Nama saya Mohd Hairul Bin Hissam. Lebih dikenali di dunia maya ini sebagai Hairul Hissam. Saya dilahirkan di Johor Bahru. Ketika artikel ini ditulis, saya menetap di Johor Bahru. Di sini saya ingin mencoretkan sedikit sebanyak sejarah hidup saya.
Arwah ayah saya merupakan ketua tukang masak di kem tentera laut diraja Malaysia. Dari kecil, kami sekeluarga sering berpindah-randah dari sebuah kem tentera laut ke kem tentera laut yang lain. Sehinggalah arwah ayah saya bersara. Arwah ayah bersara lebih awal ketika umurnya 40 tahun.
Selepas bersara, kami kembali ke Johor dan berniaga pasar malam dengan menjual makanan dan minuman. Kami hanya berniaga 3 hari seminggu sahaja . Pada ketika itu abang dan kakak saya semuanya belajar jauh diperantauan. Jadi sayalah yang sering membantu menjual di pasar malam. Saya hanya membantu menjual sahaja. Memasak memang tak sentuh.
Kemudian saya melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia di jurusan Perakaunan. Dan di kurniakan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dengan kepujian kelas dua atas. Saya juga sempat mengambil sijil I.T. Technician. Selepas tamat pengajian, saya bekerja di beberapa buah kilang di bahagian perakaunan. Dan tempat terakhir saya bekerja di Gold Coin Specialities.
Saya seronok bekerja disini kerana saya bukan sahaja buat kerja akaun, malah menguruskan aspek I.T. Antara kerja yang saya buat ialah menguruskan costing untuk dua buah company, full set akaun untuk branch di India, uruskan I.T dan juga sebagai backup jika ada staff cuti panjang seperti bersalin. Nampak macam banyak kerja, tapi sayalah orang yang paling rilek dalam department akaun. Hanya seminggu jee busy iaitu pada akhir dan awal bulan. Sebabnya, saya perlu tunggu report dari staff lain untuk siapkan kerja saya.
Namun rancangan awal saya semenjak di UKM ialah menceburi perniagaan makanan. Bekerja hanya untuk kumpul modal sahaja. So kalau nak start perniagaan makanan, kenalah sambung belajar memasak dulu. Akhirnya saya meletak jawatan dalam bidang akaun untuk sambung belajar memasak.
Akhirnya dapat juga saya sambung belajar dibidang masakan. Selepas selesai belajar memasak, saya menimba banyak pengalaman memasak di western restaurant, hotel – cold kitchen, hotel – pastry kitchen dan juga di tesco di bakery department. Saya bekerja di sana sekadar menimba pengalaman untuk perniagaan makanan.
Dan akhirnya saya memulakan perniagaan makanan bersama seorang sahabat. Saya berniaga jauh diperantauan. So banyak juga duit dihabiskan untuk membeli kelengkapan rumah dan kelengkapan berniaga. Banyak juga duit simpanan saya digunakan. Dan selepas berniaga, saya mengambil keputusan untuk pulang ke Jb. Salah satu sebabnya Ayah saya meninggal dunia. Saya perlu kembali ke JB untuk membantu keluarga saya. Manakala perniagaan makanan diteruskan oleh sahabat saya.
Kebetulan pada masa itu, company lama saya kehilangan seorang pekerja dan meminta saya membantu. Bekerjalah saya semula di Gold Coin Specialities Sdn Bhd. Sehinggalah pada suatu hari, manager saya memanggil saya ke biliknya βHairul, you jangan terkejut ya, dalam minggu ini, I akan hantar resignation letterβ dengan pantas saya menjawab. βKalo you resign Mr Woon, saya pun resignβ. Manager saya resign kerana memulakan bisnes accounting service nya sendiri. Manakala saya bekerja disitu semula hanya untuk membantu manager saya dan menambah lagi modal untuk bisnes seterusnya. Manager saya ajak juga buat accounting service, tapi saya tak minatlah kerja akaun nie.
.
.
Inilah gambar minggu terakhir saya di Gold Coin Specialities Sdn Bhd. Sehingga kini saya masih lagi melakukan bisnes online ini secara fulltime. Semua produk yang saya hasilkan ada di side bar kanan blog. Inilah serba sedikit tentang sejarah hidup saya.
latiffah says
Salam..seronok juga baca artikel u ni..boleh kita berkongsi pengalaman.
Hairul Hissam says
Wsalam, tima kasih Cik Latifah kerna sudi melayari blog saya. Semoga terus seronok bersama artikel saya di sini π
lin says
As salam.. menarik cerita En.Hairul. Saya tabik dgn anak muda yg brwawasan tinggi mcm nie.Setiap saat itu brharga, dgn kelulusan dan bakat yg danugerahkan gunaknlah sebaik mungkin jgn dsia2kn dwaktu masih muda.
Hairul Hissam says
Wsalam. Bagus nasihat tu Cik Lin.. tq ya π
nana says
suka baca cite en. hairul. banyak juga pengalaman u ye… pengalaman mematangkan kita, betul tak?
semoga en. hairul berjaya dalam perniagaan.
Hairul Hissam says
Semoga cik nana juga berjaya ngan bisnes kraf nana.. aminn π
feera82 says
salam..seronok baca pengalaman orang yg byk perancangan dalam idup..boleh dijadikan motivasi utk orang yg lemah semangat macam saya..hehe..
Hairul Hissam says
Wsalam, InsyaAllah Cik Feera juga akan lebih berjaya nanti..
yang penting jangan berputus asa dan terus berusaha. π
mimi says
Terima kasih di atas perkongsian pengalaman Hairul.
Saya suka baca info dalam blog Hairul.
Banyak yang boleh dikongsi bersama teman-teman.
Hairul Hissam says
Tq kembali Cik Mimi,
Semoga artikel blog ini menceriakan lagi hari Cik Mimi. Tq ya… π
Hayati says
Salam, sy 1st time tgok blog org ni.. mcm sronok plak. sy sbenarnya tgh cari jln nak + pndapatn.. nak harap gaji faham2 jelah byk hutang dr tabungan.. Sy rasa blog ni dah bg sy harapan baru… Tmksih byk. will keep in touch.
Hairul Hissam says
Wsalam Cik Hayati, .
InsyaAllah saya terus memberi info2 perniagaan yg sebenar untuk manfaat bersama…
tq ya π
Johara says
I like your story. since your are bored at home why not start a seminar for entreprenuer. because majority of housewife do not know how to market and use internet. maybe we can meet up and discuss about it
Hairul Hissam says
I’m sorry … not interested….. π
adele says
salam perkenalan dr sy π
Hairul Hissam says
Salam perkenalan cik adele…
semoga ceria bersama blog hairul.com π
Fauziah Mohd Sulahir says
Saya tinggal di johor bahru, dimanakah tempat boleh saya dapatkan utk membeli cara pembuatan tau fu fah.
terima kasih.
Hairul Hissam says
sila email di soalan@rahsiataufufah.com untuk sebarang pertanyaan berkenaan pakej taufufah.. tq ya..
captain says
salam,
Beginilah semangat anak muda melayu..semangat bisnes.
Makan gaji sampai tua tak leh kaya…senang adalah…
“Agi idup Agi Ngelaban”
wasallam.
Hairul Hissam says
wsalam…
tima kasih captain… semoga bisnes kita bersama2 maju jaya.. π
nizamghazi says
Slm kenal hairul.
Sy tertarik dgn blog ni, nampak matang
Selain tu, sejarah hidup hairul begitu unik lah π
Hairul Hissam says
Slm perkenalan juga buat en. nizam.. π
sudi2 terus membaca artikel di dalam blog ini ya.. tq
Juan says
serius aku suker kisah ko ni, bisnes online fulltime, nak tau gak
Hairul Hissam says
Lebih setahun juga bro Juan bisnes online nie fulltime….
tapi plan…. lepas raya nie nak kerja balik…
sebab nak cari rumah sendiri dan start bisnes offline lah..
itu pun kalo ada rezeki.. π
Juan says
baru aku tau yg ko ni perkerjaan memasak, ingatkan masak makanan tu hobi, aku akan add blog ni kat blog aku sebab ader ciri ciri bisnes yg aku nak, selamat berkenalan bro, nice to meet u
Hairul Hissam says
Tima kasih bro juan kerana sudi add blog saya, amat dihargai…..
selamat berkenalan bro.. semoga kita bersama-sama terus maju… π
mazna says
assalamualaikum En Hisham,
Suka saya baca artikel dan blog anda. Saya ingin berkongsi pengalaman dan perniagaan bersama En Hisham dan pembaca blog ini….jika di berikan kesempatan untuk saya introduce kepada En Hisham, i will be very grateful.
Hairul Hissam says
Wsalam cik mazna. Terima kasih kerana sudi membaca blog saya.
Rasanya elok cik mazna membina blog sendiri dan berkongsi disana .. tentu seronok π
mazna says
terima kasih π
Hairul Hissam says
tq kembali π
fendy says
aslkum, saya nak tanya encik hairul, tahu tak bagaimana nak dapat wallpaper bergerak untuk laptop ? kalau encik tahu, saya berharap tunjukkan saya bagaimana caranya.
saya dah cuba usaha cari cara-cara dalam internet. tetapi tak dapat jgk. amatlah saya muliakan pertolongan dari encik hairul..
Hairul Hissam says
wsalam.. kalo nak dapatkan wallpaper bergerak yg siap.. tak tahu plak saya.. sebab tak rajin cari benda2 nie … sory ya.. π
norzamri says
Salam, Terlebih dahulu saya ucapkan ribuan terima kasih kepada en.hairul membina laman web dan biz online yang berjaya,saya tertarik tentang kisah en. kerana saya telah ingin buat perniagaan online secara fulltime,saya telah cuba dan terus mencuba hinggakan saya menempah laman web,join mana-mana biz online tapi tidak berjaya hingga hari ini..saya cukup tertarik dengan kisah en hairul ini…
Hairul Hissam says
wsalam en Zamri, mmg ramai berminat dgn bisnes online ini. Elok en zamri buat secara partime terlebih dahulu dan lihat dulu potensinya pada diri en Zamri. Dalam apa jua bisnes, ada yg berjaya dan ada yg gagal. Antara sebab kegagalan bisnes online ialah kurang usaha membina kepercayaan pelangan. Bacalah artikel 5 tips strategi bisnes yg saya tulis di dalam blog ini. Semoga berjaya ya π
mogana@mona says
mona sini again,
sebab utama saya cari pengetahuan adalah kerana saya sekarang ni buat bisnes secara team, jadi saya nak tahu cara cara yang betul untuk create web , jadi senanglah untuk saya buat bisnes secara on-line.
KAlau senang nak belajar, senanglah saya buat bisnes, kan….
memang semua senang, cuma perlukan azam untuk bejalar dan rajin . itu saja..
from : mona
Hairul Hissam says
Benar tu dalam bisnes, azam mesti kuat dan jgn mudah berputus asa.. tqvm.. π
ella says
bestnya dapat buat bisnes online. saya ni seorang guru tapi ingin berniaga memandangkan hidup di kl gaji guru memang tak mencukupi.buat coklat pun sasarannya hanya kawan2..minta pendpt HH apa agaknya bisnes yang menguntungkan..
Hairul Hissam says
saya ada tengok blog cik ella.. mmg menarik. Dlm apa juga bisnes online. Dua perkara penting ialah promosi dan membina kepercayaan pelangan. Pada saya tulisan di blog sangat membantu membina kepercayaan pelangan terhadap diri kita. Yang penting kita jujur dan ikhlas dalam tulisan kita π
yas says
Kemana tumpahnya kuah klau tidak ke nasi kan bro….semoga terus berjaya dgn kerjaya pilihan bro sendiri…insyaallah.
Hairul Hissam says
Like father.. like son…amin… tima kasih bro.. π
siti ajar says
Salam, kak baru terjumpa blog ini, terima kasih kerana memaparkan tips/resepi/panduan/maklumat yang berguna.Banyak pengalaman yang telah ditimba sejajar dengan usia Hairul tentunya. Boleh dijadikan panduan dan motivasi,teruskan usaha. Apa-apa yang dibuat kerana Allah akan menjadi ibadah semuanya. Semoga maju jaya.
Hairul Hissam says
Wsalam Kak Siti. InsyaAllah kak akan terus menulis untuk manfaat bersama π
Malik Zainal says
Encik Hairul, saya nak tanya bagaimana air disukat menggunakan “gram”? Terima kasih π
Hairul Hissam says
Sukatan dgn gram dengan menimbang di atas penimbang.
Tetapi biasanya timbangan gm air dan sukatan ml air tidak jauh berbeza… π
fatin says
assalammualikum hairul,fatin berminat dgn teknik belajar cakoi tu,nnti jgn lupa remind fatin bila panduan tu dah keluar…add saya d mylittlekitchenkitchen@yahoo.com…tq
Hairul Hissam says
Insyaallah nanti saya maklumkan.. harap2 saya pun tak terlupa π
Nazri Salleh says
Salam tuan Hairul, dah lama juga saya follow blog tuan, sbb saya minat sangat post-post tuan samada resepi atau pun info2 lain especially info bisnes.
Hairul Hissam says
Tima kasih en nazri kerna sudi membaca artikel di dalam blog ini. Semoga memberi manfaat bersama… π
akubiomed says
Saya agak terkejut membaca kisah bro yang bijak merancang kehidupan. Tidak sia-sia ilmu yang dikutip sepanjang pengalaman membantu orang tua, bekerja makan gaji, terlibat didalam bidang industri dan sekarang ini berniaga online.
Pengalaman sebenar dan hands on adalah guru terbaik berbanding baca buku dan teori semata-mata sebab itu pengkongsian produk-produk oleh bro adalah daripada pengalaman sebenar.
Membuatkan saya ingin mengenali bro lebih dekat lagi. Insyallah bro tidak keberatan menjawab e-mial Q&A nanti.
Hairul Hissam says
Segan pula saya dibuatnya π .Bisnes kecilan je bro.
Benar tu bro, pengalaman adalah guru terbaik dalam kehidupan kita….
pengalaman juga membuatkan kita lebih memahami…
Saya dah reply email bro.. tqvm ya π
arnes says
hai… saya nak bertanya sekiranya saya ingin membeli produk2 anda bolehkah anda megirimnya ke england dan berapa kos penghantarannya? terima kasih
Hairul Hissam says
Hai Cik Arnes. Mmg boleh.. email saya di kincin85@hotmail.com
riduan says
salam… saya nak tahu berapa harga kalau saya ambil ke empat2 produk, saya tak faham macam macam mana nak kira.
Hairul Hissam says
wsalam.. saya ada jual 5 produk.. So nak tahu dulu yg mana yg berminat.. boleh sms saya di 013-7757915 utk maklumbalas yg lebih pantas.. tqvm ya.. π
Terbelog says
salam2
saya baca artikel dan komen satu persatu
sampai habis
π
apa perkembangan anda skrg? dah kerja tetap ke?
Hairul Hissam says
Wsalam… rajin ye baca… π …
Skrg masih dirumah buat bisnes online nie…..
Kalo ada rezeki.. teruskan je…. kalo tak de.. kerja la balikk..he.he.he
hanim says
Salam,
Kalau saya nak beli sekaligus semua 6 set CD termasuk rahsia bun berape harga ye?
& boleh suggest tak oven yang paling bagus untuk digunakan dan mixer, kat mane saya boleh beli?
Hairul Hissam says
wsalam.. saya dah reply kat email yg cik hanim hantar .. tqvm ya..
samdaddycool says
Kisah hidup yang sangat menarik. Seronok membacanya.
Hairul Hissam says
Tapi memang letih melaluinya.. ha.ha.ha.. π
c.rizal says
Salam, ada ruangan iklan sewa di web awak x?
Hairul Hissam says
Maafkan saya. tiada ruanga iklan disini π
Azlin says
Salam Hairul….terharu tgk org muda yg byk pengalaman mcm adik ni….semoga terus berjaya dan dicontohi oleh anak muda yg lain…akak ada juga ambil resepi dr blog adik ni….terima kasih yer….
Hairul Hissam says
Terima kasih kerana sudi membaca dan mencuba resepi disini. Semoga resepi di blog ini menceriakan keluarga Puan Azlin ya.. π
saidatul says
salam en hairul..atau sesiapa yg budiman tlg email kan sy quran explorer sesiapa yg terjumpa komen saya ini…terima kasih
saidatulnatrah85@yahoo.com
Hairul Hissam says
Wsalam, Setahu saya hanya boleh dibuka secara online sahaja.
Tak tahu pula saya kalo ada perisian seumpamanya yg boleh didownload..
Noormazalina says
Assalammualaikum.. Encik Hairul.
Saya Noormazalina dr Seremban, Negeri Sembilan. Saya nak tanya, e-book cakoi&donut dan e-book pau,bun & pizza masih dijual lagi ke? Saya ingin membeli kedua-dua e-book tersebut. Jika masih ada, harap En. Hairul dpt maklumkan segera supaya saya dpt membuat pembayaran.
Terima kasih.
Hairul Hissam says
Wsalam. Ia masih dijual dan akan terus dijual selagi saya masih ada..
Harga untuk pakej bun dan cakoi ialah rM60+60-10 = RM110 sahaja. tima kasih ya..
shue lee atie says
Hai..salam perkenalan..tolong email saya coz,saya berminat dgn e-book yg anda jual…thanks..thats ol…
Hairul Hissam says
saya dah email…
che seman che mat says
Askm En Hairul saya tida produk yang betul saya ada joint mlm marketing level
ada cara tak cara untuk promosi setakat ini saya ada masuk peroduk dalam fb boleh tak bagi idea saya minat juga nak beli video tuan tu saja Tk
Nama Che Seman Che Mat Dari Kelantan
Hairul Hissam says
wsalam, saya cadangkan elok en che seman buat bisnes supply bun dan pau.. ramai pembeli saya dah berjaya menjadi usahawan bun .. Detailnya ada di laman web http://www.rahsiabun.com
Che Seman chemat says
Askm bagus juga idea tu saya ni jenis tak minat masak klu saya jual ubat barangan kesihatan ada idea tak saya ada produk kawan yang boleh di jual perlu tak saya beli buku buat website selain dari fb saya yang saya ada fb saya che seman che mat
Hairul Hissam says
Saya nasihatkan elok Che seman buat bisnen supply bun atau pau. Ramai pembeli saya dah berjaya. Maklumatnya ada di http://www.rahsiabun.com
azida says
salam,saya nak tanya ada x artikel yg ajar nak watermark gambar yg kita post kat blog atau fb ( org lain xboleh edit gambar kita)..
Hairul Hissam says
kalau saya ada buat.. saya bagitaw. tq
azida says
ohh..ok terima kasih…
faiz says
ini terbaik……saya suka dengan perniagaan… π
Hairul Hissam says
terima kasih.. π
Azizi says
Assalammualaikum En.Hairul,
Saya ingin mendapatkan Pakej Aneka Cakoi dan Donut.Adakah pakej ini dihentikan?. Bagaimana sekiranya saya ingin mendapatkan pakej ini.
Hairul Hissam says
Masih dijual di http://www.resepicakoi.com … tapi saya lebih galakkan beli pekej yg tersenarai di dalam blog kerana lebih byk membantu pembeli berniaga… π
rosli says
salam,
nak tanya, selepas daftar SSM perniagaan milikan tunggal, perlu tak daftar tuk sijil kewangan selepas itu atau tidak perlu? tq π
Hairul Hissam says
saya pun tak pasti pasal tu.. π
Eja says
Saya baru terjumpa blog yg sangat awesome ini,puncanya saya tgk web rahsia taufufah tadi.
Menarik blog anda,teruskan berkongsi tulisan2 anda di post2 seterusnya ya! All the best to you π
Hairul Hissam says
terima kasih kerana sudi membaca blog saya.. π
sham says
ap email saudara. sbb ad benda nak request. ad panduan bahulu x? nak yg sedap macam bahulu warisan. hehehhehe
Hairul Hissam says
kat bawah laman web http://www.rahsiaputu.com ada alamat email saya.. π
siti marsita says
cik hairul saya berminat nak buy u punya CD roti,bun n pizza but i org singapore how can i get your CD
Hairul Hissam says
terima kasih kerana berminat.. cara pembelian luar negara ada dalam http://www.rahsiabun.com/oversea.html
kk says
Teruja melihat websit Tuan. Boleh ke bg tips camner boleh tolong promote produk saya. Sy byk jual brg sampai customer konpius. Boleh bagi link utk promote produk kita tak? Fb x brp brkesan utk saya
Hairul Hissam says
Saya ada banyak buat artikel free tentang cara promosi bisnes makanan. cuba cari dalam artikel blog ini. mmg bermanfaat….. π
kk says
Terima kasih. Kawasan sy duduk pun byk perumahan baru. Boleh jugak nak hulur silaturahim. Mesti cuba
Hairul Hissam says
selamat mencuba π
AEDRY PERRY says
Saya suka anda …. saya nak tahu bapa kamu tu bekerja dekat mana ??? kat kl kah…
Hairul Hissam says
bapa saya sudah tiada lagi.. π
sherly says
Maaf lh ank sedara sy gna email sy..maaf eh…
Hairul Hissam says
Oh tidak mengapa π
nor hamiza bt. mamat sidek says
…ooppsss satu lagi, lupa nk tanya, pasal tepung kanji dan tepung ubi, adakah kedua2nya SAMA? :>
Hairul Hissam says
rasanya sama jeee.. tapi biasanya kedai jual tulis tepung ubi.. π
zack says
Salam… en hairul, sy masih mencari2 peluang utk b’niaga, blh bg panduan Cara utk b’niaga dlm Alam Maya.
Hairul Hissam says
wsalam. dalam blog nie byk artikel dan panduan2 bisnes makanan.. elok buat bisnes makanan kerana ia mudah dijual.. semoga berjaya..
hasrul says
assalam tn hairul.. ape khabar? moga sihat dan ceria… saya hasrul dr ipoh perak.. berhajat sngt nak memulakan perniagaan secara kecil-kecilan di tempat saya iaitu air cendol.. tp saya kekurangan ilmu utk menyediakan resepi tersebut? jika tn ade cara2 penyediaan air cendol boleh tn sharekan dgn saya atau pembaca blog tn.. saya suka sgt mengikuti blog tn hairul… terima kasih…
Hairul Hissam says
wsalam.. Dalam pakej taufufah di http://www.rahsiataufufah.com, ada cara membuat cendol..
syafiq says
Sangat menarik..Byk memberi inspirasi walaupun coretan ringkas…Semoga terus berjaya..
Hairul Hissam says
Semoga bermanfaat en syafiq π
AZMIE says
thanks atas semua info..best sangat
Hairul Hissam says
TErima kasih kerana sudi membaca artikel di blog saya.. π
nor says
macamane ye.saya guna hp,tak jumpa lah button like
Hairul Hissam says
Oh ye ke.. terima kasih bagitaw π
zulaikha binti abdul jalil says
kalau nak simpan duit di my bank sama saja tips- tips cara mengunakan mesin ATM tuu tapi untuk masukan duit saja boleh ke ?
Hairul Hissam says
Boleh guna cash mesin deposit spt dalam artikel cash mesin deposit..
nora says
Assalam….teruja n menarik blog En.Hairul, teruskan berkongsi apa apa aje terutama resepinya hee…all the best to you n tq…
Hairul Hissam says
Terima kasih kerana sudi membaca blog ini π
dah says
alhamdulillah saya mengenali blog ini. byk info saya dapat.
Hairul Hissam says
semoga blog hairul.com memberi manfaat bersama…
Hero Borneo says
tak sangka bro dari seorang akaun menjadi chef dan kini usahwan..terbaik dan semoga terus sukses.
Hairul Hissam says
Dan skrg menjadi suri rumah sepenuh masa. heee
murniey says
Halalkan resepi aiskrim ini
Hairul Hissam says
semoga berjaya membuatnya..
Jamal says
Assalamualaikum. Saya dari seorang juruteknik elektrik dan sekarang bekerja sebagai penjawat awam. Minat memasak sejak dari kecil lagi. Sekarang sedang berniaga dan pelajar separuh masa. Tak sangka hoby boleh mendatangkan duit. Memasak memang awesome.. Kuah sotong kangkung Saudara Hairul memang sedap. Terima kasih.
Hairul Hissam says
Wslm, Bisnes makanan mmg boleh buat duit lebih2 lagi dikawasan bandar…
Badariah says
tahniah diatas kejayaan yang di capai
Hairul Hissam says
Semoga kita sama2 berjaya dunia dan akhirat…
Kak Yati says
Assalam. Tahniah buat Hairul. Menarik & banyak yg boleh dipelajari. Pengalaman sgt berharga. Syukur kerana akak dpt byk manfaat dr blog ini w/pun x pandai sgt it & masa, insyAllah akak belajar sikit2.
Teruskan usaha Hairul.
Hairul Hissam says
Wslm. terima kasih atas sokongan dan semoga kak yati berjaya belajar masak..
fitri says
blog yang sempoi
Hairul Hissam says
selamat membaca…
Asni says
Saudara hissam tulislah entri pengalaman berniaga online. Bole jd panduan pada yg nak mencuba. Btw. Berapa lama ambil masa nak stabil kan diri dan kewangan masa mula berniaga? Thks in advance. Hrp dibaca ?
Hairul Hissam says
maaf yee saudari asni.. saya mengajar bisnes makanan dan bukannya bisnes online. sbb bisnes online nie ramai yg lingkup dari yg berjaya..
Omar Abdullah says
Video rahsia taufufah tu masih valit ke? Nmpk tu post should 2010 lagi….
Hairul Hissam says
ya masih ada.. elok wasap saya +60137757915 utk jawapan yg pantas.. tqvm..