Makin menjadi-jadi mat rempit nie. Baru-baru ini, 50 mat rempit merempuh sekatan jalan raya di Felda Tenggaroh, Mersing dengan aksi ‘ala torpedo’. Mengakibatkan seorang koperal cedera dan menerima tiga jahitan di lutut selepas dirempuh dan terpelanting sejauh kira-kira 2 meter.
“Selepas terpelanting dan terlentang di atas jalan raya, saya dapati tiga lagi motosikal ditunggang laju oleh rakan suspek tiba-tiba muncul sebaik saya menoleh ke belakang untuk meminta bantuan anggota lain” Kata Koperal Arifin Abas yang bersyukur kerana sempat mengelak dari dilanggar oleh motosikal terbabit.
Ketika menceritakan detik cemas ini, Koperal Arifin berkata ” Pada mulanya saya menyangka mereka akan berhenti untuk pemeriksaan, bagaimanapun apabila tiba kira-kira dua meter daripada sekatan jalan raya, semua penunggang mula memecut laju dan berpecah kepada empat barisan menyebabkan anggota bertugas gagal bertindak kerana keadan mengejut dan bahaya”
Menurutnya lagi suspek yang merempuhnya dapat diberkas selepas gagal mengawal motosikalnya dan terbabas. Suspek didapati di bawah pengaruh dadah, tidak mempunyai lesen memandu dan cukai jalan telah tamat tempoh.
Geleng kepada hairul.com membaca surat khabar harian metro hari ini. Nasihat hairul.com, ibu-bapa harus prihatin dan mengambil berat aktiviti luar anak-anak mereka agar tidak terjebak dalam aktiviti tidak sihat ini.
shukairi says
Gejala mat rempit ni memang betul2 menyusahkan orang awam. Bawa motor terlalu laju tu satu hal, bunyi ekzos motor yg bising tu btl2 menyakitkan telinga. Kalau ada siapa2 rumahnya sebelah jalan raya tu faham pasti faham keadaan ni. Harap2, pihak berkuasa ambil tindakan lebih tegas kepada mat rempit yang ‘tak makan saman’ ni. geram bila tiap2 malam minggu ada je mat rempit berlumba 🙁
Hairul Hissam says
Memang benar tu en. shukairi, mmg sakit telinga mendengar bunyi2 motosikal yg dimodified nie….
Semoga pihak berkuasa lebih tegas dalam hal ini.. tq ya..:D
AK says
Salam, Isu ni memang serius. Generasi baru sekarang (tidak semua) hanya pandai berfoya-foya sahaja. Seperti tiada agama dan pedoman. Ada ke mat rempit ni beriman dan beragama. Mungkin 10% mungkin ada. Isu ini mudah sahaja untuk ditangani, ketatkan hukuman. Adakan sahaja hukuman sebat kepada mereka yg sahih terlibat aktiviti berlumba dan melanggar sekatan polis. Mereka yg terlibat juga harus dikenakan gantung lesen selama 1 tahun. JIka didapati degil akan dipenjara. Mungkin cara ini akan menakutkan mereka sedikit sebanyak.
Terbaru pula, pengguna paip bising. Ada segelintir yg tidak hormat kawasan apabila melalui lorong kampung dan kawasan perumahan. Mereka memaju laju menggunakan paip bising. Ini mengganggu penduduk terutama orang-orang tua. Kebanyakkan kawasan kpg. dan perumahan didiami oleh penghuni ini. Ini mengganggu riadah, solat dan activiti lain oleh bunyi yg mengganggu hari mereka. Mereka seperti tiada otak untuk berfikir setiap kelakuan yg mereka lakukan.
Orang kite ni suka kata “biarlah”. Biar sampai melarat maka susah hendak di bendung. Disebabkan “biarlah” maka keadaan semakin serius.
Semoga Allah membuka pintu hati mereka yg daif dan lupa kepadaNya.
hpesoj says
dengan ala torpedo? di amerika syarikat dan di britain, pihak polis menggunakan paku untuk memancit tayar. kalu tayar kena pancit polis, komform x boleh lari, cari kat youtube, kita boleh menonton kereta yg dikejar polis kena pancit
Hairul Hissam says
Memang bagus cara tu bro.. senang sikit mengejar mat rempit nie… 😀