Saya nak share resepi karipap pusing keluarga saya. Masa kerja di hotel, tak pernah pula buat karipap pusing. Sebab lebih kepada roti, kek dan desert,
Tapi sebelum tu jom tengok komen dapat order sepantas kilat.
Pandai akak nie. Lepas buat terus bagi pada jiran-jiran. Bila sedap, on the spot jiran terus order. Untung dapat jiran yang baik. Anda juga boleh belajar membuat roti sarang lebah di www.rahsialoaf.may.my
Resepi Karipap Pusing Crispy
Resepi Doh Tepung Karipap Pusing
400gm Tepung Gandum
200gm Air
1 sudu Besar Garam
Resepi Doh Marjerin
400gm Tepung Gandum
200gm Marjerin pelangi
Elok guna tepung gandum brand baker choice dan marjerin brand pelangi untuk hasil yang bagus.
Jika buka di handphone, elok posisi handphonenya lanskap untuk besar sikit gambarnya.
Lagkah 1: Membuat Doh Marjerin
Gaul 200gm marjerin dengan 400gm tepung gandum sehingga sebati. Anda boleh mengaulnya dengan cara meramas dan menekan-nekannya.
Doh yang siap mestilah tidak melekat lagi pada tangan anda ketika meramasnya. Jika masih melekat pada tangan, tambahkan lagi tepung.
Langkah 2: Membuat Doh Tepung
Masukkan bahannya seperti dalam resepi iaitu 200gm air, 1 sudu besar garam dan 400gm tepung gandum ke dalam bekas besar.
Gaul sehingga sebati. Anda perlu mengulinya sehingga doh tepung karipap pusing padat dan mampat sahaja.
Langkah 3: Uli Tepung Hingga Padat.
Keluarkan doh tepung dari bekas besar. Dan uli di atas meja. Uli dengan tangan dalam masa 10 minit sahaja. Uli hingga ia mampat atau padat sahaja.
Langkah 5: Bahagikan Dohnya
Setelah doh tepung karipap pusing diuli dan padat. Anda boleh terus bahagikan kepada saiz-saiz yang kecil.
Tidak perlu bulatkan doh besar. Anda boleh terus membahagikannya mengikut saiz yg dikehendaki. Agak-agak jee saiz doh kecil
Langkah 5: Masukkan Adunan Marjerin Ke dalam Doh Tepung
Ambil satu doh tepung yg kecil dan tekan-tekan dengan jari hingga ia menjadi leper. Kemudian ambil sikit doh marjerin dan kepal-kepal menjadi bulat. Seterusnya masukkan doh marjerin bulat ke dalam doh tepung yang dileperkan.
Tutup doh marjerin dengan doh tepung. Kemudian bulatkannya dengan menggunakan tapak tangan seperti gambar di sebelah kanan sekali.
Langkah 6: Mengelek Tepung
Setelah siap semuanya, rehatkan atau biarkan selama 15 minit diatas meeja. Tutup dengan plastik.
Selepas 15minit, gelek doh menggunakan roller. Gelek doh karipap pusing dari tengah ke atas dan dari tengah ke bawah. Buat berulang-ulang kali hingga panjang.
Langkah 7: Gelek Kali Kedua
Seterusnya gulung doh karipap pusing. Kemudian gelek untuk kali kedua. Gelek dari tengah ke atas dan dari tengah ke bawah. Selepas gelek hingga menjadi pandang, gulung seperti gambar di atas.
Langkah 8: Menyediakan Kulit Karipap Pusing
Kemudian potong tepungnya kepada empat atau tiga menggunakan pisau. Ambil satu bahagian dan gelek dari tengah ktas, dari tengah ke bawah, dari tengah ke kiri dan dari tengah kekanan untuk membentuk kulit karipap pusing yang bulat.
Langkah 8: Memasukkan Inti Kari Kentang
Masukkan inti kari kentang ke atas kulit karipap pusing dan tutup. Kemudian kunci tepinya seperti gambar ketiga. Lebih mudah menggunakan acuan karipap untuk mengunci bahagian tepinya. Gambar contoh acuan karipap pusing ada di link >>> acuan karipap
Langkah 9: Goreng Karipap Pusing
Panaskan minyak dengan api sederhana dan goreng karipap pusing. Guna minyak goreng cap saji yee.. Sebab bau dan hasilnya lebih baik.
Nak Resepi Inti Karipap Pusing??
Untuk resepi inti kentang ada di link >>> Resepi Karipap Kentang
Untuk resepi inti sardin ada di link >>> Resepi Karipap Sardin
Ini pembaca share gambar karipap pusing dari resepi nie. Sebiji macam karipap pusing masa arwah ayah jual di pasar malam selepas bersara. Saya rajin ngap semasa jaga di pasar malam waktu sekolah dulu.
Kalau suka artikel ini, klik buton share di bawah nie. Ramai share, bolehlah saya buat lagi artikel resepi seperti karipap pusing ini.
Saonah says
Nak tanya. kalau tak pakai marjerin but butter pun ok tak? saya tak suka marjerin
Hairul Hissam says
kalau makan sendiri memang boleh. lagi sedap.
guna sukatan yg sama. kalau adunan lembik dan melekat, tambah sahaja sedikit tepung.
Hadi Kurniawan says
Mantap nih kayaknya buat dicoba. Namanya makanannya masih asing buat saya. Ehehe
Hairul Hissam says
kalau sekali buat.. hari2 mau buat lagi.. Sbb sedapppp.