Artikel ini saya tulis khas untuk mengucapkan selamat hari raya kepada semua pembaca blog www.hairul.com yang beragama Islam. Di kesempatan ini juga saya memohon maaf sekiranya terdapat kesilapan dan kekurangan di dalam blog ini. kalau ada artikel yang kurang baik, komen yang lambat dijawab, jawapannya hampehhh atau masuk ke spam. Saya mohon maaf dan harap tiada yang berkecil hati yeee.
Di bulan syawal nie saya nak sajikan 2 mutiara kata yang cukup bermakna dalam kehidupan saya. Ia nukilan saya sendiri untuk sentiasa mengingatkan diri saya yang selalu alpa dan lupa nie.
.
.
Sedikit Penerangan.
Mungkin ramai kurang menyedari bahawa apa yang kita buat, kita akan dapat balik. Jika kita suka mengunakan lidah untuk menyakiti hati orang lain. Pasti, satu hari nanti ada orang lain pula yang akan menyakiti hati kita. Mungkin dari isteri atau anak kita atau sebagainya. Kerana Allah itu maha adil. Dan jika anda suka mengutuk, memfitnah dan menipu, pasti ada orang lain akan mengutuk, memfitnah dan menipu anda pula nanti. Kerana Qada dan Qadar Allah tersangatlah adil.
Sebenarnya kita yang memilih kehidupan kita. Jika kehidupan kita penuh dengan masalah. Ia mungkin bala dari apa yang kita buat sebelum ini atau apa yang dibuat di masa hadapan. Kerana Allah itu maha mengetahui dan tersangatlah adil. Oleh itu pilihlah masa hadapan yang lebih baik dengan menjaga lisan dan berbuat baik.
akubiomed says
Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin. 🙂
Hairul Hissam says
Selamat hari raya dan maaf zahir batin juga buat bro akubiomed.. 😀
Mohd Shubhi says
Setuju sangat dengan mutiara kata tu. Yang paling penting adalah apa yang kita buat pada perkara yang telah terjadi…
Hairul Hissam says
Lagipun setiap anak adam pasti melakukan kesilapan, kita perbaiki mana yg termampu 😀
puteri kasih says
Terima kasih kerana sudi berkongsi. Puteri suka kedua-dua mutiara kata tersebut. Yang penting kita sentiasa berbuat baik kan.
Hairul Hissam says
Betul tu puteri, jika berbuat baik skrg, insyaAllah ia akan membawa kita ke kehidupan yang lebih baik dan bahagia 😀
fyna says
bagus mutiara kata nih ^_^
Hairul Hissam says
Semoga ia menjadi nasihat buat kita bersama 😀
ema says
Selamat hari raya hairul
Hairul Hissam says
Selamat hari raya cik ema.. 😀
Juan says
ya, lidah lah yg akan mencorakkan kehidupan kita, so jagalah dan gunakan dgn baik
Hairul Hissam says
Betul tu bro… kitalah yg membuat pilihan kehidupan kita, melalui lidah dan perbuatan kita.. 😀
Anak Askar Pencen says
Hidup semakin mencabar, asalkan semua umat manusia jujur dan ikhlas dalam berbuat baik sesama insan, insyaAllah hidup kita semua diberkati.
Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin. 🙂
Hairul Hissam says
Mmg penting keikhlasan nie spt kata bro.. selamat hari raya dan maaf zahir batin.. 😀
TehR says
salam lebaran, bro
maaf zahir dan batin
dunia dan akhirat
Hairul Hissam says
Selamat hari raya dan maaf zahir batin juga buat bro sekeluarga.. 😀
onlajer says
lidah tak bertulang laju je kita menghambur tanpa memikirkan akibatnya
Hairul Hissam says
Dah biasanya, bila datang bala dan akibatnya, mulalah salahkan org lain. Padahal berpunca dari diri sendiri…
Semoga kita bersama lebih barhati2 😀
Pokok Manggis Depan Rumah says
Selamat Hari Raya maaf zahir batin :-). Terima kasih perkongsian tips yang berguna ini En.Harul
Hairul Hissam says
Selamat hari raya dan maaf zahir batin buat bro juga.. 😀 ..
Hafizul says
Terima kasih bro kongsikan ungkapan yang penuh bermakna tu..hehe
Hairul Hissam says
semoga sentiasa mengingatkan buat kita bersama.. 😀
chii says
selamat hari raya buat hairul juga 🙂
chii suka dgn mutiara kata ..kesilapan bkn untuk dikesali…
ambil iktibar dan jadikan sbg panduan untuk bangkit di masa hadapan…tiada manusia yg tidak terlepas dr membuat silap.asalkan tidak terusan terleka dan terlena
Hairul Hissam says
Betul tu cik chi.. setiap anak adam pasti melakukan kesilapan… dan sebaik2 yg melakukan kesilapan ialah bertaubat dan tidak terus menerus mengulanginya.. 😀
hafizmd says
Sama2 kita kekalkan momentum sentiasa mudah memohon maaf dan memberi kemaafan di bulan2 lain juga…
terima kasih bro utk mutiara kata ni…terbaiklah!
p/s- nak juga ucap, selamat hari raya maaf zahir batin
Hairul Hissam says
Selamat hari raya bro dan maaf zahir batin.. bagus nasihat yg bro berikan tu.. 😀
Myra Jay says
Terima kasih, perkongsian menarik untuk renungan bersama ;D
Hairul Hissam says
Semoga memberi manfaat buat kita bersama.. 😀
devi says
kata-katanya sangat bermakna.
Hairul Hissam says
terima kasih 😀