Mesti ramai belum tahu tips cara menyuburkan pokok dan tanaman ini. Petua ini dari emak saya. Al kisahnya…. Saya lihat rumah jiran-jiran semua ada pokok dalam pasu. Rumahku sahaja yang tiada. Dalam hatiku “Ishhh, tak boleh jadik nie… mesti nak kena beli jugak nie” So saya ke kedai pokok di tempat saya. Baru jee beli beberapa pasu untuk menceriakan lagi rumah saya. Dah ada pokok, mesti nak kena ada ilmu cara menyuburkan pokok juga kan.
Pokok ini jenis yang diletakkan di halaman rumah. Tidak perlu diletakkan dibawah cahaya matahari. Dan tidak perlu kerap disiram air. Kata amoi kedai pokok tu, seminggu sekali atau dua kali siram dah cukup. Saya tanya lagi tips menyuburkan pokok tu. “Amoi, macam mana cara menyuburkan tanaman pokok ini lagi” Amoi tu pun bagi saya cecair ‘Tenen 20X’. Katanya, ia khas untuk tanaman dalam rumah. Cuma kena bancuh satu penutup dengan 500ml air dan siram seminggu sekali.
.
Tips Cara Menyuburkan Pokok dan Tanaman Dari Emak
Rumah emak saya di JB memang banyak pokok dan tanaman. Semuanya subur-subur dan gemuk-gemuk beb. Yang specialnya, emak saya tak pernah beli baja atau cecair khas. Semuanya guna petua tradisional ini. Petua ini bukan sahaja jimat malah menjadikan pokok gemuk-gemuk, insyaAllah. Ada dua petua atau tips menyuburkan pokok atau tanaman dari emak saya.
1. Air basuhan beras jangan dibuang. Tapi disiram pada pokok.
2. Perut dan insang ikan jangan dibuang. Masukkan ke dalam air. Ramas sedikit perut ikan di dalam air. Kemudian ambil airnya sahaja dan siram pada pokok.
Pokok pun makan nasi dan ikan beb 😛 . Tapi guna airnya sahaja seperti dalam dua tips cara menyuburkan tanaman dan pokok di atas. Elok buat sekali atau dua kali seminggu untuk tamanam di halaman rumah. Jika anda ada petua atau tips menyuburkan pokok atau tanaman di rumah. Sudilah berkongsi dengan pembaca blog ini melalui ruangan komen di bawah..
.
akubiomed says
Biasa lihat orang-orang tua dahulu akan siram air ikan ke dalam pasu. Sekarang ini pun baja pun murah dijual semurah RM2. Kalau tabur baja Urea pun okay.
Hairul Hissam says
Tentu lebih mudah dengan baja Urea. Beli dan tabur.. tqvm en akubiomed 😀
tehr says
air ikan tu tak sesuai la untuk pokok dalam rumah
mesti berbau tu
Hairul Hissam says
Opss silap tulis. sepatutnya di halaman rumah. :D. Betul kata en tehr. Kalau dalam rumah, mau berbau.. 😀
padin says
guna air basuhan beras ya?
nanti boleh cuba ni, 😀
Hairul Hissam says
Ya betul. InsyaAllah bertambah gemuk pokok nanti… 😀
titan says
tang ni..memang aku tak pandai..haha
Hairul Hissam says
saya pun baru je belajar2 😀
Hazmin Hamudin says
Petua siram air basuhan beras dan juga insang ikan tu pun orang tua saya pun pernah buat jugak dulu… Tapi bila dah letak insang ikan, lalat akan berkerumun la dekat pasu tu untuk beberapa hari kan..
Hairul Hissam says
Mak saya siram, ok je. Ambil airnya sahaja. Tapi saya belum try lagi dirumah baru ini guna air ikan. Sebab malas betul nak beli ikan dan menyiang. Beli ayam lagi senang. Suruh diaorang potong. Balik tengah masak je. 😀
donnyien says
owh gitu ke bro, thanks berkongsi.. satu alternatif selain menggunakan baja
Hairul Hissam says
Betul tu bro.. satu alternatif selain dari baja 😀
Sobri Mansor says
Pernah masa kecik tengok mak selalu siram pokok bunga dengan 2 petua ni. Memang subur pun lepas tuh
Hairul Hissam says
Harap petua ini tidak dilupakan oleh generasi skrg nie.. en sobri 😀
Peja says
Bro ni ada bakat betul…
masak pun tahu, IM pun tahu, menanam pokok pun blh =)
Hairul Hissam says
Baru je belajar2 bab menanam pokok nie en peja.. Eh bukan saya tanam.. beli yang dah siap.. tinggal letak kat halaman sahaja.. 😀
azriey amrie says
salam… wah, makin berseri2 halaman rumah En Hairul… 1 lg petua, utk pokok bunga kertas, cuma guna kulit bawang merah… kulit bawang 2, tabur je keliling pokok.. Insya Allah, subur….
Hairul Hissam says
wsalam. tima kasih cik azriey. First time dengar petua nie. Boleh dicuba nie kalau ada pokok bunga kertas. tqvm 😀
Ainie Hass says
Ha…betul n setuju..saya mmg guna air basuhan beras tp air ikan sekali sekala..pasal berbau. Pokok pandan n cili saya mmg gemuk..sihat..sekarang sy baru apply pada anak markisa..baru je tanam. Cantik n lebar jadi daunnya.
mak saya letak kulit bwg dlm pasu orkid..betul kata en.azriey amrie.
Hairul Hissam says
Tentu subur dan cepat membesar pokok markisa Puan Ainie….Kalau ada tanah dirumah mmg seronok menanam dgn pelbagai jenis pokok dan buahan 😀 Tima kasih cik ainie atas tips tersebut 😀
liza says
saya dah lama tanam pokok markisa berbunga tapi tak mau kekal menjadi buah, kenapa agaknya
Hairul Hissam says
Saya kurang pasti pula. Tapi masa sekolah dulu, ada belajar yg ia memerlukan proses pendebungaan yg dibawa oleh seranga spt lebah. baru ia boleh berbuah.
Mungkin pembaca blog ini dapat membantu kak liza.. 😀
azriey amrie says
tgk org jugak kot… sbb masa sy sekolah dulu pun, tanam bunga kertas, daunnya gemuk2, tp xde bunga… cikgu pun heran… nk kata xletak baja, sy letak baja bunga dgn baja daun… tp daunnya yg subur.. kata org, tgn panas….
Hairul Hissam says
Mungkin kot 😀
Ainie Hass says
Eh…maaf cik azriey…saya ingatkan en….maaf ya.
hmmm..kak liza…kawan saya, pokok markisanya tersangatlah rimbun…menjalar atas pokok lain..tinggiiii….nun di atas…buahnya sebiji je..nak ambik..kena panjat pokok besar tu.
Kwn lain pula…dia biar menjalar d pagar…rimbun jgk…buahnya sgtlah lebat..berpuluh..x padan dgn pokok..
Markisa saya..buat tiang dan dawai utk bumbungnya…so far sgt memuaskan hati..buahnya…harap menjadilah nnt….
Hairul Hissam says
Oh begitu caranya. Kena biarkan ia menjalar di pokok. pagar atau tiang. Terima kasih cik ainie. Lepas nie kak liza bolehlah pasang tiang utk ia berbuah, insyaAllah. .
liza says
terima kasih semua, sebenarnya dh ada tiang dan dah berbunga tapi harapkan bunga je la tak kekal sampai buah
Hairul Hissam says
Mungkin belum ada rezeki cik liza. Banyak berdoa.. insyaAllah, adalah nanti tu… 😀
azriey amrie says
xpe… En. Hairul pun kdg2 tersasul jugak… hehehe… menarik petua 2… nnti bolehlah dicuba…
Hairul Hissam says
biasanya la time busy 😀
Melatiqistyna says
Yg air beras tu mmg diamalkan, tp air ikan tu x, sbb bbau 😛
Hairul Hissam says
Rasanya air ikan tu lebih sesuai utk tanaman dan pokok di tanah lapang cik Malatiqistyna 😀
liza says
Assalammualaikum
Saya nak kongsi apa yang suami saya gunakan untuk subur pokok. Satu caranya mcm yang mak En. Hairul buat, tapi suami saya gunakan semua lebihan bahan masakan seperti kulit bawang, lebihan batang sayur / daun sayur yang rosak yang tidak digunakan, kulit buah yang dikupas (bukan kulit durian)dan macam-macam lagi. Semua sisa ini diletakkan ke dalam pasu tanaman dan hasilnya pokok cili api saya dah hampir dua tahun usianya dan pokok cili masih mengeluarkan hasil seperti dulu. itulah kelebihan baja kompos.
Hairul Hissam says
Wsalam. Bagus betul suami puan liza.. gunakan semua lebihan bahan memasak… tak lah membazir dibuang begitu sahaja kan. Hasilnya pokok cili pun maintain berbuah. Tima kasih Puan liza krn sudi kongsi tips tersebut 😀
Asma says
Saya juga nakkonsi petua tanam cili api dan berbuah lebat, petua mak saya ialah guna ikan bilis yang dah rosak atau perut dan kepala ikan bilis yang nak dibuang tu tanam dalam pasu pokok cili insyaallah dalam 2 minggu kesan dah nampak pokok cili mula subur dan bunga mula tumbuh dengan banyak. Jangan lupa timbus ikan bilis dengan tanah sebab bila ia mereput baunya tak enak dihidu tapi pokok suka kita saja yang tak tahan bau tu selamat mencuba saya dah cuba berkesan pokok saya tumbuh subur dan sampai hari ini masih berbuah lebat saya bajakan sebulan sekali dengan baja ikan bilis tu cubalah
umi says
assalamualaikum,
saya berminat dgn orkid,boleh dapatkan saya cara2 penjagaan orkid supaya selalu berbunga.
Hairul Hissam says
Kalau merujuk pada komen pembaca diatas, mereka gunakan kulit bawang merah sebagai baja pokok bunga orkid.. Mungkin cik umi boleh mencubanya 😀
zai says
mmg betul petua tu sya selalu amalkan untuk pokok-pokok kat umah sya. Klu kat kg ayah letak terus perut ikan tu kat pangkal pokok pisang subur sumernya…
Hairul Hissam says
Wah kalau terus letak perut ikan dan timbus.. tentu lebih gemuk dan subur pokoknya spt kata cik zai… Petua org tua kita nie mmg bagus. Tima kasih cik zai 😀
ct says
siram air ikan dalam pasu kekadang tanah tu akan bersemut la plak..
buat racun organik sendiri..1 liter air,1 sudu minyak,1 sudu sabun n 6 ulas bawang putih,..tumbuk n campur semua.kemudian tapis dan campur 4 liter air dan semburkan pada tanaman tersebut…mencegah kawalan penyakit dan serangga perosak tanaman.
Hairul Hissam says
Bagus la tips racun organik buatan sendiri dari cik c.t. Dapat lagi saya ilmu baru dari pembaca blog.
Bawang putih mmg terkenal dalam membunuh kuman. Nak buat nanti. Tqvm cik ct. 😀
balqis says
mmg betul petua ni abg hairul. ayh sy tanam tebu & cili api, xpenah guna baja kimia. just siram dgn air ikan, cili gemuk2. letak sbiji dlm nc goreng pun dah ckup bt lidah brasap. tebu plak merimbun, klu nak mnum air tebu ayh sy, kne cmpur air msak, klu mnum cam tu je, mlekat kt tekak manisnya. satu lg petua ayh sy, klu nk tebu manis, + sikit garam dlm air siraman 🙂
Hairul Hissam says
Dulu masa saya kecik, arwah ayah rajin tanam tebu kat depan rumah. Dapat juga mengunyah batang tebu. 😀 .
Petua ini juga menghasilkan buah lebih enak spt kata Cik Balqis. Tqvm cik balqis diatas tips garam tu. Wah dah boleh jadi peladang tebu nie. heee 😀
mira says
Lau ptua mak saye pulak…fros kat icebox tu(mase nak cuci icebox) jgn dibuang bgtu shj…letakkan kat dlm pasu bunga…insyaAllah…
Hairul Hissam says
Wah ada lagi petua baru. Mungkin juga air dari ikan, ayam dan lain yg melekat dinding peti beku. So bila defros atau cair, ia menjadi baja tanaman yg bagus. tima kasih cik mira 😀
ciknor says
penah buat juga. ni dah lama tak buat camtu.
penah dengar juga kalau letak (tanam) perut ikan bilis pun boleh juga. tanam spya tak hurung dek semut
Hairul Hissam says
Bagus juga cara tu dari buang sahaja perut ikan bilis. Tentu lebih subur tanaman nanti. Terima kasih cik nor atas petua tu 😀
ohcikgu says
kerjakan taman bunga sekolah cukuplah. haha..
Hairul Hissam says
Kerjakan sampai gemuk2 bro… 😀
chii says
mmg petua ni yg slalu mak dan maklong chii buat…mmg menjadi..cuma kat umah chii je x jd sgt..sebab jarang2 sgt masak nasi n siram ngan air beras..ekekekk
Hairul Hissam says
Nie mesti rajin tapau je.. hee… saya pun mula2 je rajin masak.. lama2 tapau je… ala duduk sorang… tapi bagus juga dapat membantu peniaga makanan disini 😀
cik tom says
emak cik tom smpi skang still praktis air basuhan beras n juga air dari siang ikan..hehe
Hairul Hissam says
Pokok saya tu dah keluar kelopak daun baru la cik tom… kalau tak masak, saya blend ikan bilis dgn air… itu pun tips dari komen pembaca… 😀
Dulu Lain Sekarang Lain says
Halaman rumah kawe pon subur… errr dengan daun lalang adehh…
Hairul Hissam says
Tu kena rajin menebas tu.. heee.. Daun lalang yg ditebas tu nanti pun akan menyuburkan tanah lagi… 😀
Mekar says
Wah..hairul, rumah kamu dah makin berseri sejak ada pokok2 hijau tu. Mula2 ada 4 pasu. pasni boleh tambah lagi pasti menarik.
Sya dulu pun siram dgn air ikan tp ada masalah sikit krn kawasan sekeliling bersemut & keluar bau yg kurang best. Jadi sya pakai baja kambing biri. alhamdulilah pokok sya hidup subur 🙂
Hairul Hissam says
Pokok tu pun dah banyak keluar kelopak baru dan anak pokok.. Seronok juga tengok pokok tu membesar… Tentu mudah dengan baja kambing biri-biri. tq atas info tu cik mekar.. Skrg saya siram dengan air yg dicampur sedikit ikan bilis yg di blend halus.. Itupun dari tips komen pembaca.. 😀
nita says
tips yg bagus..
pernah guna air basuhan beras tapi air isiperut ikan belum lagi.. In Sha Allah saya akan guna cara tu… semenjak berpindah takde pokok bunga lagi.. baru nak fikir nak tanam bunga apa nanti.. 😛
Hairul Hissam says
Kalau ada pokok bunga tentu menceriakan lagi rumah kak nita.. 😀
elok pergi kedai pokok bunga dulu… nanti mesti dpt mcm2 idea nak pokok apee
elffa basirun says
Air ikan tu peram lama2 dlm bekas tertutup. Bancuh dgn air yg byk baru siram.dulu orkid mak saya meriah bunganya guna baja ni.
Hairul Hissam says
Terima kasih kerana sudi share cara emak eiffa. bertamabh subur pokok2 dirumah nanti.. 😀
Wak Aji Sham Cheras says
Salam.semuanya bagus-bagus.Yang penting niat ikhlas dan kesungguhan ikhtiar kita untuk mendapat rezeki Allah. Rezeki yang ada tidak dibazirkan.InsaAllah bertambah-tambah ni’mat anugerahnya.Amiin
Hairul Hissam says
wsalam, terima kasih di atas nasihat tu wak ali 😀
Nur Azmanie says
satu lagi tips kalo nak tnmn subur n buah lbt…MEMBERI TANPA SYARAT..Dikhabarkan ada sbtg pohon mngga yg brbuah spnjng tahun. Buahnya lbt,dn kdg2 gugur bgitu shj. Saya prgi lihat phon mngga tu,dn mmg pd masa tu sy lht ia lbt brbuah tatkala phon mgga lain dskitarnya ‘menganggur’. Pohon mgga tu mmg brbuah spnjg thn,bgitulah yg dkhabarkn ole pmiliknya. Sya tnya kpdnya mcmna hal tu ble trjd, dia pun xthu,cuma katanya sblm ini dia brsikap xkisah jika ada ssiapa mahu ambl buah mgganya. sama ada mmbritahunya dulu atau tdk,dia xkisah.malah dia mmg suka jka ada org mgmbil mgganya. malah mnurutnya lg,dia prasan bhwa smakin ramai yg ambil buahnya,smakin lebat pla pokok tu brbuah. Apa yg sy fhm drpd kata2nya,beliau mmbri tnpa syarat. Bgitulah Allah mmblsnya. Kini pohon mgganya bkn shj brbuah lbt, malah brbuah spnjng tahun! Sabda rasulullah”Tiada seorang muslim yg mnanam satu tnmn, kmudian dmkn oleh burung, manusia atau binatang ternak,kcuali hal itu bernilai sdekah untuknya.(Riwayat Bukhari) cerita ni saya ambil dlm bku Mudahnya mnjmput rzeki,pnulis tu yg cerita..bkn saya ya..=P
Hairul Hissam says
Terima kasih kerana sudi berkongsi info dan nasihat di blog ini.. semoga menjadi panduan kpd pembaca blog ini… 😀
Hasna Adli says
Saya setuju dgn komen NurAzwanie, jiran saya mangga berbuah sepanjang tahun dek krn kemurahan hatinya utk memberi jiran mengambil mangga bila2 masa
Hairul Hissam says
Ia menunjukkan bertambah byk kita bersedekah, bertambah murah lah rezeki kita…
nur says
Wah.. tahniah.entry ni masih aktif walau dah bertahun2..
Sy masih berjinak jinak bercucuk tanam.antaralain petua sy jumpe, letak hampas teh, kopi, hampas klapa, juge boleh dijadikan baja.
Hairul Hissam says
Terima kasih kerana sudi berkongsi cara menyuburkan pokok dan tanaman tu 😀
Carlz says
Menyiram menggunakan beras dan cecair ikan tanpa di jeruk/ditapai terlebih dahulu kepada tanaman kita kadang-kadang mengundang pokok mati atau layu. Kerana dua bahan tersebut akan diuraikan terlebih dahulu oleh mikroorganisma-mikroorganisma terlebih dahulu sebelum diserap oleh akar tanaman.
Semasa dalam proses penguraian tersebut termasuklah mikroorganisma merbahaya dan bila terkena akar pokok jangkitan akan berlaku menyebabkan pokok mati. Mungkin kaedah ini sesuai pada pokok-pokok besar tetapi tidak sesuai bagi tanaman kecil seperti sayuran yg baru bercambah. Elok dikompos terlebih dahulu barulah di tabur dipangkal pokok. Namun cecair ikan sangat efektif untuk menyuburkan tanah (sehingga baja cecair ikan ada dijual di negara Barat) sama juga dgn cecair beras (serum EM1 adalah dihasilkan melalui penapaian cecair/basuhan beras).
Info yang menarik.. kaedah tradisional sangat berkesan
Hairul Hissam says
TErima kasih di atas tips tersebut. Mak saya pun simpan semalaman air ikan sebelum di siram ke pada pokok….tqvm..
ieda says
tgh2 cari petua cara suburkan pokok bunga terclick blog en hairul ni..mcm2 petua dpt dlm ni..thanks for petua2. ada try petua air ikan dan air beras. mmg lebat daun dan menghijau. masa siram tu sy korek2 skit tanah spaya airnya masuk terus dlm tanah so krg bau la. ada jgk petua guna kulit telur. jemur dan tumbok halus2 tabur dkt dlm pasu or tanaman. In sha Allah..Nak jgk tgk halaman rumah en hairul skrg since 2012. mesti byk dah bunga kut..post skit. tq
Hairul Hissam says
Mmg seronok tgk dauh2 menghijau lebat.. Saya dah tak duduk rumah tu lagi, hanya balik singgah rumah tu bila menjenguk mak sahaja..
Abu says
waaaaaa.. terbaik laaa.. makin banyak yang menanam tanaman2 nie ya.. kalau lah semua rumah ada tanaman kurang la pemanasan global kali nie.. harap dapat menghijaukan lagi bumi kta.. saya ada tambahan.. semua jenis sisa makanan nie boleh digunakan sbb ia mmpunyai element2 tertentu. Contoh telur kta boleh hancurkan ia jd lebih kecil n letak d pasu tu sbb ia bnyak sumber calcium dlm tu. lau ckp pasal nie memang panjang lebar saya rasa. tp cukup tu jak la info tambahan sikit2.
Hairul Hissam says
Betul tu.. Mmg byk bahan2 buangan di rumah yg boleh digunakan menyuburkan tanaman nie. Terima kasih atas tips guna kulit telur tu..