Program Kongsi Resepi Kuih Raya Dan Juadah Berbuka Puasa Tajaan Blog Hairul.Com
Resepi Kuih Lapis Keledek kiriman Puan Julietta. Jom kita cuba resepinya seperti dibawah.
Bahan-Bahan Resepi Kuih Lapis Keledek:
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
1/2 cawan gula merah
4 cawan santan dari sebiji kelapa
1 sudu teh garam
1 cawan keledek oren – direbus dan lecek
Sedikit pewarna hijau
Cara Membuat Resepi Kuih Lapis Keledek:
1. Panaskan loyang dalam pengukus terlebih dahulu dengan api sederhana.
2. Campurkan tepung gandum, tepung jagung, santan, garam serta gula dalam pengisar dan kisar hingga halus. Kemudian tapiskan.
3. Asingkan bancuhan kepada 2 bahagian. Letakkan pewarna hijau pada bahagian pertama.
4. Masukkan keledek pada bahagian kedua, gaul sebati.
5. Mula-mula masukkan bancuhan keledek ke dalam loyang, lebihkan untuk lapisan pertama. Bila lapisan lapis pertama masak baru masukkan lapis an berwarna hijau. Selang seli keledek dan warna hijau, lakukan langkah ini hingga habis. Setelah masak, angkat dan biarkan sejuk baru potong.
Terima kasih kepada Puan Julietta kerana sudi mengirimkan resepi Kuih Lapis Keledek ini. Jom kita klik like tanda terima kasih kepada pengirimnya.
Leave a Reply