Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi Roti Puri ini kiriman Puan Sumi. Jom kita pelajarinya.
Bahan-Bahan Resepi Roti Puri
3 cawan tepung gandum
1 1/4 Cawan Air
2 sudu besar minyak masak
garam secukupnya
minyak untuk mengoreng
Cara Membuat Resepi Roti Puri
1. Gaulkan dengan tepung gandum, garam dan minyak masak.
2. Masukkan air dan uli perlahan sampai menjadi doh yang lembut. Sapukan sedikit minyak masak dan biarkan selama 15 min.
3. Bahagikan doh kepada 10 bulatan yang sama saiz.
4. Tutup dengan kain lembab lebih kurang 30 minit.
5. Canai kan bulatan tadi menjadi leper ( jangan canai terlalu nipis).
6. Panaskan minyak dan goreng puri, tunggu hingga ia kembang dan naik. ( pastikan minyak lebih dan separuh kuali dan cukup panas).
7. Terbalikkan puri dengan perlahan. Tunggu sehingga masak.
8. Angkat dan toskan minyak.
Hairul.com: Terima kasih kepada Puan Sumi kerana sudi berkongsi resipi roti puri
akubiomed says
Puri antara kegemaran saya. Tidak semua restoran mamak ada menjualya.
Hairul Hissam says
Saya pun jarang makan puri nie :D…
che says
sya suka mkn puri ni tp knp resipinya xlengkap ye? brapa sukatan airnya. xkan main agk2 je kot.
Hairul Hissam says
Ye lah.. air nya tiada.. Mungkin puan sumi terlupa masukkan kot….
Boleh letak satu cawan suku air terlebih dahulu dan kemudia tambahkan sedikit demi sedikit air sehingga menjadi doh.. selamat mencuba ya.. 😀