.
Petua ini kiriman Cik Rozimariati (Azriey Amrie) dalam Kuiz Kongsi Petua dapat hadiah
Pernah tak terjadi, beras simpanan anda dimasuki kutu @ bubuk @ kumbang beras.. Kutu beras ni membiak dgn sgt pantas dan memakan isi beras tadi. Kalau tida dicegah, silap2 tinggal hampas je.. Nak dimakan tidak boleh, Nak dibuang, sayang.. Jadi, saya ingin berkongsi beberapa petua dengan anda.
.
Petua Cara Membunuh Kutu dan Kumbang Beras
1. Masukkan beberapa tangkai cili kering dlm bekas simpanan beras anda
2.Masukkan beberapa batang kulit kayu manis dalam bekas simpanan beras anda
3.Carik2kan beberapa helai daun limau purut, masukkan dalam bekas simpanan beras anda
4.Jemur beras yg dimasuki kutu, tutup dgn kain putih diatasnya.. Kutu tersebut akan melekat pada kain putih itu tadi
5.Simpan beras anda dalam bekas kedap udara….
Semoga petua ini dpt membantu anda menghindar kutu beras.. Menghindar itu lebih baik dri merawat.. Selamat mencuba…
Admin: Terima kasih Cik Azriey atas kiriman petua cara membunuh kutu kumbang beras ini 😀
P/s: Jangan lupa membaca artikel sebelum ini iaitu Petua cara mengilatkan cermin. Tapi sebelum itu, kliklah button Like, jika sukakan artikel ini.
tehr says
kadang2 ada gak terdengar isteri komplen pasal kutu ni
gloryatie says
boleh juga masukkan bawang putih. tapi jangan buang kulitnya. just masukkan beberapa biji bawang putih ke dalam bekas beras.
Mohd Rujhan says
kalau letakkan tangkai cili kering ni dah biasa gune…hee
Adif Fida says
setakat ni…alhamdulilah..xde kutu dlm beras… 🙂
'Izzah says
Cuba try letak 1-3 cabai kering ke dlam bekas beras.Insyaallah kutu beras x mengganggu lg beras anda.
p/s : ar0ma cabai kering yg menyengat,bleh menghalau kutu beras.Selamat Mencuba~~! 😀