Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi udang kam heong ini kiriman Puan My1981. Jom kita pelajarinya.
Bahan-Bahan Resepi Udang Kam Heong:
*bahan perap
=12 ekor udang (saiz sederhana)
=1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
=1 sudu kecil minyak bijan
=1 biji telur (guna separuh je)
=garam secukpnya
=tepung jagung – secukup kegunaan
*Bahan A
=5 biji cili merah – hiris memanjang
=1 ulas bawang merah kecil – cincang halus
=3 ulas bawang putih – cincang halus
=1 tangkai daun kari
=1 sudu besar udang kering – rendam,cincang
*kalau suka pedas boleh tambahkan cili padi/cili kering
*Bahan B
=1 sudu besar rempah kari – letak 2 sudu besar pun boleh
=2 sudu besar sos tiram
=1 sudu besar kicap cair
=1/2 sudu kecil kicap pekat
=1/2 sudu kecil gula – ikut suka,pastikan rasa dulu
=sedikit air
Cara-Cara Membuat Resipi Udang Kam Heong:
1) perap udang – goreng — ketepikan.
2) panaskan minyak, masukkan udang kering, cincangan bawang putih dan bawang merah.tumis hingga naik bau.
3) Kemudian masukkan daun kari,cili merah dan semua bahan B,perasakan secukupnya.kacau sebati.
4) masukkan udang yang telah di goreng td.
5) siap.hidangkan bersama nasi panas
Hairul.com: Terima kasih kepada Puan My1981 kerana sudi berkongsi resepi udang kam heong