Kiriman Cik Azriey (Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com)
Resepi char kuey teow ini merupakan kiriman Cik Azriey Amriey. Memang ramai sukakan masakan char kuey teow ini. Tentu sedap resepi kiriman cik azriey ini. Jom kita mempelajarinya:
Bahan-bahan Resepi Char Kuey Teow:
600g koey teow
1 cawan kerang (rebus dan kopek)
10 ekor udang sederhana besar
Segenggam tauge
Segengam daun kuchai
2 biji telur
BAHAN KICAP Resepi Char Kuey Teow
5 ulas bawang merah (kisar)
4 ulas bawang putih (kisar)
5 tangkai cili kering (kisar)
10 ekor udang (buang kulit,rebus)
8 sudu besar kicap
5 sudu besar sos cili
5 sudu besar sos tomato
1 sudu besar cuka
2 sudu besar sos tiram
Garam,MSG dan gula secukup rasa
BAHAN-BAHAN TUMIS
3 ulas bawang merah (kisar)
2 ulas bawang putih (kisar)
Minyak utk menumis
Cara membuatnya: :
1. Kisar semua bahan-bahan kicap koew teow dengan air rebusan udang hingga lumat.Masakkan di atas api kecil hingga masak.Jangan terlalu pekat.Jika pekat tambah air.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan tumis.Tumis hingga naik bau.
3. Masukkan udang dan tambahkan sedikit air.
4. Bila udang kemerahan, masukkan bahan-bahan kicap yang telah dikisar dan dimasak terlebih dahulu tadi.Jangan terlalu banyak.Ikut citarasa anda sama ada banyak atau sikit kerana bahan kicap ini boleh diguna banyak kali.
5. Masukkan koey teow.Kacau dengan cepat dan sebentar sahaja.Masukkan pula telur.Kacau rata.
6. Masukkan kerang, tauge dah kuchai.Goreng hingga sebati tapi jangan sampai kering.
7. Angkat dan hidang panas-panas.
Hairul.com: Terima kasih kepada Cik Azriey Kerana sudi berkongsi resepi char kuey teow
secret downloader says
Mmmm,sedapnya!
Hairul Hissam says
selamat mencuba resepi ini dan semoga berjaya membuat char kuey teow yg sedappppp..
nadiah othman says
Byk jugak bahan nak buat kicap tu. Selalunya sy guna sos char kuey tiau yg dah siap tu. Mayb sbb tu kureng sedap sket
Hairul Hissam says
Lepas nie, bolehlah masak dgn lebih sedap…
Siti says
wahhhh nak cuba pasni…cuma nk tnya biasanya 1 bungkus anggaran berapa org makan ye
Hairul Hissam says
Satu resepi char kuey teow tu lebih kurang 5-7 orang makan…
una says
Tq lps nie leh la msk….
Hairul Hissam says
slmt mencuba resepi char kuey teow niee….
shuhadahsb says
char kuey teow halus tuh biase beli kat mane?
Hairul Hissam says
cuba cari di kedai… ye laa tak kan cari di klinik pula kan… heee
Tiera says
Udang y d ribus tu kisar skali ke
Hairul Hissam says
Bahan kicap jee yg dikisar….