Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi Roti Inti Kacang Dhal ini kiriman Puan Sumi. Jom kita pelajarinya.
Bahan-Bahan Resepi Roti Inti Kacang Dhal
Bahan Roti
4 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
garam secukupnya
Bahan Inti:
1 cawan kacang dal
150g butter
1 1/2 cwn gula melaka
5 biji buah pelaga
150g kelapa parut
Cara Membuat Resepi Roti Inti Kacang Dhal :
1. Masukkan kacang dal dan air dalam pressure cooker. Masak hingga kacang empuk. Ketepikan
2. Campurkan tepung gandum, serbuk kunyit dan garam dalam mangkuk. Masukkan air ke dalam tepung dan uli hingga licin( adunan lebih kurang seperti adunan roti canai)
3. Sapukan sedikit minyak masak biarkan selama 4 jam.
4. Panaskan kuali dan masukkan butter, kelapa parut, gula melaka, kacang dal. Masak di atas api yang sederhana dan kacau agar sebati.
5. Masukkan serbuk buah pelaga kacau rata. Angkat dan sejukkan.
6. Bahagikan doh dan bentukkan bulat kecil. Masukkan inti tutup dan sapukan sedikit minyak canai leper.
7. Panaskan kuali dengan menggunakan api yang kecil. Bila kuali panas masukkan roti.
8. Setelah roti bertukar warna, terbalikkan. Pusingkan sekali lagi dan bolehlah diangkat.
Hairul.com: Terima kasih kepada Puan Sumi kerana sudi berkongsi resipi roti inti kacang dal
Leave a Reply