Jika anda suka memasak, petua ini memang untuk anda. Apabila di dapur, kita terdedah pada risiko terkena minyak panas. Memang menyakitkan. Kulit kita akan mula mengembang kemudian pecah mengeluarkan air. Lukanya pula lambat sembuh. Ok. anda boleh cuba petua di bawah:
.
Petua Cara Menyembuhkan Luka Melecur Terkena Minyak panas
1. Jika anda terkena minyak panas, cepat-cepat sapukan ubat gigi pada bahagian kulit tersebut. Apabila bahagian kulit tersebut terasa panas semula, sapukan lagi dengan ubat gigi. Terus sapukan sehinga bahagian kulit tersebut sejuk. InsyaAllah kulit anda tidak akan mengelembung dan tidak akan luka.
Namun cara ini akan menyebabkan kesan hitam pada kulit anda. Jangan risau kerana saya akan berikan cara untuk menghilangkan kesan hitam atau kesan bakar ini di dalam artikel seterusnya. Cubalah Petua Cara Menyembuhkan Luka Melecur Terkena Minyak panas ini.
P/s: Jangan lupa membaca artikel sebelum ini iaitu Petua ubat sakit mata merah. Tapi sebelum itu, kliklah button Like. Baru saya tahu anda sukakan artikel ini.
gloryatie says
sesetengah orang kata bile terkena minyak panas cepat2 alirkan bawah air paip yang mengalir dan letak kicap. ni saya tak sure betul tak, harap ada yang betulkan.
Petua Emak says
baru first time dengar guna kicap.. tqvm cik yatie
Adif Fida says
cara yg biase yg saye gune selain ubat gigi, saya letak ketulan ais ditempat yg melecur tu…ais kan sejuk….insyaAllah x akan mengelembung lecuran tu…
Petua Emak says
bagus juga tu utk sejukkan kulit.. tqvm cik fida
choco nila says
gune cara ni dari dulu lgi … mmg bgos… ubt gigi dh lah sng nak jumpe and beli
Petua Emak says
tapi meninggalkan kesan hitam la cik choco..
'Izzah says
Bleh juge letakkan minyak zaitun pada
tmpt yg terkena minyak panas itu.
Insyaallah kulit x melecur dan ia tidak
meninggalkan kesan… 😀
azrie amriey says
pernah terjadi pd ahli keluarga sy dlu, bdan kakak sepupu sy terbakar sbb petrol… mk dia tuang sebotol minyak gamat kt badan kakak 2, alhamdulillah, elok…