Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi Nasi Ayam Claypot ini kiriman Puan My1981. Jom kita pelajarinya.
Bahan-Bahan Nasi Ayam Claypot:
=1 pot beras (cuci dan masak mcm biasa)
=5 keping kepak ayam – nk guna bahagian lain pun boleh (potong 2)
=6 kuntum cendawan shitake (rendam dan hiris,xnak hiris pun boleh)
=3 ulas bawang besar (hiris halus)
=2 inci halia (cincang halus)
=2 biji cili merah (boleh abaikan kalau xsuka pedas)
=3 sudu besar kicap cair
=1 sudu besar kicap pekat
=4 sudu besar sos tiram
=2 sudu besar minyak bijan (boleh abaikan/kurangkan klau xsuka)
=lada sulah secukup rasa
=sedikit tepung jagung
=1 biji telur
=sedikit garam dan gula (jika perlu)
=air secukup kegunaan
=ikan masin tenggiri (optional)
Cara Membuat Resepi Nasi Ayam Claypot:
1) masak nasi dlm rice cooker seperti biasa.
2) sementara itu,perap ayam terlebih dahulu dengan tepung jagung,telur,garam dan lada sulah.kemudian,goreng separuh masak.ketepikan.
3) tumis bawang besar dan halia hingga naik bau.masukkan pula cendawan dan cili merah.gaul rata.
4) tambahkan kicap cair,kicap pekat,sos tiram dan minyak bijan,tambahkan sedikit air dan perasakan secukupnya.masukkan ayam.gaul sebati.ttup api.
5) bila rice cooker dh bertukar “warm” masukkan ayam dan masak nasi spt biasa.
6) sementara itu,goreng ikan masin.ketepikan.
7) gaul nasi dgn garpu/chopstik.gaul agar nasi dan ayam sebati.letakkan di dlm mangkuk/pimggan.
8) hidangkan bersama ikan masin.
Hairul.com: Terima kasih kepada Puan My1981 kerana sudi berkongsi resipi nasi ayam claypot
Leave a Reply