Memang ramai yang menghadapi masalah rambut gugur yang teruk. Ia menyebabkan botak pada bahagian kepala yang agak merisaukan. Untuk merawatnya, anda perlu mengetahui punca dan penyembuhannya. Disini saya berkongsi satu petua terbaik dalam melebatkan rambut anda.
Petuanya ialah menggunakan lendir lidah buaya. Lendir lidah buaya kaya dengan zat-zat dan vitamin yang cukup baik dalam pembaikan sel-sel kulit dan rambut. Lidah buaya atau aloa vera sememangnya terbukti berkesan dan digunakan dalam industri farmasi dan shampoo.
.
Petua Cara Melebatkan Rambut Dan Mengelak Rambut Gugur
1. Potong lidah buaya dan ambil lendirnya. Kemudian sapukan lendir lidah buaya pada rambut anda. Gosok-gosok pada rambut sehingga kena bahagian akar atau kulit kepala rambut.
Seterusnya biarkan selama 30 minit. Selepas itu barulah basuh rambut anda dengan air. Cuba lakukan setiap hari untuk hasil yang lebih baik.
2. Penggunaan minyak rambut merupakan salah satu punca kepada masalah keguguran rambut ini. Ini kerana minyak rambut diperbuat dari bahan kimia yang boleh menjejaskan rambut anda.
Oleh itu kurangkan penggunaaan minyak rambut untuk mengelak rambut anda dari gugur. Dan basuh bersih-bersih rambut anda selepas menggunakan minyak rambut.
3. Sekiranya rambut anda masih lebat. Amalkan lidah buaya seminggu sekali bagi mengekalkan kesihatan rambut anda. Lendir lidah buaya juga menjadikan rambut anda hitam dan cantik menawan.
Semoga Petua Cara Melebatkan Rambut Dan Mengelak Rambut Gugur ini membantu anda dalam memiliki rambut yang lebat, cantik menawan.
P/s: Jangan lupa membaca artikel sebelum ini iaitu Petua ubat sakit gigi. Tapi sebelum itu, kliklah button Like. Baru saya tahu anda sukakan artikel ini.
gloryatie says
by the way selain dari lidah buaya boleh try daun pandan. kisar daun pandan, ambil airnya dan lumur di kepala macam bersyampoo. dan bilas bersih2. amalkan sekerap mungkin. selain melebatkan rambut, dapat mewangikan rambut dan menyihatkan kulit kepala. selain tu orang dulu2 selalu amalkan tanam rambut bawah pokok pisang. memang selalu saya amalkan ni, maklumla selalu potong rambut kat umah je, jarang potong kat saloon. so selalu bapa sedara ambil rambut dan tanam bawah pokok pisang selepas gunting rambut. tujuan tuk menyuburkan dan melebatkan rambut. tapi sekarang dah tak amal dah coz selalu pergi saloon. tapi rambut tetap lebat. so bolehla cuba memang berkesan π
azrie amriey says
Kilatkan rambut dengan biji betik
Ambil biji betik yang sudah masak sebanyak dua genggam, Bersihkan kulit biji yang berair itu, dan jemursampai kering. Bila sudah kering, gorengkannya tanpa minyak sampai hangus. Setelah itu bolehlah ditumbuk atau digiling biji betik itu hingga lumat. Pindahkan pada piring dan bancuh dengan air. Sebelum menggunakannya bersihkan rambut anda terlebih dahulu . Keringkan rambut anda dan sapukan bahan tadi tanpa syampu. Anda akan dapat lihat hasilnya. Rambut anda akan kelihatan hitam dan berkilat.
nooraini says
daun inai ditumbuk halus kemudian campur dengan santan pekat dan di sapukan ke kulit kepala. apabila disapu rata balut kepala dengan tuala bersih. biarkan selama sejam baru dicuci dan dibilas bersih-bersih.
Petua Emak says
Campuran daun inai dan santan pekat.. tqvm cik noraini atas petua ini.. π
Jebeng Otaiβ’ says
owh..leh guna utk lebatkan rambut rupanya…tq π