Petua ini kiriman Cik Nooraini (nooraini) dalam Kuiz Kongsi Petua dapat hadiah
Apabila di dapur, kita tidak lari dari terkena minyak panas, air panas atau benda panas yang menyebabkan kulit melecur. Disini cik nooraini ingin berkongsi petua keluarganya yang diamalkan sejak sekian lama dan terbukti berkesan.
.
Petua Cara Mengelak Kulit dari Melecur Teruk
1. Untuk mengelak dari melecur, bila kita beli ayam yang ada lemak. Lemak tersebut jangan di buang. Cuci lemak tersebut dan masak sehingga ia menjadi minyak. Simpan minyak lemak itu dalam botol dan letakkan tempat yang mudah dicari atau dicapai pada waktu kecemasan
2. Apabila terkena minyak panas atau air panas cepat-cepat sapu lemak ayam tadi pada kulit yang terkena minyak panas. Insyaallah kulit tersebut tidak akan melecur.
Saya pernah cuba pada anak saya. Bayangkan air baru mendidih tumpah keatas tangannya, tangannya merah. saya teringat lemak ayam, cepat-cepat saya sapu di tangan anak saya, tak sampai beberapa minit merah tersebut telah hilang warna kulitnya seperti biasa. Oleh itu lemak ayam jangan dibuang sebab ada kegunaannya.
Admin: Terima kasih Cik Noraini atas kiriman Petua Cara Mengelak Kulit dari Melecur Teruk ini 😀
P/s: Jangan lupa membaca artikel sebelum ini iaitu Petua cara menghilangkan bau peti ais. Tapi sebelum itu, kliklah button Like, jika sukakan artikel ini.
yas says
Terima kasih atas info ni…mmg betul2 tak sangka laa lemak ayam ada khasiatnya…lepas ni nak suh wife simpan dan buat macam petua nih…tq.
Petua Emak says
Mmg bagus petua ini. tqvm kpd cik noraini…
tehr says
belum pernah cuba
kami selalunya guna ubat gigi je
Petua Emak says
Saya pun selalu guna ubat gigi..
tapi kalo guna ubat gigi, kulit still merah dan akhirnya berbekas hitam…
Kalo ikut cik noraini, kao guna minyak lemak ayam, kulit tak merah lagi.. tentu lebih baik 😀
faiz says
bgus tip ni..mmg melecur tu dah selalu sgt menggoreng ni..
Petua Emak says
Mmg elok tu buat dan simpan minyak lemak ayam utk masa kecemasan nanti bro faiz… 😀
levelsatu says
ehhh..boleh ke? tak pernah cuba lagi nih..
Petua Emak says
Mmg bagus cara ni bro levelsatu
fiezaradzi says
baru tahu petua ni.. anak de kena air panas hari tu.. lau dah lama, boleh buat lagi ke?
Petua Emak says
Kalau dah lama, dah mengelembong kulitnya.. payahlah cik fieza….
petua nie kena segera buat apabila terkena benda panas…..
tapi kalo dah lama kena, boleh cuba lendir lidah buaya…. 😀
gloryatie says
kalau nak hilangkan kesan melecur pula boleh gunakan telur. pukul sebiji telur, kemudia sapu pada tempat melecur. bila kering sapu lapisan kedua. sapu berulang kali hingga habis telur tadi. kemudian bilas. insyaAllah ok (*,~)
Petua Emak says
First time dengar guna telur…
Org melayu sememangnya kaya dgn petua..
tqvm cik yatie…
musi says
Salam;
Ini suatu petua luarbiasa ni, terima kasih sangat ye!
saye pernah tekena percikan minyak panas, sendrih kuali panas ha ha .. sapu colgate pun amat ok, sapu kicap pekat pun ok jugak;
Petua Emak says
Saya pun nak cuba juga petua minyak lemak ayam nie nanti…. 😀
azrie amriey says
Cara yg sy pernah baca, lemak ayam tu dimasak dlu dengan api yang sederhana. Sejukkan dan simpan dalam botol. Apabila terkena minyak panas, sapukan lemak tersebut. Sma ke?