Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi Popiah Nestum ini kiriman Puan Mekar. Jom kita pelajarinya.
Bahan Resepi Popiah Nestum:-
Kulit popia (sebungkus)
Horlicks
Nestum* – kisar
Gula* – kisar
Semangkuk Air (dijadikan sebagai pelekat kulit popia)
Batang lidi sate/straw
Bahan-bahan seperti horlicks, nestum dan gula tu, saya main agak2 aja.
Tiada sukat tepat. Maka, sesiapa yang mahu cuba,
boleh sukat sendiri mengikut banyak mana kulit popia yang anda gulung.
Cara Membuat Resepi Popiah Nestum:
1- Gulung kulit popia dengan batang lidi atau straw minuman. Kemudian dibahagian hujung kulit popia, lekatkan dengan sedikit air.
2- Sudah digulung, maka potong popia tersebut secara mengiring dan kecil-kecil, atau ikut suka hati.
3- Langkah seterusnya, goreng kulit popia tersebut sehingga warna kekuningan.
4- Sementara itu, kisar bahan-bahan* bersama.
5- Letakkankan bahan-bahan yang dikisar disatu bekas.
6- Apabila popia sudah masak, maka gaulkan masa masih panas ke dalam bekas bahan-bahan yang dikisar tadi sehingga sebati.
7- Siap dan boleh dimakan 🙂
Hairul.com: Terima kasih kepada Puan Mekar kerana sudi berkongsi resipi popiah nestum
Leave a Reply