Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi Capati ini kiriman Cik Azriey. Jom kita pelajarinya.
Bahan-bahan Resepi Capati:
2 cawan tepung atta
2 sudu minyak masak (untuk melembutkan)
1 cawan Air panas (suam sedikit) kiraan air, 50 peratus dari tepung sekiranya 100gm airnya 5oml.
Garam secubit ikut rasa. Larutkan garam dalam air panas.
Cara Membuat Resepi Capati:
1. Masukkan tepung dalam mangkuk dan buat lubang ditengahnya. Masukan air panas sedikit demi sedikit. Uli selama 3-4 minit sehingga menjadi doh yang lembut.
2 .Masukan minyak masak dan uli kembali untuk mendapatkan permukaan doh yang licin dan lembut. Doh yang lembut mengahasilkan capati yang lembut. Bahagikan doh kepada 12-15 bebola. Biarkan bebola yang telah siap selama 20 – 30 minit dalam bekas yang ditutup dengan kain lembab.
3. Ambil bebola capati ini leperkan sedikit dan celurkan sedikit tepung sebelum diletakan dalam papan uli. Leperkan secara bulat sapukan sedikit tepung ke atas permukaan supaya kepingan itu tidak melekat satu sama lain.
4. Panaskan kuali leper atau Non- Stick Pan. Jangan terlalu panas dan api sedang-sedang memadai . Sebelum masukkan doh, tepuk sedikit diantara dua tapak tangan supaya tepung yang berlebihan disapukan semasa leperkan akan gugur. Masukkan dalam kuali dan masak (bakar kering) semasa bakar itu anda perlu tekanan sedikit menggunakan kain yang tebal.
5. Putarkan sentiasa capati itu supaya ia masak serata. Jangan tekan terlalu kuat kerana ia akan hanguskan bahagian yang ditekan kuat. bila menekan capati itu naik gelembung. terbalikkan dan bakar sebelah.
Hairul.com: Terima kasih kepada Cik Azriey kerana sudi berkongsi resipi capati.
Shidah Abdullah says
Wah.. saya memang tgh mencari resepi capati. Saya mesti cuba resepi ni. Tq.. nanti sy sharr pic kalau dah berjaya.
Hairul Hissam says
Selmmat mencuba cik shidah dan semoga berjaya.. 😀