.
Kisah ini berlaku siang tadi. Lepas pos barang, saya bawa putu bambu saya ke kedai makan, lauk pauk. “Mak cik boleh test tak, putu bambu saya nie” Pelik pulak makcik tu bila tengok putu bambu warna kuning. Lepas makcik tu ngappp sebatang “Sedaplah, kau buat sendiri ke?” Macam tak percaya pulak makcik tu yang saya buat sendiri.
Makcik tu sambung lagi “Putu bambu kat kedai depan sana tu tak sedap. Yang kau punya nie lagi sedap” Rasa nak melompat pulak bila mendengarnya. he.he.he. “Dulu makcik masa kecil, makcik selalu tolong jiran buat putu ubi kayu untuk niaga. Hari-hari makcik tumbuk ubi kayu dengan lesung kayu“. Peramah betul makcik tu. Siap cerita bentuk lesung kayu dan resepi putu ubi kayu lagi.
Sambil dengar, saya ambil lah lauk dan letak atas nasi. Lauknya dah tak banyak. Yelah dah pukul dua lebih masa tu. Panjang pulak mak cik tu bercerita. Saya pulak dah lapar sebab dari pagi tak makan nasi. Nasib baiklah ada orang datang. So saya boleh lah bergerak ke meja makan. Masa makan, saya terfikir “Bagus juga kalau saya dapatkan resepi putu ubi kayu ini” Alamak, nak kena tanya semula sebab tadi tak dengar dengan teliti.
Lepas makan, saya pun jumpa makcik tu semula. Tak sempat nak buka mulut. Makcik tu dah sound “Pakcik driver teksi kata, kenapa tak jual. Kalau kau jual, hari-hari dia beli“. Eh. bila pula saya bagi driver teksi rasa nie. Oh rupanya makcik tu yang bagi driver teksi tu rasa. Berulang kali tanya saya, kenapa saya tak jual. Letih pulak nak jawab “Saya jual dvd belajarnya sahaja makcik“.
Yes. Dah dapat resepi putu ubi kayu dari makcik tu. Asli lagi original. Esok bermulalah eksprimen membuat resepi putu ubi kayu pulak .he.he.he. Ada satu lagi bahan, makcik tu kata boleh menambahkan aroma rasa sedap pada putu. Nak kena try nie. Memang banyak tips saya dapat dari sana dan sini. Nie baru secret recipe tawwwww 😛 .
Bila Pakej Putu Nak Siap…..
Aduhai, ramai betul tanya “Bila nak siap pakej putu.. hairul oiiii“. Sorry lah, saya tengah tunggu buluh galah dari pakcik saya. .Hari tu dia bagi kecil sangat lubangnya. Yang gambar putu bambu tu saya buat guna _____ _______. Tanpa buluh pun boleh buat putu bambu dengan ______ _______. Tunggu pakejnya. InsyaAllah gempak beb. Kalau anda berminat, sms saya dengan taip text: Minat Rahsia Putu dan sms ke 0137757915. Taip text sms dengan tepat untuk mudah saya search dan reply pada hari pelancaran pakej putu dengan harga diskaun nanti.
Tapi saya mula terfikir. Dari saya ajar resepi putu, baik saya jual sendiri putunya. Macam syarikat putu bambu kat selangor. Mereka buat banyak cawangan. Pendapatannya lebih RM 5 ribu sehari. RM 5 ribu sehari tu, sebulan mau lebih RM100 ribu beb. Jual putu bambu sahajeee. Kayoooo beb. Tu yang saya fikir… Nak ajar resepi putu ke.. nak jual sendiri… nak ajar ke…. nak jual.. Pening juga memikirkannya. ha.ha.ha. Tak pe la.. bagi orang lain kayooo la pulak. Saya dah ada rumah baru dan kereta baru cukup lah. :D. Tapi tak tahulah kalau esok saya berubah fikiran. hu.hu.hu.
donnyien says
boleh cuba resepi ni nanti bro.. tak pernah mencubanya..
Hairul Hissam says
Mmg special resepi nie sebab ramai sgt tok gurunya. he.he.he
nurmisnan says
kalau kau kongsikan terus resipinya kat sini
lagi kaya pahalanya.. hik3..
Hairul Hissam says
Kalau jual, pahala dapat, duit pun dapat .he.he.he.
Apa kata cik nurmisnan beli pakejnya. dapat pahala bantu bisnes member. heeee
nurmisnan says
Memang nak beli pakej roti canai + donut tuh tapi
tak sempat2 nak online bank.. insyaAllah..
Hairul Hissam says
NIe mesti busy giler nie.. heee
nazray says
putu ni selalu warna putih, tak pernah makan lagi yang warna kuning, saya rasa baik bro jual putu tu, hehe, buat kios, bro start dulu. nnt dah lama cari la peniaga yang nak bernaung bawah bro. masyuk, jadi CEO putu. 😀 ehem, ehem, takpun kita buat berdua. haha,
Hairul Hissam says
Kalau kat selangor, diaorg jual putu bambu warna hijau style pandan. Byk betul cawangan diaorg bukak. mmg laris. Kat JB nie belum ada yg buat cawangan spt mereka.
Best jugak idea bro tu.. Nak kena sign contract dulu tu. he.he.he
nazray says
hehe, sign contract pun boleh la, hahah
TehR says
rasanya aku dah mula berkenan dengan putu bambu ni
tapi ntah dapat/sempat ke tidak nak buat bisnes
huhu
aku ni selamanya tahu makan je
Hairul Hissam says
Kalau bro tehr rasa, mesti nak lagi heeee..
jiran sebelah siap tanya.. tak buat lagi ke putu hari tu. hee
nanti dah bersara jadik cikgu.. boleh niaga bro tehr..
akubiomed says
Nampak gaya masing-masing akan menawarkan ramuan masing-masing.
Hairul Hissam says
Mcm2 ramuan saya pelajari dari bekas peniaga2 putu. Tapi tulah yg membuatkan putu lebih sedap…
azlina says
Salam hairul, cpt2 kn lah resepi putu bambu tu. Nk try ni. Sllu klu p johor aje jumpa putu ni. Stkt ni kt srmbn x jmpa lgi. Teringin nk mkn ni ha.
Hairul Hissam says
Selepas pakej ini siap, tentu ramai yg jual diseluruh malaysia. InsyaAllah akan buat yg terbaik.
riza says
Hairul ni mengingatkan kak riza pada arwah nenek, dia memang pandai buat kuih orang lama…sedap je dia buat…lepas tu bila dia menjual, suka je sedekah dua, tiga biji kat orang…Hairul kena ada konsep sedekah tu bila berniaga, InsyaAllah, rezeki berkat…beruntunglah mak Hairul dapat anak macam hairul ni…syukur Alhamdulillah…
Hairul Hissam says
Bagus cadangan kak riza tu. Mmg byk ganjaran bersedekat disisi Allah s.w.t. 😀
hanafi abdullah says
seronok kalau dapat makan produk yang dihasilkan sendiri..menjual hasil produk sendiri lagi-lagi seronok.jadi tauke pulak
Hairul Hissam says
Mmg seronok jadik tauke. Tambahan lagi dapat pakerja yg jujur dan amanah.
hanafi abdullah says
jadin tauke besar pahala macam bro..Alhamdullilah
Hairul Hissam says
Tapi saya lebih suka dan sesuai mengajar la bro…. bagi pembeli pakej jadi tauke…. 😀
UmmiKami says
Salam semanis rasa 🙂
Ratu Sibu selalu berhias,
Tua usianya tak sedar diri;
Putu bambu si putu beras,
Kedua-duanya hamba mencari. 😀
Hairul Hissam says
wsalam, kurangkan manis dlm masakan kak ummi 😛
Ubi Kayu dicicah sambal
Memang sedap tak terkata lagi
Putu ubi kayu, ramai tak kenal
Cubalah sekali, confirm nak lagi
Ibu Mifzal Arsyad says
sy bukan pengemar putu tp gambar putu tu nampak cam menyelerakan je..
Hairul Hissam says
Kalau ibu mifzal cuba yg nie.. mesti jadi makanan kegemaran nanti…
fiezaradzi says
wah, laku ni kalau jual.. hehe.. tak tahan, makcik siap cerita habis.. hehe.. makcik, komisen mintak hairul tau..
Hairul Hissam says
Makcik tu mmg sporting cik fiezaradzi.. Sebab tak ramai suka share resepi rahsia…
psst: saya makan hari2 kat kedai makcik tu, kira komisen utk makcik tu. heee
Shasha Mohamed says
Hmmm… putu ubi kayu. Sedap ke ni?
Tentu sedap kan, kalau tak takkan makcik tu puji2 dan suruh jual pulak 😉
Hairul Hissam says
Oh yg saya bagi kat makcik tu, putu bambu warna kuning… Makcik tu yg ajar saya putu ubi kayu. Mmg sedap putu ubi kayu.. ramai tak pernah mencubanya lagi 😀
Juan says
best la baca kisah ni Hairul, tapi saya dah lama x makan putu bambu ni hairul, so dah lupa lupa ingat macam mana dia punya rasa
Hairul Hissam says
Tunggu beberapa bulan lagi bro.. lepas pakej nie keluar, mesti ramai yg jual putu nanti. hari2 boleh makan. heee 😀
daddydee says
wah…menarik tu…hebat bro.tahniah..
Hairul Hissam says
Terima kasih bro… InsyaAllah akan buat yg terbaik utk pembaca dan pembeli pakej.. tqvm bro.. 😀
maimunah08 says
Asmkum
nak cadangkan hairul ajar package buat bahan2 untuk yong tau foo ie taufu kering dll bahan yong tau foo sebab saya was was bila beli dari Cina takut minyak etc tak halal n soup tak halal tq
kak maimunah
ttdi
Hairul Hissam says
wsalam.. terima kasih di atas cadangan tu.. bahan utk membuatnya susah didapati… 😀
suri says
masakan melayu yg ori sush nak dpt.kalau dpt byk telah dicampur adukkan huhu..
Hairul Hissam says
Yg asli mmg susah nak dicari… tambahan lagi org skrg suka buat yg mudah dan jimat kos.. 😀
Mekar says
Memang ada org jual putu bambu kat area selangor sini. siap ada cawangan lagi. Rasa putu tu mmng sedap (tak tau lah yg hairul maksudkan yg mana).
Kalu nak buat sendiri pun bagus juga. kena ada pekerja tambahan la utk dibuat jualan. insyaallah boleh.
Hairul Hissam says
Saya lihat bisnes putu ini lebih mudah diuruskan dan lebih mudah dikembangkan.. InsyaAllah mmg boleh buat besar2. 😀
cik tom says
tak pernah plk makan putu ubi kayu..
tp tgk pic tu cam sedap je…
terfikir nak buat bisnes jgk…
cm xbrani lg bt bisnes mknn sbb xdelh terer sgt msk2 ni..
Hairul Hissam says
Masakan putu nie sebenarnya lebih mudah utk dibuat dan bisnesnya mudah dikembangkan.. :D..
BULATFX says
as salam tuan..bilo nak siap pakej nie?..meleleh dh nie.. huhuhuhu
Hairul Hissam says
wsalam. tengah buat… nanti saya bagitaw .. 😀
sazuwi says
tak pernah makan, jangan luper kongsikan biler dah dikomersialkan, sedap dibuat minum petang
Hairul Hissam says
Insyaallah akan dikongsi di dalam pakej putu nanti.. terima kasih.. 😀
Hafizul says
Lama tak makan putu nih..sedap..hehe
Hairul Hissam says
sekali makan nak lagi…. 😀
faizal says
tip yang hebat..terima kasih perkongsian ini