Memang menyeksakan kena gastrik atau sakit perut nie. Lebih dua jam saya menahan kesakitan pada bahagian perut. Betul-betul pedih pada bahagian perut. Nasib baiklah teringat petua ubat gastrik mujarab. Kalau tak, tak tahulah apa jadiknya. Yang peliknya, kat rumah mak dulu tak pernah pulak kena gastrik. Tiba-tiba je kena gastrik kat rumah baru nie.
Saya kena gastrik selepas kena cirit birit. Saya ada ceritakan dalam artikel ubat cirit birit mujarab sebelum ini. Saya syak, kemungkinan gastrik saya ini disebabkan air gas yang saya minum untuk merawat penyakit cirit birit. Minum pulak, pagi dan malam. Hilang cirit birit, gastrik pula yang datang. Sabor je la. Sebab air gas nie sifatnya menghakis dan menambahkan keasidan dalam perut kita.
.
.
Ubat Gastrik Mujarab dari Pengalaman
Lebih dua jam tu menaham kesakitan akibat gastrik. Ingatkan pagi tu, nak siapkan order pakej pembeli. Tapi gastrik pula yang datang. Ok. Mesti ramai yang tak sabar-sabar mengetahui ubat gastrik yang mujarab ini. Nak tahu apa ubat gastriknya?. Ubat gastriknya ialah bawang putih bakar. Saya bakar bawang putih dan makan. Rasa bawang putih bakar ok dan boleh dikunyah.
Caranya, bakar bawang putih dengan kulitnya terus pada api dalam masa 1-2 minit. Kemudian buang kulit dan basuh bahagian hitam. Seterusnya kunyah dan makan. Saya pun tak sangka ia boleh menjadi ubat gastrik yang mujarab. Alhamdulillah selepas makan bawang putih bakar, dalam beberapa minit sahaja sakit perutnya berkurangan. Dan sehingga kini saya tak kena lagi gastrik.
Memang bagus bawang putih bakar untuk kesihatan dada dan perut. Kalau anda kena gastrik atau sakit perut jangan lupa petua ubat gastrik ini. InsyaAllah mujarab dengan izinNya. Sekiranya anda ingin berkongsi petua gastrik dari keluarga atau pengalaman anda. Amat di alu-alukan. Besar pahalanya berkongsi petua dan ilmu.
Shasha Mohamed says
Terima kasih, di atas perkongsian. Insyaallah nanti kalau ada akan saya kongsikan ubat gastrik ni.
Kalau kena cirit birit dulu kat kampung, mak saya selalu suruh kitorang makan pucuk jambu batu atau minum teh O pekat2. 😉
Hairul Hissam says
Ramai juga yg berikan petua pucuk jambu dan teh o pekat dalam artikel cirit birit sebelum ini. Tentu mujarab petua ini. Terima kasih cik shasha 😀
Airis Eryna says
Saya punya gastrik tak sakit kat perut tpi sakit smpai ke tekak.. Rasa macam tercekik.. Minum air pun tetap rasa yg sama.. Ada apa-apa petua tak untuk saya amalkan?
Hairul Hissam says
Tak salah utk mencuba ubat gastrik dgn bawang putih nie.. mana tahu berkesan juga..
azriey amrie says
salam… .. sy selalunya muntah je.. sbb bila muntah, mmg lega.. ataupun buat mcm tgh sujud, tp tinggikan sikit kepala.. tp cara ni lmbat sikit. ataupun syselalu standby ubat sweecon. kt farmasi ada jual.. mmg mujarab ubat ni.. sdp pulak 2… dan 1 lg kaedah ialah mkn buah kurma… org kata bagus utk perut… cubalah
Hairul Hissam says
wsalam. Baru saya tahu ttg ubat sweecon. Manakala kurma mmg bagus utk perut.. Kena standby juga ubat nie dan kurma. Sebab bila dah kena gastrik, mmg dah tak larat nak keluar cari ubat. Tima kasih cik azriey 😀
azriey amrie says
sy mmg selalu simpan ubat 2… rasanya jauh lg sdp dri ubat klinik….
Hairul Hissam says
Mmg penting tu utk masa kecemasan. tq cik azriey. 😀
rabaah says
macamana pula kalau anak kecil berumur 1-6 tahun yg terkena cirit birit, blh tak en. hairul bagi petuanya, sbb anak saya dah masuk 3 minggu cirit birit ni.. saya bingunglah.. blh tlg. tak… plz.
Hairul Hissam says
Boleh juga cuba berikan kurma yg telah dihancurkan, dimamah atau direndam sehingga ia lembut. Rasanya, kurma tak de masalah dimakan walaupun utk bayi. Boleh juga cuba petua-petua yg diberikan oleh pembaca dalam artikel cirit birit sebelum ini. 😀
NOR AISYAH says
Nak tnye skrg ne sya tgh mengalami gastrik . Klu mkn bawang putih bakar tu ada perubahan tak . Sbb skrg ne tgh sakit
Hairul Hissam says
InsyaAllah dengan izinNya.. semoga sembuh dari gastrik …
kaseym says
bg minum air biji selasih..
bt sirap selasih pn blh, tp lebihkan selasih tu..
Hairul Hissam says
Tima kasih en kaseym kerna sudi membantu puan Rabaah. Semoga anak Puan Rabaah cepat sembuh.
Melatiqistyna says
TK krn berrkongsi, hb mmg Ada gastric, nanti boleh sy Cuba 🙂
Hairul Hissam says
Nanti kalau dah cuba, boleh lah beri feedback disini.. tqvm ya.. 😀
zailan says
salam…
thanks atas ilmu..pohon share..,selalu juga ikuti website tuan.Impressive.
Personality Consultant
Human Profiling Character / Self Potential
Kluang.
Hairul Hissam says
Wsalam. tima kasih en zailan. boleh share guna button2 yg disediakan 😀
akubiomed says
Tak sangka bawang putih boleh meredakan masalah gastrik.
Hairul Hissam says
Bawang putih bagus utk masalah perut. Bagus juga diamalkan walaupun tak sakit 😀
amy says
Terima kasihlah Hairul.Boleh cuba petua ni,sbb saya selalu jugak kena gastrik tapi dah boring nak makan ubat kena pulak ubat air yang berwarna putih tu,tak lalu nak minum.Kalau kena waktu malampun tak perlu bersusah payah keluar cari ubat.Jenguk ja kat dapur senang kan!
Hairul Hissam says
Kalau selalu kena. Elok amalkan makan bawang putih bakar setiap hari sebelum tidur.
kat dapur masak kan ada bahagian kecil ditengah. saya letakkan dua ulas bawang putih diatasnya dan hidupkan api.. lepas satu minit, ambil dan basuh dan makan… 😀
miss says
Nanti nk cuba la.sy pun gastrik teruk gak
Hairul Hissam says
cuba amalkan makan bawang putih bakar setiap malam.
Mmg bagus utk perut….
kat dapur masak kan ada bahagian kecil ditengah. saya letakkan dua ulas bawang putih diatasnya dan hidupkan air.. lepas satu minit, ambil dan basuh dan makan… senang je. 😀
aidakirana says
Terima kasih..saya dah cuba berkesan..tq tq tq
Hairul Hissam says
baguslah.. terima kasih diatas feedback..
tehr says
senng juga nak hilangkan gastrik ni
nanti boleh dicadangkan kepada sahabat
Hairul Hissam says
Semoga sahabat en tehr cepat sembuh 😀
donnyien says
Terima kasih dengan tips mujarab ni, selalunya kalau wife gastrik, dia ambil cakol je.. lepas ni bole la cuba petua ni pula 😉
Hairul Hissam says
InsyaAllah mujarab petua nie.. cubalah.. 😀
nurmisnan says
Actually.. galic atau bawang putih sebenarnya juga penawar KANSER..
Mcm2 khasiat bawang putih nih.. Itu sbb bila goreng sayur atau
goreng spaghetti Olio lebihkan garlic. Superb
Hairul Hissam says
Wah, hebat bawang putih nie. dpt menyembuhkan pelbagai penyakit termasuk kanser.
Itulah kelebihan masak sendiri dirumah, boleh tambahkan bahan2 berkhasiat utk keluarga.
Terima kasih cik nurmisnan atas info tu 😀
nurmisnan says
utk pesakit kanser, ambil satu labu bawang putih..
hiris tipis2 dan biarkan 5 minit. kemudian tabur
garlic atas roti atau makanan dgn mentah2. Amacam..
ada berani kunyah.. hik3…
Hairul Hissam says
Kalo yg dah kena kanser…. confirm diaorg kunyah je. he.he.he.. yelah dah terpaksa kan.. 😛
tapi elok diamalkan walaupun belum kena kanser dgn perbanyakkan guna bawang putih dalam masakan spt yg disarankan oleh cik nurmisnan 😀
suri says
mmg bwg putih utk anit penentang sakit dan penyakit. smoga yg skit akan sgra smbuh.
bro blh on line ama lagi heee
Hairul Hissam says
InsyaAllah akan sembuh dengan izin Nya 😀
lepakk.com says
Terima kasih bro..nak tanya..time x kena serangan gastrik boleh tak buat? Ke tgu gastrik dulu?
Hairul Hissam says
Mmg boleh sangat bro. utk mencegah masalah perut spt gastrik nie. ia baik utk kesihatan.. 😀
lepakk.com says
Tak jawab pun?
Hairul Hissam says
Mmg boleh sangat tu, maksudnya boleh makan bawang putih walaupun tak sakit. 😀
zaidi says
isteri saya ada gastrik. nak suruh dia cuba. mudahan berkesan
Hairul Hissam says
Elok amalkan makan bawang putih bakar setiap malam 😀
suri says
adakah d sebabkan tak makan tu sb ia terjadi hee,,,?
sy ada rakn kena gastrik blh ajukan petua ini pd dia heee..
Hairul Hissam says
rasanya bukan.. alhamdulillah dah tak kena lagi …
semoga kawan cik suri cepat sembuh ya… 😀
Hafizul says
emm baru tahu petua nak hilangkan gastrik ni..terima kasih bro..hehe
Hairul Hissam says
terima kasih kembali.. semoga bermanfaat dimasa memerlukan.. 😀
Dulu Lain Sekarang Lain says
Kawe pon rasa mcm ada gastrik jugak. boleh try ni..
Hairul Hissam says
Semoga gastrik bro sembuh nanti.. 😀
Denaihati says
Alhamdulillah dan terima kasih perkongsiannya. belum ada pengalaman sendiri tapi lihat kawan2 yg kena gastrik, memang kesian.
Hairul Hissam says
Memang seksa bro kena gastrik nie… Harap2 tak kena lah lagi 😀 ..
chii says
owh…petua baru chii tau..mungkin chii boleh kongsikan pd kawan2 yg slalu kena gastrik
err..kalao garlic bread x boleh eh :p
Hairul Hissam says
Semoga kwn cik chii cepat sembuh… boleh je cuba cik chii… Mesti syok kena gastrik, dapat makan garlic bread.. 😀
beckhr0y says
kena gastrik ? ada makan tak ni (ayat skema)
harap cpt sembuh
Hairul Hissam says
bangun tidur pagi tu dah kena gastrik… mmg dah baik dah lepas makan bawang putih dan tak kena lagi……
Pika bella says
Saya kena gastrik, gas nya dah Naik sampai Dada, siksa nya. Sampai tulang belakang badan saya pun sakit sangat tak boleh nak baring Sebab gastrik yang teruk dia tembus sakit nya dari depan ke belakang, hari2 makan ubat yang sebiji 7.00 tapi tak hilang juga, ni baru lepas ikut petua encik . harap hilang lah gastrik ni, aamiin
Hairul Hissam says
Semoga membantu dan semoga cepat sembuh.. yg penting elakkan minum air gas…
abiadi says
Salam bro…
setau saya makan bawang putih dibakar ni juga memey baik untuk yg kolestrol tinggi..kira pada sapa yang ada masalah kolestrol tinggi…memey amalan baik
Hairul Hissam says
Wsalam en abiadi.. Patutlah saya slim aje.. 😀 ..
Mmg byk khasiat bawang putih. tq atas info tu en abiadi 😀
Mekar says
Terima kasih atas tips ni. Gastrik ni sebab perut kosong kan… agaknya haritu minum gas tanpa makanan berat yg lain kot..
Hairul Hissam says
Betul la tu cik mekar… dah kena cirit birit, mmg tak boleh makan lebih sikit… pekena plak air gas sbg ubat… dah kena gastrik 😀
daus says
Kalau gastrik kronik boleh try tak
Hairul Hissam says
tak salah utk cuba.. 😀
Nana says
Aduh . Mcm mna nak mkn bwg putihh .. Mesti tak sedap.. Tapi saya dh keterlaluan sgt gastric nie ..
Muntah2, angin , semenjak dua ni sesak nafas plak .
Btl ke bkesan ? Klau bkesan nk try sekarang.
Sbb perut taknak lgsg makan nasi .
Nak nangiss .. Sakit sangattt :'(
Hairul Hissam says
Yang bakar, sedapppp 😀
fzh says
Sy pn de gstrik..n doc ckp byk sgt asid..smpai tgang jer rs prut n ulu hati.nk baring cam biasa pn xblh…brape biji ye skali mkn bwng putih tu?
Hairul Hissam says
Cuba dulu dalam 3 biji.. InsyaAllah mujarab dengan izinNya. 😀
jennjennifer says
sy skg tengah gastrik da 3 hari ni gastrik menyerang….berapa biji bwg putih nak mkn…sy rasa nak cuba sbab sy xada obat dari hosp/klinik….menderitalah kena ni gastrik kepala pun berpusing mcm nak pitam ja…
Hairul Hissam says
Elok cuba 3 biji sehari.. macam makan ubat juga kena amalkan atau makan selalu utk ia sembuh 😀
jennjennifer says
sy da cuba mkn bwg putih bakar…setiap mlm…hasilnya gastrik sy da pulih sikit…da x sakit menucuk…cuma sy mesti mkn ikut masa klu x sakit tu dtg balik…thanks utk petua ni…klu sapa ada gastrik tu cubalah petua ni jga…
Hairul Hissam says
Baguslah gastrik jenni dah sembuh… mmg banyak khasiat bawang putih nie pada perut dan dada kita dan meningkatkan sistem imun kita.. 😀 .
jenni says
hii sy pun gastrik teruk…da cuba mkn bwg putih bakar…hasilnya memang bgus…sekejp ja gastrik sy da baik…tq utk petua ni k….
Hairul Hissam says
Baguslah gastrik jenni dah sembuh… mmg banyak khasiat bawang putih nie pada perut dan dada kita 😀 .
norhaini says
Assalamualaikum…sya pun tengah kna gastrik ni..adu..sakitnya Allah saja yg tahu….sesak nafas sya n perut pun sakit tul…sya sdng mencuba petua bawang putih ni lau berkesan syukur Allhamdulilah…..
Hairul Hissam says
cubalah dgn konsisten.. InsyaAllah membantu dgn izinNya 😀
munib says
petua ini memang bagus En Hairul, cuma kat rumah saya pakai elektrik untuk memasak, kena la beli lilin pasni 🙂
Hairul Hissam says
Boleh juga guna oven jee en munib.. selamat mencuba.. 😀
Zaza says
Salam..saya ni mmang pesakit gastrik yg bleh di katakn kronik la jgak.tiap mggu kena gasstrik.muntah2,cirit birit,sakit di bahagian perut n skit bbila brnafas.bila pegi hospital doktor bg injection baru lh lega.yg x thn tu asyik kena inject naik biru2 tgan.saya nk cba cara ni harap2 serasi.
Hairul Hissam says
Saya doakan puan zaza cepat sembuh yaa…
kena amalkan selalu spt makan ubat.. baru nampak hasilnya dgn izin Allah s.w.t.
NORSIA & FAMILY says
Terima kasih banyak2 di atas petua yang dikongsikan. Semoga petua yang diamalkan oleh sahabat-sahabat Em Hairol mendapat ganjada dari Allah S.W.T. Salah satu dari 3 amalan sesudah mati kelak. Ilmu yang diamalkan oleh insan lain adalah dana kita di akhirat kelak Insya Allah.
Hairul Hissam says
Amin. bersama-sama kitamanfaat ilmu ini utk kebahagian dunia dan akhirat… 😀
sakiyah says
tima kasih atas petua ni…
saya mmg selalu kena gastrik…
Hairul Hissam says
Selamat mencuba… amalkan makan bawang putih bakar pun bagus utk kesihatan perut.. 😀
latif says
ada kesan smpingan x? cntoh pedih2 dahulu or muntah2?
Hairul Hissam says
elok makan bawang putih bakar.. badan bertambah sihat nanti 😀
shaz says
Salam…esk nk try lh mkn bwg putih bakar.. dh x tahan asyik sakit je… Malam smalam dh g hospital sbb muntah2 n pedih perut yg amat… Bla dh ok, doktor bg balik rumah tp masalahnya sakit balik! Kesian dekat baby sbb ditinggalkan.. hopefully mujarab! Hehe… Tqvm
Hairul Hissam says
Wslm. elok sangat cuba tu.. insyaAllah mujarab dengan izinNya. Semoga cepat sembut. 😀
ila says
Akum en hairul trima ksih byk2 petua alhamdullah gastrik sya brkurangn.brsalin anak ke 2 operat gastrik mnjdi truk bila mcuba petua ni ringan sikit bdan nafas pn trasa snang.trima ksih byk2 en hairul
Hairul Hissam says
wslm.. elok sangat makan setiap hari dan berterusan utk menyembuhkan sepenuhnya dengan izinNya 😀
Shima Rosli says
Nak cubalah En. Hairul, mudah-mudahan berkesan dengan izin Allah SWT, rasa down sgt dengan penyakit ni, nak buat apapun tak boleh, makan rasa tercekik, angin tak lepas , perut dan dada rasa pedih, nafarpun tak lancar, mudah-mudahan cara ni mujarab dengan izinNya, aminnn …
Hairul Hissam says
Semoga cepat sembuh yaa cik sihma. Bawang putih mmg bagus utk perut 😀
uli jajuli says
salam, jdi teringat kat sate kajang hj….5 th i bekerja k stu,bagus lah tuh bawang putih saya selalu makannya dengan kecap manis .tq enc hairul.
Hairul Hissam says
Mmg bagus bawang putih utk menambahkan kesihatan tubuh… elok sangat di amalkan..
mohd rusdi salleh says
saya dah setahun lbh gastrik.saya nak cuba la.mudah mudahan sembuh
Hairul Hissam says
Selamat mencuba en rusdi dan semoga cepat sembuh.. 😀
Naz says
Terima kasih atas petua niiii. saya kene gastrik baru cuba… alhamdullilah dh ok . bila masuk mulut jek kunyah bawang putih tuu… hmmmmm…. tahan jek lah demi kesihatan
Hairul Hissam says
Bawang putih nie mmg bagus utk apa jua masalah perut. Kalau tak tahan makan mentah, elok bakar dulu dlm oven atau direct pada api. Nanti rasanya lebih mudah untuk dikunyah….
arman says
salam alhamdulilah petua ni memang magic mkn ubat hoospital bergantang gantang tk sembuh gastrik… mkn bawang putih ni baru mkn smlm pukul 12mlm td terus lega fuhhh lega terima kasih atas petua ni….sy tak bakar mula nya makan mentah2…mula2 lg sakit dada n perut pas dalam 2minit lega terus mula nye haram jadah sakit siap maki dalam hati semua kuar r pas tu lega n tak sakit da for info bakar 2min baru bleh mkn… kalau tk mkn mentah2 bleh jugak tp perit la dada n perut… terima kasih atas petua ni
Hairul Hissam says
Baguslah ia membantu en. arman menyembuhkan penyakit gastik dengan IzinNya. Elok amalkan selalu 😀
wiseco says
masa yang sesuai untuk makan bawang putih bakar ini bila ye encik?
Hairul Hissam says
saya biasa makan sebelum tidur.. 😀
yati says
Sy dah amal kan…gastrik sy dh bekurang…syukur alhamdulillah….lega dah rse..klu tidak pedih je ulu hati ni…
Hairul Hissam says
Syukur kpd Allah s.w.t. yg menyembuhkan 😀
Vivi says
Boleh tak kanak2 berumur 2 tahun cuba petua ni? Sbb anak sy kena gastrik skrg ni. Kesian pula asyik tgk dia muntah2… 🙁
Hairul Hissam says
Saya pun tak pasti, elok check dgn doktor dulu…
Ashraf says
Bila saya makan dan minum je, automatik muntah terus..adakah ini gastrik jugak????
Hairul Hissam says
Elok check dgn doktor utk kepastian yg tepat… tqvm
zahra says
Terima kasih di atas petua ini.saya terus mencuba seulas bawang putih.alhamdulillah berkesan..harap dapat sembuhkan gastrik yang menganggu perjalanan kerja hidup saya..tetapi boleh ambil lebih dari seulas tak..
Hairul Hissam says
Boleh tiada masalah. Mmg elok diamalkan hari2 utk kesihatan tubuh… 😀
mazlan says
slm..tq for sharing…sy br di diagnose gastrik oleh kpj…dlm mase seminggu sy kena.
alhamdulillah..sy cube cara encik, sakit gastrik yg menyerang sy…nmpk berkurang, alhamdulilah..trima kasih
Hairul Hissam says
Baguslah.. elok diamalkan selalu utk kesihatan tubuh yg lebih baik…
qiya says
Baru je cuba td..thanx utk petua ni..:)
Hairul Hissam says
semoga gastrik qiya cepat sembuh. Tapi kena amalkan selalu ubat gastrik nie…
Sofea says
Ouh gastrik boleh makan bawang putih ya. Brau tahu terima kasih. Saya pun ada masalah gastrik ni tapi bulan ramadhan tahun ni Alhamdulillah tak teruk macam dulu dah.
Hairul Hissam says
cubalah amalkan makan bawang putih bakar setiap hari.. byk khasiatnya..
sue hamid says
petua tradisional untuk gastrik ialah minum air kunyit dicampur sedikit madu. boleh cuba 🙂
Hairul Hissam says
terima kasih sue atas tips tambahan utk mengubat gastrik niee..
uli says
Sering sering makan bawang putih. ,berat badan berkurang,bagus untuk diet
Hairul Hissam says
terima kasih diatas pandangan tu….. mmg byk manfaat bawang putih niee..
Shahril says
Terima kasih atas perkongsian anda,sy bru mncuba stlah dserang skit gastrik alhamdulilah..dgan izin allah..gastrik sy brkurangan,mula2 sy dh hlang akal,skit trlampau lama n xthan,stlah bca blog sahabat,alhamdulilah mnjadi…so trima kasih atas perkongsian,
Hairul Hissam says
Syukur Alhamdulillah masalah gastrik en shahril dah baik.. elok amalkan selalu utk pemulihan yg berterusan..
Nana says
assalammualaikum tuan blog..
sy nak tny,ade x sesape yg rase berangin di dada hingga ke tekak kalau lambat makan..saya baru kene gastrik bulan puasa baru2 ni..1st time kene..mule2 sy pegi klinik swasta,dapat ubat kapur tu dgn 2 jenis ubat pil..okla lega..ingat bile abis puasa okla..tp dlm semgg raya datang balik..sy try klinik krjnn pulak..doc bagi sejenis pil,sakit atau x,sy kene abiskan dlm 2 mgg..tp kali kedua ni sakit ni ulu hati sy x sakit sgt mcm 1st time..cuma 2,3 ari ni ulu ati sakit,dada belah kanan pun mcm sakit2 skit..sakit tak keterlaluan tp saya rase x selesa.dan tertanye2 apela sebabnye..takut ade mslh lain pulak..biase ke mcm ni utk penghidap gastrik?
Hairul Hissam says
wslm, saya tak pernah pula kena macam tu.. elok juga amalkan bawang putih bakar tu utk meningkatkan sistem imun dan juga baik utk perut…
Nana says
time kasih en hairul..tp bole ke sy makan sbb sy ade sakit ulu ati..skrg ni x kuat sgt mcm 1st time sy kene..cuma terasa2 pedih la..dada sblh atas kanan dan kiri pun kdg2 terasa mcm sakit sikit..sakitnye kejap je.mcm kalau tengah beralih ke,tgh duduk tgk tv ke,tibe2 dtg sikit.risau jugak..sy igt esok nk jumpe doc…ape2 pun sy nak cuba nanti tips bwg putih tu.
Hairul Hissam says
Elok juga jumpa doktor jika dah teruk spt tu. Mana tahu ada penyakit lain. Saya doakan puan nana cepat sembuh.
izwan says
thankz infonye bang.. sye makan ubat gestrik dari jam 12.00am sampai jam 5.30am x baik2 jgek.. sye try petua abng stret ok.. just 5 minit je..
Hairul Hissam says
bawang putih bakar mmg bagus menyembuh gastrik dan sakit perut dengan izinNya.
uli says
Untuk menghindari gastrik ,jangan marah.jangan mudH marah .
Hairul Hissam says
bukan setakat marah.. tapi stress, kesedihan dan tekanan perlu dijauhkan kerana ia hanya menyebabkan badan kita menghasilkan toksik.. dengan kata lain. kena ceria selalu..
fadhilah says
Nak tanya.. bwg ptih bkr tu kna telan ka? Rasa bwg tu tdk plik ka?
Hairul Hissam says
elok baca artikel dengan lebih teliti, semua dah diterangkan….
timbus says
Tq infor ye…bru sbentar td wife kena gastrik,,,lps sy cuba petua ini fuuuhhh slepas bberapa minit wife ckp ok,,tima kasi bbnyk,,hati td nk hantar g klinik swasta tp lps mkn bwg putih wife lega pulak,,
Hairul Hissam says
Alhamdulillah, baguslah.. mmg bagus bawang putih nie… kalau boleh tambahkan lebih byk bawang putih dlm masakan….
samrisulin says
sya ada gastric dh lama sya kena nie penyakit… skrng nie tngah sakit boleh sembuh k klau mkn bawang bakar tu sbb nie dh lama sangat…
Hairul Hissam says
Tak salah utk mencubanya… semoga cepat sembuh..
hafiyyan says
Berpa harus d makan ?
Hairul Hissam says
Bole makan seulas pagi, seulas malam.. pastikania dibakar dulu.. kalau tak, sakit pula perut nanti.. semoga gastrik cepat sembuh..
Anwar M Jamal says
Kalau kembung perut pun boleh ye tuan. Perut berangin. Rasa macam melayang gitu.
Hairul Hissam says
tak salah untuk cuba.. semoga masalah perut cepat sembuh..
zharfan says
As’salam, nak tanya, berapa biji nak kena makan, sekarg sya sdg mgalami gastrik, dah 4 hari x hilang, huhu, mohon jasa tuan bantu saya.
Hairul Hissam says
Mulakan dengan sebiji dan makan secara konsisten…
Rasyidah says
Bpe kali shari kne amal bawang putih bakar tu?
Klw amal tiap2 hari xbhya ke?
Hairul Hissam says
Hari2 kita makan bawang putih dalam masakan.
elok sehari sekali…..
Nurul farahain says
Dah try td .. mula2 pedih dada n perut… lma2 ok sikit cuma belom ok sepenuhnya… tq ya
Hairul Hissam says
Alhamdulillah.. semoga cepat sembuh gastrik nya..
Lieya says
Nak kena kunyah or trus telan je? Mohon pencerahan. Saya dah tiga tahun alami gastrik ni
Hairul Hissam says
Kena kunyah.. biasa bawang putih lepas cukup dibakar sedap dikunyah..
Lieya says
Eya ehh? Tapi kalau kena kunyah mmg pedas eh? Nak tmuntah ary tu mkan gara pedas
Hairul Hissam says
kalau cukup dibakar… dah tak pedas lagi dan mudah dikunyah. kan ada diterangkan dalam artikel diatas..
Lieya says
Okay. Nnty sy cuba lagi. Thankyou pencerahan nya
Hairul Hissam says
semoga ubat gastrik nie membantu.. tqvm
seri says
nampak mudah plak nak hilangkan gastrik
Hairul Hissam says
semoga dapat membantu hilangkan gastrik…
Jentayu says
Alhamdulilah.. syukur atas izin-Nya.. terima kasih atas petua hebat ni.. baru kena angin cucuk ulu hati(x tau la gastrik ke bukan). Trguling2 tahan sakit. Once amal kan petua ni, alhamdulilah mujarab
Hairul Hissam says
Alhamduillah.. bolehlah terus amalkan setiap hari supaya kesihatan bertambah baik.
Lady Ann says
Assalamualaikum.. terima kasih kerana kongsi ilmu ni. Dah 2 hari perut rasa berangin and serba tak kena.. makan salah, tak makan apa lagi.. perut rasa tak selesa and cramp. Tak pernah ada pengalaman gastrik. Bila cite dgn member rupanya saya gastrik. Terbaca blog ni dan saya rasa tak rugi apa untuk terus cuba bakar 2 ulas.. dalam masa 10 minit lebih kurang perut dah rasa ok.. Alhamdulillah.. Terima kasih ye…
Hairul Hissam says
Syukur alhamduilillah perut lady ann dah bertambah baik.
kalau boleh dalam masakan lebihkan bawang putih supaya badan terus sihat..