Seharian kita mengadap pc. Tak jemu-jemu ker… he.he.he.. seronok ada la kan.. Namun tanpa kita sedari aktiviti ini amat meletihkan mata kita. Menjadikan mata kita sembam, kuyu, kurang bertenaga dan pucat. Petua yang ingin saya kongsikan mampu mengembalikan kesegaran mata anda. Rasionalnya, petua ini mengembangkan salur darah pada mata dan meningkatkan perjalanan darah dan oksigen pada mata.
Petua ini menggunakan kain basah yang telah diperah. Dan kain ini dibasahkan dengan air suam yang agak panas. Tetapi jangan terlampau panas sehingga boleh mencederakan anda.
Langkah 1: Dapatkan sehelai tuala kecil seperti dibawah. Jika tiada, boleh didapati dari supermarket.
Langkah 2: Rendam atau basahkan tuala kecil tersebut dengan air suam yang agak panas. Dan perah tuala tersebut hingga keluar airnya. Perah dengan tangan la. So airnya jangan terlalu panas sangat.
Langkah 3: Lipat tiga kain tersebut dan biarkan ia memanjang. Anda baring dengan mata tertutup. Dan letakkan kain tersebut di atas mata anda. Seperti dibawah.
Langkah 4: Semasa kain di atas mata. Cuba lihat sejauh yang mungkin dalam keadaan mata tertutup. Ini akan merehatkan mata anda. Selepas kain tersebut sejuk, anda boleh mengulang langkah 1-3 beberapa kali. 2-3 kali sudah cukup. Sekali pun dah ok.
Peringatan. Jangan gunakan air terlampau panas. Ini membahayakan mata dan juga tangan anda ketika memerah kain tersebut. Daripada pengalaman saya, semakin panas kain tersebut, samakin segar mata anda. Tapi jangan terlalu panas ya. Hilang mata, saya tak bertanggungjawab.
Anda akan rasa kesegarannya bukan semasa kain di atas mata tetapi selepas 2-3 minit selepas itu. Kerana salur darah pada mata akan mengembang dan peredaran darah dan oksigen pada mata lebih lancar. Cubalah baru taw.
Jika dah cuba, bagilah komen dibawah nie ya. Dan jika berkesan, share la ngan kawan-kawan menggunakan button share dibawah. Agar manfaatnya dikongsi bersama.
redfar says
Macam mane nak lihat sejauh mungkin? hurmm..
Hairul Hissam says
mudah je caranya redfar,
masa baring tu, cuba bayangkan
tengok kapal terbang dilangit..
nanti redfar akan rasa lebih relak..
nanti dah try bagitaw la pengalamannya… tq
redfar says
owh.. ok2.. nak tido leh try ni..
Sakinah says
Thank you so much for petua ni? really usefull
Hairul Hissam says
semoga bermanfaat
nihashim says
t kasih. memang berkesan . saya ajarkan juga pada anak-anak saya.
Hairul Hissam says
Mmg sangat membantu menyegar mata Puan nihashim 😀
haireyah says
slam hairul, boleh bagi cara buat cheese tart yg paling mudah. akak dh beli kulit tart yg ready made, nk tau cara buat isi cheese nye..
Hairul Hissam says
saya tak pasti pula buat cheese tart paling mudah 😀
sam75 says
Sori nak mencelah nie…. rasa2nya krim yang letak dalam tart tu bleh beli kat kedai kek. Benda tu berbentuk serbuk just campur air sikit n letak kat dalam tart. nak sedap lagi hiriskan buat kiwi atau apa-apa buah yang agak masam sikit… sori kot idea ni bleh membantu pn / cik haireyah….
Hairul Hissam says
Tq cik sam kerana sudi share info tu.. tentu membantu cik haireyah.. 😀
Didi Faridah M R says
TQVM, Mr Hairul,
Ive shared wif my FB frens.., I hope dey will try n feedback me. Tonite i will do it for my hubby. kesian dia.. matanyer sungguh tak menawan seperti dulu… kuyu jer… Maybe stress kot. Moreover the weather is terribly HOT here!
Hairul Hissam says
tqvm Puan Faridah… kesian juga ngan suami kak faridah.. keja office mmg macam tu.. semoga cepat baik ya… tapi kena buat hari2 baru ada kesan… tqvm
falsha says
saya selalu mengamalkannya. alhamdulillah. memang berkesan. terima kasih kepada saudara Hairul di atas info ini.
kelambu nyamuk says
Hahaha tengah praktikkan kaedah merenung jauh sambil tutup mata…tup tup bos besar lalu…habisss la dah la sekarang ni bulan posa, mesti dia ingat staff curi tidur sambil duduk mengadap pc
Hairul Hissam says
Laa.. siapa suruh buat kat office…..
Ajaklah bos buat sekali.. 😀
intan says
perkongsian yg bagus. Mudah aje kan 🙂
Hairul Hissam says
Memang mudah.. cuma kena rajin amalkan jee 😀
Muhammad says
Alhmdulillah, jumpa satu tips untuk segarkan mata.
Kalau mata kuyu xbermaya berkesan jgk ke encik?
Tips lain2 lgi selain ini untuk tangani mata kuyu ada.
Syukran ye encik hairul.
🙂
Hairul Hissam says
Selamat mencuba petua nie, en muhammad 😀
Nora Rosli says
En. Hairul, petua ni untuk segarkan mata atau pulihkan kerabunan mata??
Hairul Hissam says
Kalau mata segar,tentu penglihatan akan lebih baik..
nora says
Petua ni boleh diguna pakai bila saluran kecil urat pecah n nampak berdarah/merah diruang mata putih tapi tak perlu air panas hanya air sejuk n tutup mata saja,langkah seterusnya sama dgn petua En.Hairul hee….berjaya atau tak itula namanya petua….selamat mencuba…
Hairul Hissam says
Terima kasih atas tips tambahan tu.. Berjaya atau tak, itu terserah pada ketentuan Ilahi 😀
Rafieyna97 says
dulu rabun, skrg dh okey.. TQ ya sbb share tip2 nie…
Hairul Hissam says
Alhamdulillah, Allah sembuhkan mata encik rafley 😀
John says
Saya nak tnya. Knapa sekejap je mata tu elok skit?tak smpai brapa minit dah kembali pada rabun balik
Hairul Hissam says
elok tanya dgn doktor dgn jawapan yg lebih tepat..