.
Teringat dulu semasa saya kecil. Saya sangat teringin memakai cermin mata. Namun sekarang terasa menyesal pula memakai cermin mata atau masalah rabun. Semakin hari, power cermin mata saya semakin meningkat. Astigma saya pun turut meningkat. Memang merisaukan. Saya pun mencari rawatan alternatifnya di perpustakaan dan juga di internet. Akhirnya saya menjumpai satu teknik yang mampu mengelakkan power cermin mata dari terus meningkat tanpa sebarang kos.
Sebelum saya menerangkan tekniknya, elok anda memahami punca kepada masalah rabun ini. Selagi anda tidak memahami puncanya, selagi itulah power cermin mata anda akan terus meningkat. Secara semulajadinya, mata kita hanya sesuai melihat objek jauh. Bukannya objek dekat. Bentuk mata kita pada asalnya hanya sesuai melihat objek jauh. So apabila kita melihat objek dekat, otot-otot mata akan menekan mata dan mengubah bentuk mata untuk melihat objek dekat.
Konsepnya seperti ini. Katakan mata anda seperti sebuah bola ragbi yang lonjong. Bentuknya hanya sesuai melihat objek jauh. sebaliknya apabila anda melihat objek dekat, otot mata akan menekan mata. Dan menjadikan bentuk mata anda seperti bola sepak yang bulat. Masalah rabun berlaku apabila anda meilhat objek dekat terlalu lama. Ia menyebabkan bentuk mata anda tidak dapat kembali kepada bentuk asal dengan sempurna iaitu bentuk bola ragbi. Inilah punca utama masalah rabun iaitu melihat objek dekat terlalu lama.
Secara detail, melihat objek dekat kurang dari 7 meter sudah cukup memberi tekanan dan mengubah bentuk mata anda. Namun ia hanya memberi kesan buruk pada mata sekiranya anda meilhatkan objek dekat terlalu lama. Terlalu lama disini ialah melebihi 20 minit. So untuk mengatasinya, setiap 20 atau 30 minit melihat objek dekat, anda perlu melihat objek jauh dalam beberapa saat. Ini bertujuan untuk mengembalikan bentuk mata anda kepada bentuk asal. Dan juga merehatkan mata dan otot mata anda.
So pencegahan kerosakan mata atau rabun yang terbaik ialah setiap 20 minit melihat objek dekat. Anda perlu berhenti sebentar dan melihat objek jauh melebihi 7 meter dalam beberapa saat. Tapi semasa melihat objek jauh. pastikan anda benar-benar fokus melihat dengan detail objek jauh. Pada masa yang sama cuba rasai mata anda yang kembali lonjong pada bentuk asalnya dan otot mata bertambah rilek.
Selain dari pada itu, cuba usahakan menonton tv pada jarak yang jauh yang boleh. Usahakan melihat monitor komputer sejauh yang boleh. Usahakan membaca buku sejauh yang boleh. Samda buku, monitor atau tv, ia perlu dilihat dengan mata yang relaks dan tidak tergesa-gesa. Dengan cara ini, InsyaAllah power cermin mata anda tidak akan meningkat lagi. Seterusnya mengurangkan masalah rabun anda.
isyak says
TQ hairul saya memang ada masaalah dengan mata, kena pakai cermin mata untuk membaca. semoga tip anda ada manafaatnya
Hairul Hissam says
Tima kasih kembali en. Isyak. Mmg ramai yg mengalami masalah rabun nie..
Semoga dengan artikel ini, kita lebih memahami puncanya dan pencegahannya.. 😀
salsa says
assalamualaikum ,
saya nak tanya
kan tulis cabut spec pas tu tgk jari telunjuk sejauh 7cm lepas tu tengok kertas kat dinding yang jauh 7 meter kan
tapi bukannya nampak pun apa yg tulis kt kertas tu
macam mana tu ?
Hairul Hissam says
wsalam, tengok jee utk menguatkan mata walaupun ia kabur…
suri says
sya rabun jauh huhu,,klu silau teruk gak nak mandu mlm saya rasa tak bernai lagi klu siang blh pandu lagi..
slu klu naik bas kena pakai spk mata,klu tak sy tak dpt baca bas apa yg sy naik.klu salah naik bas mmg kes nanyer jadinya heee..
bro org kata klu mmbaca dlm gelap lagi mata kita cpt rosak ye ker?
cermin mata saya klu kena cahaya matahari dia akan gelap sndri huhu..dulu ingat bt cermin rm100 je tambah tu ni dah jadi 200 lebih adei…
Hairul Hissam says
Benar tu cik suri, kalau masalah silau nie.. penglihatan di waktu malam mmg bermasalah…
Membaca ditempat gelap mmg meletihkan dan merosakan mata 😀
ohcikgu says
wahh, info yang menarik nih..
Hairul Hissam says
Semoga memberi manfaat kepada cikgu… 😀
Juan says
mata rosak sebab main internet 24 jam
Hairul Hissam says
Benar tu en. Juan..
bila menghadap PC terlampau lama tanpa rehat mmg merosakkan mata….. 😀
mahani says
Terima kasih Hairul, InsyaAllah akan cuba…..
Hairul Hissam says
Selamat mencuba dan semoga membantu ya 😀
super mak says
Bagus nie…
Hairul Hissam says
Cubalah 😀
isyak says
As salam Hairul. Insya Allah saya dalam proses mencuba petua yang tuan bagi tu, kalau berjaya saya akan kembangkan pada kawan2 plak.
Hairul Hissam says
Selamat mencuba en. Isyak. semoga ia berjaya mengelakkan power cermin mata en. isyak dari bertambah.. 😀
bEe says
Hehehe
Betul tu…
Masa kecik dulu bila tgk org pakai spec rasa mcm hebat pulak 😎
La ni rasa alamak aiihhhhh… 🙁
Hairul Hissam says
betul kan cik.bee.. he.he.he..
masa kecik rase hebatnyeee…
bila dah besar.. aduhai.. siksa betul pakai spec nie 😀
chii says
waktu dulu2 chii ske tgk org yg pakai cermin mata..sampaikan terikut2 gak nak pakai cermin mata..sebab pada chii…org pandai..slalu pakai cermin mata..sebab byk sgt membaca…ehehehe…
senaman mata tu…slalunya chii wat secara x langsung.baca pd signboard atau perkataan yang ada.
nak kata tgk tv dekat xde..cuma karang ni slalu dok depan lappy je la..rabun jauh ngn dekat x byk..tp silau da mcm nak bertambah..
thanks utk info =)
Hairul Hissam says
Benar tu cik chii.. org rajin membaca, kebanyakkan pakai spec..
sebab meilhat objek dekat terlalu lama
terutama bagi kanak2 yg dalam proses pembesaran tubuh badan dan mata..
so pembesaran mata mereka terganggu dan mudah kena rabun. 😀
MR.Z says
memang betul, dulu tengok orang lain pakai spek terasa nak pakai.. bila dah pakai, kadang2 rasa rimas pula.. sy silau agak tinggi juga la..
Hairul Hissam says
Saya ada terbaca Mr Z.. kalo kita mengadap pc atau cahaya dengan kepala tidak tengak atau betul. boleh menyebabkan silau lebih teruk 😀
MR.Z says
haha..ada betul juga, sy memang mengadap pc boleh tahan lama juga, lagi2 belajar jurusan komputer ni 😀
Hairul Hissam says
Kalo study I.T. mmg wajib la ngadap pc berjam2.
Tapi kalo Mr Z nak elakkan kerosakan mata.. setiap 20mint kena tengok benda jauh… 😀
amy says
Saya memang tak pakaipun cermin mata,kalau ikut petua ni mungkin tak payah pakai sampai bila-bila best kan!
Hairul Hissam says
Mmg beruntunglah org2 tak pakai spec mcm cik amy…. jealous saya….
InsyaAllah jika diamalkan senaman diatas.. tak payahlah habiskan duit beli spec.. 😀
titan says
samalah kita. Aku tengok orang pakai spek ni macam pandai aje. Jadi, aku pakai spek kakak aku. Nahh..ambik ko..rabun full time..haha..
Hairul Hissam says
he.he.he… dapat rabun full time skrg ya en. titan…
Kalau lah saya dpt kembali ke zaman kanak2.. mmg akan dijaga baik2 mata nie… 😀
suri says
haa rabun sepenuh masa huhu.. sy naik bas ,pi pust mmbli belah jer pakai.rumh..pjbt tak pulk..tak syok bila pakai.mugkin dh biasa ko huhu..bos plk kata pakai ar spek mata bru best kt opis ni sy dan awk pki spek nmpk skema haaaa..aduiii
isyh..tak syok kan, tapi klu pasang lpu tdo smbil baca ok tak cikgu mata hiii?
Hairul Hissam says
Kalau masih boleh pakai dan tak pakai spec.. elok cuba senaman mata..
mana tahu… hilang masalah rabunnya…
oh sebenarnya cik suri.. membaca sambil baring pun tak elok untuk mata..
kalo posisi atau kedudukan mata tak tengak atau senget.. boleh menyebabkan silau lebih teruk…
Nurshuhada Amira says
Thanks…Harap dapat membantu saya yang rabun jauh nie…
Hairul Hissam says
InsyaAllah membantu, cik Nurshuhada. Cuma kena istiqamah, baru dapat hasilnya.. 😀
Muhd Suhaily says
Tidak pasti rabun atau tidak memang silau lebih-lebih lagi masa memandu waktu mlm.
Selalunya mungkin berdepan dgn komputer sepanjang hari..
Hairul Hissam says
Benar tu en. shuhaily. komputer nie salah satu punca kepada masalah silau.
biasanya bila menghadap komputer nie.. mmg berjam-jam tanpa henti…
so kena praktiskan rehatkan mata setiap 20-30 minit.. tapi mmg susah nak buat 😀
cik tom says
bagus senaman tue sbb ciktom mmg rabun..cuma malas je nak praktis..hehe
Hairul Hissam says
ha.ha.ha… mesti sibuk cik tom nie :D….
biasanya mula2 je rajin buat.. lama-lama bosan dan akhirnya lupa… sama la saya 😀
sayacomel says
setakat ni mata ok. tak perlu pakai spek. hehe..
Hairul Hissam says
Wah .. mmg syok dan bertuahlah bro tak perlu pakai spec..
jadi pagi2 tak perlulah mencari-cari kat mana letak cermin mata 😀
nizamghazi says
Baru faham.
Sy mmg ada sikit masalah silau dan rabun ni.
Sy sepatutnya kena pakai spek, tpi nk pakai
Sbb bila pakai akan rasa terapung bila jalan.
Tengs bgi tips tu, akan cuba amalkan.
Hairul Hissam says
Mungkin bila En. Nizam pakai spec, mcm pakai mask dlm laut tu kot.. tu yg rase terapung je :D… .
tapi pada saya pakai spec nie.. tak puas la tengok alam yg indah ini….
aina says
wah… bagus ni..
kadang2 masa pakai spec pun tak nampak jgk, pasni boleh try amalkan..
Hairul Hissam says
cubalah amalkan cik aina, insyaAllah membantu 😀
Mekar says
Salam.
Kalau nak tahu, saya ni memang suka kpd lelaki yg bercermin mata. Pada saya, org pakai cermin mata tu ada tarikan istimewa (tp bukan yg kanta tebal la).Last2 kawin pun dgn lelaki yg berkaca mata. Sweet tu !heh
Manakala pd diri sya, alhamdulilah setakat ni mata sya masih elok dan tak perlu pakai cermin mata bkanta.
Hairul Hissam says
Wsalam. Statement nie mesti buat ramai lelaki nak pakai cermin mata..he.he.he…
Mmg untung cik mekar, tak perlu pakai cermin mata…. 😀
latifah says
Assalamulaikum tuan,
Terima kasih tuan sudi menghantar banyak pertua kepada saya. Akan saya priktikkan semua petua tersebut yang sangat berguna terutama mata. Saya berharap tuan akan berkekalan membuat amal jariah secara online. Semoga Allah memberkati tuan dunia dan akhirat. Wassalam
Hairul Hissam says
Wsalam cik latifah. tima kasih juga kerana sudi membaca petua disini.
semoga bermanfaat dan menceriakan hidup cik latifah.. 😀
Sue says
Semenjak tempat keje saya bertukar kepada Komputer yang lebih cangeh ni…hehehe
mata rasa sakit pulak …mungkin x ada skrin kalis cahaya macam yang lama…
terima kasih untuk petua ini…
Hairul Hissam says
Sesetengah LCD monitor mengeluarkan cahaya yg lebih terang dan juga radiasi lebih tinggi.
mungkin mata cik sue belum biasa lagi kot… lama2 nanti ok la :D.
juanita says
hihih….1st time la denga org nak sgt pakai spek.
nape x beli yg xde power saje 😀
Hairul Hissam says
he.he.he.. masa kecik la cik juanita. mane ada duit nak beli cermin mata….. 😀
Lizz says
bagus juga ni. boleh dipraktikkan sebab we all mmg rabun dalam rumah ni.hahahaha
Hairul Hissam says
Selamat mencuba cik lizz..insyaAllah membantu….
tapi nanti kesian plak kedai cermin mata.. dah tak de pelangan..he.he.he 😀
Sharifah Ashikin says
saya pun rabun jauh gak… masa firts guna cermin mata masa tu darjah 6.. masa tu memang malu nak pakai.. ada cermin tapi tak pakai pun… naik tingkatan 1 dan 2 pun masih di tahap sama.. lepas tu tingkatan 3 saya kena biasa kan pakai cermin mata.. sbb tahap rabun saya meningkat… rabun silau pulak tu… nak tengok ssuatu objek yang jauh memang tak nampak… sekarang pun masih guna lagi…
Hairul Hissam says
Sama lah saya.. dari kecik kena pakai cermin mata.. 😀 …
cubalah senaman mata nie cik sharifah…insyaAllah membantu .
Syarifah Ashikin says
insyaAllah saya akan cuba nnti… :)..
Hairul Hissam says
semoga berjaya cik syarifah… 😀
Syarifah Ashikin says
🙂 tq ats tips kuruskan badan tu.. nak try jugak ni… kuruskan badan plk… ha3… semua ckp saya makin montel
Hairul Hissam says
He.he.he.. InsyaAllah jika diamalkan.. badan akan bertambah slim dan menawan.. ramai plak yg terpikat kat cik Syarifah nanti 😀
Sharifah Ashikin says
hahahhahaaha… skrg pun dah pening peminat ramai… nnti lagi la pening..
Hairul Hissam says
he.he.he.. semoga berbahagia dgn peminat2 ya cik sharifah 😀
Sharifah Ashikin says
insyaAllah.. peminat mcm2 ragam
Hairul Hissam says
dah mcm artis la cik sharifah 😀
Sharifah Ashkin says
bkn artis pun.. org bagi tanggugjawab jaga pages dia.. hu3.. so kena jalankan tugas sebagai admin la.. hehehheheh
Hairul Hissam says
Oh begitu..he.he.he
Syarifah Ashikin says
ye la.. hehehehehe..
Dinda Yun says
Terima kasih..insyaallah perkongsian ni berguna untuk sy. Sy ada benda nak tny. Ada yang kata salah satu latihan mata dengan melihat benda2 hijau dan jauh, jadi amalan latihan mata tu perlu dilakukan dengan memakai cermin mata atau tak? Terima kasih..=)
Hairul Hissam says
Maaf lambat reply.. kadang2 ada yg tak perasan sbab tengok komen dari ruangan admin…. ok berkenaan soalan diatas….. latihan mata biasanya tidak mengunakan cermin mata, perlu tangalkan cermin mata telebih dahulu. mmg bagus tengok benda hijau….. selamat mencuba..
Dulu Lain Sekarang Lain says
Ramai kata yg kerosakkan mata berlaku sbb selalu tengok TV dsb. Tapi bagi kawe ia ada kaitan dengan genetik dan juga senaman. Family kawe semuanya no problem dgn mata except yg tak aktif bersukan atau beriadah… My wife pula kebanyakkannya mata 4 😉 daan mereka semua kebanyakkan tak bersukan 😀
Hairul Hissam says
Ada benar tu En Ismail. Bila kita bersukan, sebenarnya mata turut bersenam…
mata akan melihat benda jauh.. melihat kekiri, kekanan … atas dan bawah..
inilah salah satu senaman yang tanpa disedari menguatkan mata…..:D
p/s: sebenarnya bukan berpunca dari tonton tv.. tapi berpunca dari melihat objek dekat terlalu lama 😀
Razuan Razak says
Salam.. saya nak tanya.. saya ni tak rabun tetapi sy berminat nak pakai spec mata.. bila saya chek sebelah kiri sy rabun 0.25 dan sebelah lagi tidak rabun cuma silau.. sy nak tanya adakah patut sy memakai cermin mata atau tidak? adakah sy pakai cermin mata akan bertambah rabun saya n silau saya ini? sy tanya kedai buat spec mata diorang cakap pakai cermin mata lagi baik.. tapi sy risau rabun sy akan meningkat bila dah pakai spec mata.. adakah elok sy cuma buat cermin mata tiada power cuma letak silau sahaja? mohon jawapan daripada saudara yang dah ade pengalaman memakai cermin mata. terima kasih.
Hairul Hissam says
Kalau en razuan pakai cermin mata.. confirm power cermin mata dan silau akan naik dari semasa ke semasa…
yg penting elakkan puncanya… jgn melihat objek dekat terlalu lama… setiap 15-20 tengok benda jauh..
jika boleh tonton TV pada jarak lebih 7 meter….. dan akhir sekali..
Aktiviti sukan seperti bermain pingpong, bola dan sebagainya juga membantu menguatkan mata kita..
aishah says
kalau power mata saya hampir ke 700,boleh ke saya cuba petua ni untuk kurang kan mslh rabun saya yang semakin hari semakin teruk ???
Hairul Hissam says
Tak salah mencubanya cik aishah. semoga membantu ya 😀
hana says
dulu sayapun ada rabun silau yang agak teruk juga, tapi saya suka sangat makan carrot. Alhamdulillah skang da ok.
Hairul Hissam says
Kena amalkan makan carrot nie…tq 😀
azi says
assalamualaikum…sya nk hlangkan rabun mata saya macam mane ek?..,,rsa seolah-olah xsmprna je bla pkai spec.ermmmm dh ketntuan dariNYA nk buat cam ne kan kta sbgi hmba hrs trma kan
Hairul Hissam says
wsalam.. spt kata cik azi.. redha atas ketentuan Ilahi 😀 …
azi says
ye la….2sya thu tpi,hairul tetap xda ke cra nk hilangkan rabun tuk selama-lamanya?.. saya xnak rabun slma2nya
Hairul Hissam says
saya tak pasti plak sebab saya pun rabun gak 😀
tips says
kenapalah saya lambat jumpa ini…
tq. 🙂
Hairul Hissam says
Saya pun begitu juga… 😀
hafiszah says
salam encik hairul
saya mengalami masalah ini sekarang..sebelum ni saya tiada masalah rabun atau sakit di bahgaian mata..semenjak lepas bersalin, saya obses kepada crochet..(kait jarum satu) dan banyak jugak tempahan sy dapat..selain dari kerja 6-8 jam mengadap komputer di opis, masa senggang saya gunakan utk crochet..
makin lama mata saya makin kurang jelas..huhu..tp saya cuba menafikannya..sakit jugak..selalu jumpa doktor doktor kasi eyedrop dan minta saya cek di kedai mata..now saya kurangkan crochet..tp kerja mengadap komputer tak leh elak..hahaha
senaman mata ni mampu ye atasi masalah sy ni. seboleh nya saya tak mahu pakai spek..huhuhu…
Hairul Hissam says
Untuk mengelak dari rabun, setiap 15minit melihat objek dekat kena lihak objek jauh dalam 30saat. Kerana melihat objek dekat yg terlalu lama merupakan punca utama kerosakkan mata. 😀
Anna says
apa kesannya jika seseorang yang rabun tdak memakai kaca mata ?
Hairul Hissam says
Kesannya hanya apabila kita melihat objek dekat..kurang dari 7 meter dgn push mata kita utk melihatkan.. ia akan lebih teruk..
Anna says
so, bgi seseorang yg rabun, namun jarang sekali memakai cermin mata, ia akan membuatkan mata semakin rabun la ya ?
Hairul Hissam says
Kerosakan mata hanya akan berlaku apabila kita melihat objek dekat kurang dari 7 meter dgn lama. kalo kita menambah tekanan ketika melihat objek dekat sebab kita rabun.. mata akan lebih rosak…
Madihah says
Boleh saya copy??
Hairul Hissam says
Maaflah cik Madihah, hak cipta terpelihara 😀
no name says
bahaya ke klau rbn dkt bwh umur 20 thn
Hairul Hissam says
Saya tak pasti pula, elok tanya doktor mata 😀
awatif zulkifli says
Saya pon sama dulu mase kecik2 ingat comel sgt kalo pakai spek….saya pon cuba wat sabun.tapi x berjaya….pastu,kaklong saya bagitau susah giler nak jaga spek….
Hairul Hissam says
Syukur tak berjaya.. kalau tak rimas juga pakai spec nie sebenarnya.. 😀
hanan says
sy pn pkai crmin mata mse drjah 6..mse form1 dan form2 sy slalu pkai tp bla msuk form3 sy jrg pkai..hnya pkai mse ckgu mngajar atau ckgu mnulis kt whiteboard je..tp skrg sy dh lps spm..lgy lh x pkai…tp nti nk smbung stdy ttp kna pkai jgak..sy x slesa pkai crmin mata..dan bila pkai mmg muka sy akn npk lain..ermm..hrap sgt mata ni kmbali smbuh mcm biasa..nyesal x sdah..
Hairul Hissam says
Semoga mata cik hanan kembali sembuh.. 😀
sasha says
akak minta izin print dan amalkn utk akak dan anak yea.. risaukn anak akak yg power spec sentiasa naik.. Ya Allah Kau sembuhkn mata anak ku seperti sediakala..
amin..
Tkasih…
Hairul Hissam says
Mmg boleh print kak sasha. Semoga bermanfaat.. Kalau boleh TV bagi jauh 10 meter dari kerusi agar mata anak tidak cepat rosak… lagi jauh lagi bagus…
Adnan rizuan says
Assalamualaikum….
saya bru sja pkai spec dlm 2 buln lbih akibat silau….
ttpi sjak kblkngn ni sya mgalami sakit kepala klau sya pkai spec…
sebab apa ye..? lgipun sya bru pkai spec…xpandai lgi bab2 spec ni…
mmg dh jdi kbiasaan ke klau bru pkai spec…?
apa yg perlu sya buat..?
Hairul Hissam says
wsalam.. kalau ada masalah pening kepala, elok cari optematris yg check power mata..
kerana mereka lebih pakar dan kedai cermin mata biasa…
hafiz says
salam..power saya baru 100 dan sebelah lg 75 tetapi saya betul2 risau sehinggakn saya beli cermin mata pinhole tu..agak2 dengan power saya skang boleh x kembali kpd asal sbb saya baru pakai cermin mata tak sampai 2 bulan..sekarang ni dah 3 4 hari xpakai dan sy paksa mata saya lihat objek jauh sekalipun drive mlm..saya xnk hidup dengan cermin mata sbb time saya pakai cermin mata tu memang ok dan selesa melihat objek jauh dan begitu jelas sekali tetapi bila saya buka cermin mata pandangan saya jadi lebih kabur dari sebelum saya pakai cermin mata..adakah ini kerana otot mata yg dah xkuat kerana xde senaman sbb pakai cermin mata?minta pencerahan en.hairul..hehe
Hairul Hissam says
wsalam, tiada jaminan, bergantung pada mata juga.. tapi kalau pakai cermin mata confirm akan bertambah power cermin mata..
cuba kurangkan melihat objek dekat dan kerap melihat objek jauh dgn detail.. 😀
hafiz says
Terima kasih atas komen tu tp ye lah sy ni keje mengadap komputer tiap ari buat drawing, so agak ssh nk kurgkn lihat bnda jauh tu..hehe..n tu la penyebab sy jdi rabun..dlu sblum keje mata mmg ok xde rabun tp skng pandang bnda jauh skit dh kabur
Hairul Hissam says
Kalau kerja yg memerlukan tgk dekat, kena selalu selang selikan dgn tgk objek jauh dgn teliti. Sebab antara punca rabun ialah tengok objek dekat terlalu lama. So kurang berkesan senaman mata jika pada yg sama kita merosakkan mata dgn melihat objek dekat terlalu lama.. 😀
OMG says
nak tanya la..saya tngok tv dekat nampak. Bila tngok jauh dlm 5 meter nampak juga tapi nak baca synopsis kat tv mcm tak berapa nampak, kena kelip2 mata, gosok2 baru nampak jelas. Ni kira rabun ke? Lagi satu saya nak beli cermin mata mgkin rabun saya ni rendah je, agak2 zaman skrg mahal tak cermin sekali dgn bingkai? Kalo saya dapat yg paling murah pun tak apa la asalkn ada cermin mata.. Dalam Rm150 je boleh dapat tak?
Hairul Hissam says
Elok sangat OMG ke kedai cermin mata dan check di sana 😀
sarah says
nice information
Hairul Hissam says
tqvm 😀
Nurul says
Salam. Menarik. InshaAllah sy akn cuba.Mata sy memang rabun teruk.Sy risau sgt kerana sekarang ini sy masih takpakai spec dsebabkan takada duit untuk membelinya.Tapi, sy harap dgn cara ini boleh mengurangkan kerabunan mata saya:))
Hairul Hissam says
Satu cara yg saya lihat sangat berkesan ialah tengok tv pada jarak yg jauh spt lebih 30 kaki.. mata akan bertambah sharp…
Abang Hensem says
wow… cam tu ke? nice tips… terima kasih
Hairul Hissam says
terima kembali.. 😀
iz_rais says
slh satu punca rabun adalah memakai spec org lain sms kita xrabun…itu terjadi kt saya..dulu suka sgt pakai spec kwn wlaupun x rabun but now menyesal..haha.. -_-‘
Hairul Hissam says
Benar tu cik rais. Ia menyebabkan keletihan pada mata yg menyebabkan kerosakkan mata.. 😀
ana says
sya dlu rbun jauh time drjh 6 but skit je..my mom kta x pyh pkai spec tpi time tu jdi trend so tringin nk pkai ..sya buat jgk…bla pkai spec mkin bertmbh rabun..skrg ni rbun thp kronik dah..nyesal buat spec dlu…org kata klo pkai spec mmg rbun bertmbh btol ke??
Hairul Hissam says
Mmg betul lah…. 😀
mama wana says
tq akan info yang bermanfaat ini 🙂
Hairul Hissam says
semoga membantu 😀
Hafizul says
Thanks bro kongsikan…saya kadang2 tu leka hadap kumputer rasa senak semacam je dalam mata ni..
Hairul Hissam says
Saya pun menghadap komputer agak lama…
Tapi saya guna monitor agak besar dan letak dgn jarak agak jauh.. so mata kurang letih.. 😀
farah says
saya mengaami silau yang teruk..
dan sekarang saya rasa macam bertambah.. cukup tertekan dengan masalah nie.. saya akan cuba cara ini ..
harap jika ada cara lain boleh lah berkongsi.. terima kasih
Hairul Hissam says
Cuba latih mata anda utk melihat monitor laptop pada jarak jauh dan melihat dengan rilek. Ia akan emngelakkan mata anda dari semakin rosak 😀
tina says
Assalamualaikum. .
saya nk tanya rabun saya sebelah kanan 300 sebelah kiri 245. Kalau sy tk pakai spec selalu boleh naikkan rabun ke? And kalau saya membaca atau tengok telefon perlu ke saya pakai speck. And kalau tgk tv pada jarak jauh blh pakai spek tk?
Hairul Hissam says
Biasanya jika kita tak pakai spec, kita akan menekan mata kita utk melihat sesuatu… Aktiviti menekan mata kita tu yg menyebabkan mata rosak… 😀
linda says
tgk jauh to kna pkai spek kea x ?
Hairul Hissam says
tak pakai pun tak pe…
Mama Iskhandar says
Mata adalah anugerah yang tidak terhingga. Orang kata banyakkan makan lobak merah elok untuk mata
Hairul Hissam says
Mmg bagus makan lobak spt kata mama iskhandar..
Adam says
Saye ni plajar kolej
Klau bleh nk cpt sket krgkn rabun
Payah nk blajar ni,byk dh yg tertinggal ni
Hairul Hissam says
Kalau mata dah teruk sgt, elok jumpa pakar mata utk dapat power yg sesuai….
nur says
Assalamualaikum , degree spec sy dh seribu lebih , ada tak cara saya kurangkan degree ni ? Thank you
Hairul Hissam says
byk keluar berjalan dan lihat permandangan yg jauh2. Ia bagus utk kesihatan mata anda…
nazieha says
assalam saya bru form 1 saya suka bermain hp dn kalau saya bermain hp selma 2 or 3 jam mata saya akan rosak ke???sebab saya tak suka rabun…
Hairul Hissam says
Mmg boleh menyebabkan keroskan mata.. elok kurangkan atau elakkan..
cik emi says
mcm mana pula dengan saya. power mata saya kanan 650 kiri 550 daripada umo 12 hingga 25 tahun. umo 25 saya buat lasik tahun 2000. tahun 2007 umo 32 mata menjadi kabur dan buat corrective. 2007-2014 mata terang. menjelang bulan march 2015 mata saya menjadi rabun. so mata saya tidak boleh dipulihkan lagi ke. saya berumur 40 tahun sekarang.
Hairul Hissam says
saya bukannya doktor mata cik emi.. sekadar berkongsi sedikit info yg berguna sahaja.. tqvm..
suhailey says
memang ramai yang rabun sebab tv.tak syok pulak tengok tv jauh sangat 🙂
Hairul Hissam says
kena beli tv besar mcm kat panggung wayang, baru syok. 😀
nazieha says
kalau mata saya silau perlu pakai juga ke?sbb silau saya sbelh kann 50 sbleh kiri 25 .taklah truk sgt kan.
Hairul Hissam says
elok check dengan doktor mata…
syahida says
Lepas dah buat tip ni, spek mata kene pakai jugak ke?
Hairul Hissam says
Bergantung juga pada tahap rabun mata anda…
Umeyy says
Assalamualaikum , saya nk tnya . Kenapa ye bila saya sdng menggaul nasi atau saya sdg potong sesuatu mata saya akn kabur , bila saya geleng kepala dan tutup mata , dy kembali normal . Tapi ni jrg berlaku , … tq 🙂
Hairul Hissam says
maaf saya pun tak pasti kenapa mata puan umeyy jadi rabun
Jb says
Hai, klau saya tk rabun tpi nak pkai spek yg berkuasa rendah , adkh effect dia saya akan menjadi rabun ?
Hairul Hissam says
Elok dptkan nasihat pakar mata..