Sebelum kita ke video kisah warga Amerika memeluk islam, saya ingin berkongsi kisah kejayaan bisnes roti canai segera dari pembeli www.resepiroticanai.com iaitu encik Iskandar. Jom baca kisah menarik encik Iskandar dalam mesej facebook dibawah:.
Saya puji en Iskandar. Bermula menjalankan bisnes roti canai segera secara sampingan sambil bekerja. Setelah yakin, beliau berhenti kerja dan membuka kedai roti canai sendiri. Ia satu permulaan yang cukup baik. Cara promosi beliau pun bagus juga. Hari pertama buka kedai, bagi percuma dulu. Siap buat kenduri dan panggil jemaah masjid lagi. . Jom baca mesej facebook beliau
Video Kisah Menarik Warga Amerika Memeluk Islam
“God, if you there, please guide me”. Itulah kata-kata yang disebut berulang kali oleh Yusuf Estes sebelum hatinya terbuka memeluk islam. Ia disebut berulang kali dengan ikhlas, tunduk dan rendah diri kepada Pencipta alam semesta. Jom tonton videonya dibawah:
Artikel ditulis khas untuk pembaca yang beragama islam. Tujuan saya lebih kepada menguatkan kepercayaan umat islam terhadap kebenaran Agama Islam. Supaya kita tidak mudah terperdaya dengan tipu muslihat yang bertujuan merosakkan aqidah umat Islam. Harap anda semua dapat tonton video sehingga habis. Memang menarik 😀
Sebenarnya apabila kita dilahirkan sebagai Islam, kita “take it as granted” Konsepnya sama seperti mereka yang dilahirkan dalam keluarga kaya akan kurang menghargai kekayaan tersebut. Inilah menjadikan subjek agama islam di sekolah sekadar menjawab kertas perperiksaan sahaja. Bukan untuk dihayati dan bukan untuk dipraktikkan.
Bebeza dengan orang bukan islam yang memeluk islam selepas menemui kebenaran. Mereka lebih bersemangat menghayati agama Islam. Mereka bersemangat mempraktikkan ajaran Agama Islam. Dan mereka mahu kebenaran ini dikongsi bersama orang lain. Sebab itu Islam berkembang dengan cukup pantas pada awal kedatangan Islam.
Apa yang menarik dalam video tersebut, sumber agama Islam sangat terjaga. Seperti Al Quran, ia dijaga melalui ramai tahfiz atau penghafal Al Quran. Ramai yang menghafalnya dari zaman Nabi Muhammad s.a.w. sehingga sekarang. Malah ada sekolah agama khusus untuk menghafal ayat Al Quran. Jadi Al Quran memang tidak akan boleh diubah kerana para tahfiz atau penghafal pasti akan mengetahuinya.
Orang bukan Islam ada bertanya, ‘Jika Tuhan ada, kenapa Tuhan tidak menunjukkan diriNya’. Pada saya jawapannya terletak pada usia kita. Adakah kita dibiarkan hidup selama lamanya?. Tidak, kIta pasti akan mati. Kita akan meninggalkan dunia dan menemui Pencipta kita dengan amalan yang kita lakukan. Usia 60 tahun atau lebih adalah satu tempoh yang diberikan kepada kita untuk kita dinilai dan diadili oleh Pencipta kita. “God, please guide me” Hanya yang ikhlas, tunduk dan merendah diri akan mendapat panduanNya.
akubiomed says
Nampaknya rata-rata pelanggan berpuas hati dengan produk yang bro tawarkan.
Hairul Hissam says
Alhamdulillah, seronok rasanya bila mereka puas hati.. 😀
Ummi Hanie says
terpukaulah sy dgn produk2 bro Hairul ni…
slamat maju jaya utk p’hasilan produk baru. mesti best ni
Hairul Hissam says
Terima kasih kak ummi InsyaAllah akan hasilkan yg terbaik…
puteri kasih says
tak dapat nak tengok video tu..internet agak slow malam ni. Esok puteri tengok.
p/s good luck untuk produk baru 🙂
Hairul Hissam says
Mmg rugi tak dapat tengok tu puteri… Saya suka cara yusuf estes bercakap. Beliau sebelum nie pendakwah kristian. Dan selepas terbuka hati memeluk Islam menjadi pendakwah Islam 😀 ..
Amirul says
Setuju dengan bro, bila dilahirkan Islam sama spt berada dlm keluarga yg kaya dan akan kurang menghargai kekayaan tersebut. Kita perlu kuatkan akidah kita
Hairul Hissam says
Betul tu bro.. bersama2 kita menambah ilmu dlm menguatkan keimanan kita… 😀
azita says
Sy nak try niaga cakoi..
Hairul Hissam says
Boleh. cara membuatnya ada di terangkan di http://www.resepicakoi.com