @ HAIRUL.COM

Ada 2 ruangan komen iaitu Komen FB dan Komen Biasa.



Komen Menerusi Facebook (Baru Dibuka June 2012)

Ruangan Komen & Pertanyaan Biasa:

 

30 Responses to "Idea Perniagaan Paling Mudah Setakat Ini Dari Pembaca Blog Hairul.com"

  1. akubiomed says:

    Teringat kepada isteri dahuli pernah jual ais krim malaysia. Boleh dapat duit sampingan walau tak banyak.

    • Hairul Hissam says:

      Aiskrim malaysia pun mudah dibuat dan kosnya amat rendah.. Saya pun selalu beli kat rumah org masa kecik2 dulu.

  2. Oh! budu says:

    wah. mesti terharu orang yang berkongsi resepi tu sebab dpt tolong orang lain.

  3. chii says:

    betul2..dgn memulakan secara kecil2an..x mustahil satu hr nnt boleh buka kedai..terbaik la puan za..chii sendiri x berkesempatan lg nak buat..ehehe…

    • Hairul Hissam says:

      Bisnes sagun nie masih boleh dikomersialkan lagi cik chii. Tak mustahil boleh buka kilang sagun mcm appolo.. :D

  4. Blog Asyraf says:

    Bagus betul kalau macam ni, walaupun tak banyak.lama-2 banyak la tu..
    Dulu semasa zaman sekolah renda, selalu jugak makan sagun ni..tp sekarang dah payah jumpa.

  5. titan says:

    jual sagun. cukup kat 1-2 sekolah..leh untung banyak gak setiap bulan tu..

  6. suri says:

    kedai sy on line jer bro huhu…
    biar sikit tpi kita rasa puas hati hee…
    cuma perlukan korbankan sikit wang utk dpt hasil yg berganda

    • Hairul Hissam says:

      Boleh jual sagun secara online taw cik suri…
      Jual satu package, 5 batang ke atau sebagainya..
      sagun tahan lama dan modalnya kecil.. tu yg best.. :D

  7. Mus says:

    idea bisnes dah ada..
    kena rajinlah berusaha..

  8. cik tom says:

    mmg bagus idea pn. zalifah ni..pandai cari peluang..

  9. ciknor says:

    tahniah kepada pn za. saya tumpang berbangga. saya tgh mencari2 idea apa nak jual nih

  10. daddydee says:

    kalau rajin semua akan jadi….

  11. suri says:

    sagun sedap dan rasa manis2 em..belanja nak mulannya skit jer heee
    wanita duduk rumh ada pelung yg tggi utk jana wang. cam suei cuti sebulan ok jer hee smbil jaga anak ada wang masyuk

    • Hairul Hissam says:

      Peluang baik tu cik suri untuk menambah pendapatan keluarga.
      Mana taw, nanti incomenya lebih besar dari makan gaji sebelum ini :D

  12. Nazri says:

    kalau mula biz secara kecil-kecilan, then membesar.. biz susah nak ranap coz ada banyak pengalaman.

  13. nizamghazi says:

    Saya ada rakan yang pandai menghasilkan kek.
    Tapi beliau tak tahu nak commercial macam hairul.

    • Hairul Hissam says:

      Skrg kat bazar ramadan atau pasar malam ramai gak yg jual kek.. Satu potong empat segi kecil, harganya rM2.50. Mmg banyak untung betul la. :D . Mungkin boleh cadangkan pada kawan en nizam utk jual di sana utk permulaan.. :D

  14. Mekar says:

    Bagus org2 sekarang ni ada usaha utk mendapatkan pendapatan lebih

  15. Hj Hamonzar Bin Abu Hasan says:

    Betul tu.. klu nak berjaya bisnes adalah jalan terbaik.. sedangkan nabi Muhammad S.A.W. kita sendiri buat bisnes…

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.