Di dalam artikel ini saya ingin berkongsi cara cari kerja kosong untuk siswazah menganggur dari pengalaman saya sendiri. Sebelum saya sambung belajar memasak, saya merupakan lulusan UKM di bidang perakaunan. Terus terang memang sukar mencari kerja kosong. Lebih-lebih lagi jika anda tidak tahu cara yang betul.
Saya juga seperti anda. Mula-mula saya guna surat khabar untuk mencari kerja kosong. Punya la banyak beli surat khabar dan hantar surat resume. Namun tiada juga jawapannya. Lepas tu guna internet pula. Macam-macam daftar. Jobstreet la, sdb street la. apa benda street lagi la. Namun hasilknya penat je. Lepas tu mohon goverment pula. Dapat interview kerajaan tapi berpuluh candidate yang datang. Memang buang masa sahaja.
Cara Terbaik Cari Kerja Kosong
Cara yang terbaik membantu saya mendapat kerja ialah menggunakan agensi pekerjaan. Anda hanya perlu mendaftar dengan agensi pekerjaan swasta. Seterusnya pihak agensi pekerjaan akan mencarikan kerja untuk anda. Jika ada kerja kosong atau temuduga, mereka akan menghubungi anda. Lebih mudah kan. Sebenarnya syarikat sekarang lebih suka guna khidmat agensi pekerjaan untuk mencari pekerja. Kerana agensi cari kerja kosong akan menapis candidate dan menghantar 3-4 orang calon untuk di temuduga. Ini banyak memudahkan kerja syarikat mencari pekerja baru.
Ok sekarang anda telah tahu caranya. Tapi bagaimana nak tahu di mana agensi pekerjaan ini. Tak kan nak ronda satu kampung cari agensi pekerjaan kot. Kena pula kampung ulu. memang la tak jumpa.he.he.he. Anda boleh cari menggunakan internet sahaja. Anda boleh lawati laman web ini http://www.yellowpages.com.my/ dan taipkan employment agencies atau agensi pekerjaan. Pastikan anda pilih lokasi di tempat anda. Atau boleh juga guna google sahaja.
Call dulu agensi sebelum daftar cari kerja kosong
Selepas dapat senarai agensi pekerjaan di tempat anda. Jangan terlampau excited dan terus pergi ke agensi tersebut. Kerana ada banyak jenis agensi pekerjaan seperti cari pekerja asing, pembantu rumah, pekerja kontrak dan bermacam lagi. Anda perlu call agensi kerja kosong terlebih dahulu. Bagitahu mereka pekerjaan yang ingin anda cari. Dan tanya juga apakah yang perlu anda bawa ketika datang mendaftar. Biasanya tiada bayaran untuk mendaftar agensi pekerjaan. Dari pengalaman saya semuanya free, cuma satu sahaja yang perlu membayar wang pendaftaran iaitu RM10.00. So jangan tertipu dengan agensi yang meminta bayaran beratus ringgit tu. Mengarut je tu.
Ketika mendaftar, pastikan anda berpakaian kemas kerana anda akan di temuduga terlebih dahulu. So bawa resume, dokumen dan apa sahaja yang diperlukan semasa interview. Pihak agensi perlu memastikan anda layak sebelum dihantar ke mana-mana syarikat yang memerlukan. Kalau tak, jatuh la kredibiliti agensi pekerjaan jika hantar sebarang je. Dan selepas mendaftar, mereka akan menghubungi anda jika ada temuduga untuk anda. Biasanya makan masa juga bergantung pada nasib anda.
Guna agensi cari kerja kosong kena tolak gaji ke???
Mungkin ada yang kata, kalau guna agensi nanti gaji kena tolak. Saya sering dengar sebelum ini. Tetapi setakat ini tiada satu company yang saya kerja mengunakan agensi yang menolak gaji saya. Pihak syarikat yang akan membayar menggunakan perbelanjaan pengiklanan HR mereka. So janganlah risau tentang perkara tu. Yang penting cari kerja kosong dulu.
Pada saya elok daftar lebih dari satu agensi kerja kosong. Tapi janganlah terlampau banyak. Yelah kalau semua agensi call anda untuk interview pada masa yang sama kan susah. Dah terpaksa reject. Esok nak guna semula agensi tersebut dah susah. Cara saya, saya daftar satu, lepas seminggu dua tiada response, saya daftar lagi tempat lain dan seterusnya. Jika tiada temuduga atau call dari pihak agensi, ada kemungkinan juga pihak agensi mendapati anda tidak berkelayakan.
Cara Fasih Englsih Utk Temuduga Kerja Kosong
So semasa interview dengan pihak agensi, pastikan anda buat yang terbaik. Speaking amat penting dan perlu dalam bahasa Inggeris. JIka anda tidak fasih berbahasa Inggeris. Jangan risau, saya juga tidak lah sehebat mana. Hanya hebat maser interview je. he.he.he. Ada caranya. Cara ini saya peroleh ketika berfikir macam mana aku fasih berbahasa melayu dulu masa kecik. Ya bagaimana anda belajar bahasa ibunda anda di masa kecil. Pada masa itu kita belajar dengan hanya mendengar, melihat dan mengulang ayat yang kita didengar. Tetapi bila besar belajar bahasa inggeris, lain pulak. Kita lebih kepada membaca, membaca dan membaca. Akhirnya kita hanya mahir membaca dan mengingati undang-undang grammer je. Barcakap hancur….
Dari situ, saya fasihkan bahasa Inggeris saya dengan mendengar di radio, television. Saya dengar dan terus mengulang-ulang ayatnya. Dengardan ulang. Dengar dan ulang atau terus cakap. Berhari-hari juga saya buat. Dan bila interview, saya sendiri terperanjat. Biar betul, fasihnya aku speaking. Confident lagi.. Dan terus dapat kerja. Ia sama seperti bermain bola. Adakah anda boleh hebat bermain bola dengan hanya membaca buku bola sepak. Sebulan baca buku bola sepak, esok turun padang. Apa jadi. Nak tendang bola pun fikir seratus kali. “Nak tendang style apa ye, style Ronaldo ke sytle itu ke style ini ke”. Last-2 bola entah ke mana.
Tak de Pengalaman, boleh ke dapat kerja kosong
Satu lagi kelayakan yang biasanya diperlukan ialah pengalaman atau pernah bekerja. Mesti ramai merungut. Baru graduate, mana la ade pengalaman. Terus terang saya katakan, jika saya sebagai majikan, saya lebih suka ambil yang berpengalaman. Sebabnya bukan senang nak ajar orang baru. Lepas tu asyik berhenti kerja pula. Dah satu kerja lagi nak cari pekerja baru dan train budak baru. Sebab biasanya orang baru, mereka belum biasa bekerja.
Saya juga bermula seperti anda, bermula tiada pengalaman. Begitu juga semua orang yang telah bekerja. Start from zero. Apa yang kita belajar kat universiti, tidak banyak digunakan. So jika anda fresh graduate, jika anda dapat kerja sementara seperti ganti pekerja cuti mengandung atau cuti sementara. Itu peluang baik dan terima sahaja. Sebab pengalaman 2-3 bulan kerja pun dah sangat membantu anda untuk mendapatkan kerja kosong yang lebih baik nanti.
Eh panjang pula artikel nie. Rasanya tak perlu la saya cerita tentang cara berpakaian. cara bercakap dan sebagainya. Kerana saya pasti anda telah diajar. Cuma semasa interview, cuba anda fikir sekiranya anda adalah majikan, apakah kriteria pekerja pilihan anda. Pada saya mana-mana bos pasti mahukan pekerja seperti di bawah:
1. Anda boleh bekerja.
2. Anda boleh bekerja lama.
3. Anda tidak memilih kerja.
4. Anda boleh bekerja bersama-sama pekerja lain dengan harmoni.
5. Anda merupakan pekerja yang serius yang mementingkan masa dan kerja.
So anda perlu yakinkan boss anda tentang 5 perkara di atas. Contohnya tips 2. Anda boleh bekerja lama. So jangan tunjukkan anda sering lompat kerja. Dan bagi alasan yang kuat kenapa anda berhenti kerja sebelum ini. Tips yang lain, fikirkan la sendiri ya. Semoga artikel ini membantu anda mencari kerja kosong.
Fazli says
agensi tu yang akan interview rupanya. saya ingatkan agensi tu cuma cadangkan calon dan di interview oleh pihak syarikat yang nak mengambil pekerja. saya dah cuba search ikut yang saudara bagi. kat area saya tak ada agensi pekerjaan.
kena cari tempat lain lah jawabnya. terima kasih kerana kongsikan artikel ini.
Hairul Hissam says
Ya Fazli, agensi akan interview terlebih dahulu memastikan kita berkelayakkan. So pastikan kita bersiap sedia semasa mendaftar dengan agensi. Semoga dapat kerja Fazli 🙂
ANISAH BINTI YACOOB says
Saya ingin bekerja kerana saya tiada kerja langsung
Hairul Hissam says
semoga dapat kerja.. 😀
shahrul says
artikel ini byk mmberi informasi brguna kpd sye…so thanks En. Hairul…jikalau ade mklumat ttg artikel mcm ni lg kongsi2lh yer krna sye pn kurg pngtahuan ttg haluan alam pkrjaan nie…hehehe
Hairul Hissam says
Sama-sama shahrul, Terima kasih juga kerna sudi melawat blog saya. InsyaAllah saya akan tambah lagi artikel dari semasa ke semasa. 🙂
Hadi Rofiee says
Salam perkenalan.
Memang bermanfaat artikel ni, kena kepada sy yg baru shj menamatkan pengajian.. i’Allah nak sambung lg.. pa2 pun, maklumat ni tetap akan sy ingat.
t/kasih. 🙂
Hairul Hissam says
Salam perkenalan juga buat hadi. jika hadi lupa, masih boleh kembali ke blog ini :). InsyaAllah, blog ini terus berkekalan selagi saya masih ada 🙂
muhafis says
salam hairul, nice sharing, sy tengok niche yg anda gunakan untuk tiap entry sgt berguna, mmg kalau buat entry pasal tips2 nie lebih akan menaikkan rating blog, kalau dapat benda percuma pun best, macam dpt tiket free pegi tgk maher zain punye konsert, hu hu
Hairul Hissam says
wsalam muhafis, yap post dari blog ini lebih kepada berkongsi pengalaman dan pembacaan saya untuk manfaat bersama. Semua org suka brg free kan, so sye bagi je la free..he.he.he.. Tapi kalo ada raser nak support sye, beli la produk sya..he.he.he
safwan says
saya sekarang kerja di kompeni yg buat verification background screening utl bakal pekerja,,,client byk dr oversea..
Hairul Hissam says
menarik tu safwan, mungkin safwan bleh berkongsi apa yg majikan mahukan dari bakal pekerja.. tq…
safwan says
rujuk di sini http://www.fadv.com/APAC/
kompeni tu hanya buat verification backgrounds…so kepada bkl pekrja jgn tipu resume…huhu
Hairul Hissam says
thanks safwan. 🙂
abg safwan dah warning tu..he.he.he…
so kena jujur maser interview…
redfar says
tak sangka ade juga agensi macam ni yer.. kalau keje cikgu ade x? saya keluar2 jadi cikgu.. hehe..
Hairul Hissam says
kalo kerja cikgu kena apply maktab perguruan redfar 🙂
Editor says
ini baru postingan berkualitas namanya 🙂
Hairul Hissam says
tq bro 😀
ohcikgu says
tips yang sangat baik. Memang patut para penganggur baca tentang ini.
Hairul Hissam says
tq cikgu :D.. semoga membantu penganggur dapat kerja..
MUHAMMAD RAZIP says
ASSALAMULAIKUM…SAYA NAK TANYA KALO SAYA NAK APPLY JOB BAHAGIAN AIRPORT CONTOHNYA SEBAGAI FLIGHT OPPERATION, GROUND HANDLING SERVICES ATAU JAWATAN APE YG SESUAI DALAM BIDANG PENERBANGAN AGENSI PEKERJAAN MANA YG SAYA NAK CONTAK YE…JUST TANYA JERK..
Hairul Hissam says
Saya kurang pastilah en. Razip. Elok call dan tanya agensi pekerja di kawasan en. razip atau dikawasan lapangan terbang. semoga membantu..
MUHAMMAD RAZIP says
OK…TERIMA KASIH ATAS MAKLUM BALAS DARI EN.
Hairul Hissam says
Tima kasih kembali. Semoga dapat kerja en. Razip..
Mango Juice says
Salam En. Hairul,
saya baru menamatkan pengajian di universiti dan masih belum mendapat sebarang pekerjaan. Saya berminat untuk mencari kerja sambilan di syarikat yang berkaitan dengan jurusan yang saya pelajari untuk menambah pengalaman. Oleh itu, saya nak minta pendapat dan nasihat dari En. Hairul, bagaimanakah cara yang baik untuk mencari kerja sambilan yang berkaitan. Terima kasih.
Hairul Hissam says
Kebanyakkan syarikat menggunakan agensi pekerjaan untuk mendapatkan pekerja sambilan…Antara agensi pekerjaan yg famous ialah kelly agensi… semoga dpt kerja.. 😀
feeqa says
assalamualaikumm, saya tak tahu cara nk tgk di yellowpages.. boleh terangkan dan mudahkan cara saya untu cari pekerjaan ?
Hairul Hissam says
Utk berjaya kita usaha lebih dan lebih cik feeda. cuba masuk ke dalam laman web yg telah saya sediakan dan ikut panduan yang diberikan. Kalo tak berjaya, cuba hingga berjaya 😀
feeqa says
baikla terima kaseh encik.. kalau saya perlukan bantuan saya akan minta pertolongn encik boleh ye?
Hairul Hissam says
Saya doakan cik feeqa berjaya dapat kerja ya.. 😀
feeqa says
terima kaseh ye encik.. kadang-kadang da give up nk cari keje.. tapi lau pk gtu smpi ble2 tak berjaya kn 🙂
Hairul Hissam says
tq kembali.. nasihat saya, kalo tak dapat kerja dibidang cik feeqa, kerja sahaja apa bidang pun. Ia sekurangnya memberi pendedahan untuk kita berinteraksi dgn org ramai. Dan ia sangat membantu kita mencari kerja dibidang yg sesuai kelak..
feeqa says
emm betul en. mmg susa nk cri kerja skg ni.. tak boleh memilih kene cri byk2 pengalamn, moga Allah beri saya rezeki untuk mendapat pekerjaan.. aminn
Hairul Hissam says
niatkan kalo dapat rezeki akan membantu org lain.. insyaAllah murah rezeki nanti. 😀
feeqa says
baiklah terima kaseh sgt2 ats nsht encik..:)
hafiza says
Salam…nasihat en amat berguna utk sy…sy bercadang nk gunakn agensi pekerjaan utk mencari kerja..just ragu2 boleh percya ke tak..dgn nasihat en sy lebih yakin untk gunakn agensi pekerjaan..insya Allah sy akn sent resume sy utk company ini….Quasar Armada Sdn. Bhd..tq yea…
Hairul Hissam says
Semoga berjaya dapat kerja ya cik hafiza. Apa yg saya terangkan di dalam artikel ini berdasarkan pengalaman saya.. 😀
hafiza says
Salam…nasihat en amat berguna utk sy…sy bercadang nk gunakn agensi pekerjaan utk mencari kerja..just ragu2 boleh percya ke tak..dgn nasihat en sy lebih yakin untk gunakn agensi pekerjaan..insya Allah sy akn sent resume sy utk agency ini….Quasar Armada Sdn. Bhd..tq yea…
aik egg says
boleh recommend kerja part time utk i? terima kasih byk22
Hairul Hissam says
Boleh.. jual taufufah dan cakoi partime… kalo nak belajar nia laman webnya: http://www.rahsiataufufah.com
Asawad says
Salam, encik ada tips utk lepasan universiti yang kurang cemerlang dari segi keputusan akademik macam saya? Terima kasih untuk artikel ni. sangat membantu.
Hairul Hissam says
Wsalam.. boleh juga mulakan berniaga makanan dikawasan berdekatan rumah. Jika kita mula awal. InsyaAllah byk akan dipelajari dan membantu bisnes akan datang yg lebih cemerlang.. semoga berjaya ya en. Asawad.
yaya says
Thanks…..:-)
Hairul Hissam says
Semoga bermanfaat… 😀
aten says
aikk??tapi kenapa agensi kt kuantan tak interview pun?diaorang just suruh bayar rm12.00 dan isi borang.kalau layak baru diaorang call.
Hairul Hissam says
lain agensi lain caranya.. Jangan beratus sudah.. Kalau beratus tu penipu la..
ada juga satu agensi di JB charga RM10 utk pendaftaran.. Lain2 agensi yg pernah saya pergi, free.
iskandar says
kalau kita dapat kerja kat satu company ni menggunakan agen, gaji kita siapa yang akan bayar eh? company yg kita kerja atau agen?
Hairul Hissam says
biasanya company bayar.. tapi ada juga yg tolak dari gaji pertama pekerja.. semua terpulang kpd syarikat. semoga berjaya cari kerja kosong
aimi says
tq en hairul..sangat membantu, really appreciate it!
Hairul Hissam says
Semoga berjaya dapat kerja kosong…