Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi kuih tako ini kiriman Kak Raja. Jom kita pelajarinya.
Ade 2 Bahagian Resepi Kuih Tako
1 . Bahagian bawah warna hijau
2. Bahagian atas warna putih
Bahan-Bahan Lapisan bawah Resipi Kuih Tako
1 cwn tepung beras
1/2 cwn gula
5 cwn air
daun pandan atau paste pandan
1 sb air kapur
garam
Cara Membuat Lapisan Bawah Resepi Kuih Tako
1. Atas api sederhana masuk semua bahan dlm periuk n gaul sebati
2. Masukkan tepung
3. Masak sambil kacau hingga pekat dan berkilat.
4. Dlm bekas daun pandan/pisang masukkan sikit gula (cara membentuk bekas gn kotak mancis dan daun pandan/pisang akan sy masukkan dlm rajahalida@facebook.com)
5. Masukkan adunan td dan kukus
6. Biar sejuk n membeku (xyah masuk pt ais)
Bahan-Bahan Lapisan atas Resepi Kuih Tako
4 sb tepung beras
4 cwn santan pekat
sedikit garam
Cara-Cara Membuat Lapisan Atas Resepi Kuih Tako
1. Bancuh semua bahan diatas
2. Masak sehingga pekat.
3. Curahkan ke atas lapisan bawah yg dah beku
4. Sejukkan Siap.
Nota :
Cara lain xyah kukus, guna tpg hoen kwee hijau tuk bwh n hoen kwee putih tuk atas.
Hoen kwee hijau masak ngan 1000 ml santan dan 200 gula. Kacau sampai die blup blup. Masukkan dlm bekas. Buat cr sama gn hoen kwee putih tuk bhg atas tp xyah gula. Tp rsnya x sesedap yg tradisional.
Hairul.com: Terima kasih kepada Kak Raja kerana sudi berkongsi resepi kuih tako.