Artikel ini kiriman pembaca blog ini iaitu Cik Tie. Tentu anda tidak mahu berjalan terbongkok-bongkok di hari tua nanti. So kenalah menjaga kesihatan tulang belakang dari sekarang untuk kesihatan di hari tua nanti. Jom kita baca petua yang menarik dibawah ini:
.
Petua Menjaga Kesihatan Tulang Belakang
Cik Tie pernah pergi ke negara arab, Cik Tie memang jarang jumpa atau mungkin tiada orang arab yang bongkok. Jarang la tengok diorang pakai tongkat. Umur walau dah lanjut usia, maintain je jalan macam orang muda, siap boleh berkebun lagi. So korek, punya korek, rupanya inilah rahsianyaβ¦.jom baca, boleh amalkan (*,*)
Negara arab memang terkenal dengan Laban (yogurt/susu masam). Cuba korang pergi negara arab, kalau time makan, memang ada disediakan yogurt. Seperti yang diketahui umum, yogurt ni kaya dengan kalsium, dah tentulah membantu dalam penjagaan tulang belakang. Selain menguatkan tulang belakang, yogurt juga dapat mencantikkan kulit. Sebab tu lah orang arab cantik-cantik, mulus dan gebu (*,~). Lepas ni rajin-rajin lah minum yogurt atau susu segar. Selain tu, diorang rajin berkebun, kira ganti senaman la tuβ¦..
Selain tu, cara duduk juga memainkan peranan penting. Bukan saja duduk, tidur dan berdiri juga kena dengan posisi yang betul. Seeloknya semua kedudukan adalah tegak, lebih baik dari bengkang-bengkok. Kerana ia akan mempengaruhi kedudukan tulang belakang kita. Elakkan berdiri terlalu lama dan elakkan berdiri dengan sebelah kaki. Bukan tu je, penggunaan kasut tumit tinggi juga mempengaruhi postur tulang belakang. Seelok-eloknya kurangkan penggunaan kasut tumit tinggi. Bagi bantuan yang berkesan, amalkan senaman ringan seperti, front support, back support dan sit up.
Hairul.com: Terima kasih Cik Tie di atas petua tersebut. Selain dari tips cik tie, berjoging juga dapat membantu menguatkan tulang belakang kita. Semasa saya berjogging di atas treadmill, memang terasa pada bahagian tulang belakang. Oleh itu kerana rajinlah berjoging. Semoga bermanfaat.
riza says
Bagus Hairul ‘highlightkan’ topik ni. Memang pemakanan orang Melayu kita, kurang susu atau dadih/yogurt. Kita begitu menjaga ‘luaran’ badan kita, tapi lupa dari ‘dalaman’ pun kena jaga. Semasa kak Riza di Mekah/Madinah dulu, kak Riza dapati orang perempuan Syria paling cantik kulitnya…gebu dan bersih. Jealous betul tengok mereka…
Hairul Hissam says
Terima kasih. Oh Cik Tie yg highlightkan π … Betul kata kak riza pemakanan tu penting dalam membentuk tubuh badan dan diri kita. Tentu org2 syria begitu jaga pemakanannya.. π
gloryatie says
betul tu, orang syria memang jaga pemakanannya,
dan setiap kali makan, memang takleh tingal yogurt
mesti disediakan bersama, kecuali kalau makan ikan je
diorang tak makan susu/yogurt kalau makan ikan
coz boleh menyebabkan keracunan makanan atau sakit perut π
Hairul Hissam says
Bahaya tu makan ikan dan susu bersama.. tima kasih atas info tu Puan Gloryatie.
TehR says
duduk lama2 mengadap blog
memang sakit belakang
huhu
Hairul Hissam says
Kurang bagus duduk lama2… Sekali sekala kena bangun dan gerakkan badan dan tangan.. π
puteri kasih says
sekarang ni memang ramai juga yang ada masalah sakit tulang belakang, mungkin sebab duduk terlalu lama dan juga kerana kurang kalsium
Hairul Hissam says
Duduk terlalu lama dgn posisi yg tidak tegak antara penyebab kpg masalah tulang belakang bila tua nanti.. π
puteri kasih says
kena amalkan gaya hidup yang aktif..tak boleh asyik duduk je kan π
Hairul Hissam says
Betul tu cik puteri…. kena rajin bersenam.. barulah badan sihat π
akubiomed says
Orang tua selalu terkena bongkok sabut.
Hairul Hissam says
Kena amalkan dari skrg supaya kita pun tak bongkok bila tua nanti.. π