Mesti ramai tercari-cari idea perniagaan yang paling mudah dan senang. Bisnes yang boleh dijalankan secara sambilan untuk menambah pendapatan keluarga. Kebetulan saya menerima email dari seorang pembaca blog hairul.com. Namanya Puan Za. Menurutnya, beliau telah memulakan bisnes makanan di rumah hanya menggunakan resepi percuma di blog hairul.com. Tersenyum saya membaca emailnya. Jom kita baca email dari Puan Za.
Mungkin juga ada yang memandang rendah pada bisnes kecilan ini “Alaa jual sagun je, boleh kaya ke”. Laa kenapa tak boleh. Nak kaya, jual la se kontena sagun. 😛 . Sebenarnya bisnes yang kecil ini mampu memberi idea perniagaan yang lebih besar. Inilah titik permulaan untuk anda merasai selok belok perniagaan. Membiasakan diri dalam urusan jual beli. Seterusnya mengasah kemahiran anda dalam seni dan strategi perniagaan. InsyaAllah, ia akan membantu anda memulakan bisnes yang lebih besar.
.
Jika kita lihat bangsa cina yang hebat dalam perniagaan. Mereka juga bermula dengan bisnes kecil-kecilan. Mereka juga bermula dengan bisnes di belakang rumah sahaja pada satu ketika dulu. Dari situ mereka melihat potensi perniagaan. Dari situ membuahkan idea-idea perniagaan yang lebih besar. Dan kini, mereka berjaya. Mereka menerapkan semangat bisnes ini ke dalam jiwa anak-anak mereka. Dimana anak-anak mereka menyambung dan menerokai bisnes yang lebih besar. Itulah yang perlu kita contohi.
Apabila kita memulakan bisnes yang kecil seperti ini. Kita perlu ada mindset untuk mengembangkan perniagaan kita. Perlu ada cita-cita untuk memiliki perniagaan yang lebih besar. Ada usaha dan perancangan ke arah tersebut. Jika kita tidak berjaya melakukannya, pastikan anak-anak kita akan menyambungnya. Semoga artikel ini bermanfaat.
akubiomed says
Teringat kepada isteri dahuli pernah jual ais krim malaysia. Boleh dapat duit sampingan walau tak banyak.
Hairul Hissam says
Aiskrim malaysia pun mudah dibuat dan kosnya amat rendah.. Saya pun selalu beli kat rumah org masa kecik2 dulu.
Oh! budu says
wah. mesti terharu orang yang berkongsi resepi tu sebab dpt tolong orang lain.
Hairul Hissam says
Mmg seronok dapat membantu orang lain kan 😀
chii says
betul2..dgn memulakan secara kecil2an..x mustahil satu hr nnt boleh buka kedai..terbaik la puan za..chii sendiri x berkesempatan lg nak buat..ehehe…
Hairul Hissam says
Bisnes sagun nie masih boleh dikomersialkan lagi cik chii. Tak mustahil boleh buka kilang sagun mcm appolo.. 😀
Blog Asyraf says
Bagus betul kalau macam ni, walaupun tak banyak.lama-2 banyak la tu..
Dulu semasa zaman sekolah renda, selalu jugak makan sagun ni..tp sekarang dah payah jumpa.
Hairul Hissam says
Skrg mmg jarang nampak org jual sagun. Kalo dikomersial bisnes sagun nie.. tentu masyukk.. 😀
titan says
jual sagun. cukup kat 1-2 sekolah..leh untung banyak gak setiap bulan tu..
Hairul Hissam says
Kalu 2 sekolah dah untung banyak.. kalo 20 sekolah, mau kaya raya kan En Titan 😀
suri says
kedai sy on line jer bro huhu…
biar sikit tpi kita rasa puas hati hee…
cuma perlukan korbankan sikit wang utk dpt hasil yg berganda
Hairul Hissam says
Boleh jual sagun secara online taw cik suri…
Jual satu package, 5 batang ke atau sebagainya..
sagun tahan lama dan modalnya kecil.. tu yg best.. 😀
Mus says
idea bisnes dah ada..
kena rajinlah berusaha..
Hairul Hissam says
Betul tu en mus. rajin tak rajin je kan.. 😀
cik tom says
mmg bagus idea pn. zalifah ni..pandai cari peluang..
Hairul Hissam says
Satu contoh tarbaik dari puan za… semoga ramai lagi yg mencontohi beliau.. 😀
ciknor says
tahniah kepada pn za. saya tumpang berbangga. saya tgh mencari2 idea apa nak jual nih
Hairul Hissam says
Boleh la jual sagun cik Nor. Peluang depan mata nie.. 😀
daddydee says
kalau rajin semua akan jadi….
Hairul Hissam says
Kalo rajin, insyaAllah duit masyukkkk jeee kan daddydeee… 😀
suri says
sagun sedap dan rasa manis2 em..belanja nak mulannya skit jer heee
wanita duduk rumh ada pelung yg tggi utk jana wang. cam suei cuti sebulan ok jer hee smbil jaga anak ada wang masyuk
Hairul Hissam says
Peluang baik tu cik suri untuk menambah pendapatan keluarga.
Mana taw, nanti incomenya lebih besar dari makan gaji sebelum ini 😀
Nazri says
kalau mula biz secara kecil-kecilan, then membesar.. biz susah nak ranap coz ada banyak pengalaman.
Hairul Hissam says
Dan kalo jatuh pun, mudah naik naik balik 😀
nizamghazi says
Saya ada rakan yang pandai menghasilkan kek.
Tapi beliau tak tahu nak commercial macam hairul.
Hairul Hissam says
Skrg kat bazar ramadan atau pasar malam ramai gak yg jual kek.. Satu potong empat segi kecil, harganya rM2.50. Mmg banyak untung betul la. 😀 . Mungkin boleh cadangkan pada kawan en nizam utk jual di sana utk permulaan.. 😀
Mekar says
Bagus org2 sekarang ni ada usaha utk mendapatkan pendapatan lebih
Hairul Hissam says
tambahan lagi info dan idea bisnes sampingan mudah dicari di internet. Untung org sekarang kan 😀
Hj Hamonzar Bin Abu Hasan says
Betul tu.. klu nak berjaya bisnes adalah jalan terbaik.. sedangkan nabi Muhammad S.A.W. kita sendiri buat bisnes…
Hairul Hissam says
Rasulullah adalah contoh yg terbaik dalam bisnes.. tima kasih En Hj Hamonzar. 😀
Top Niaga says
Terbaik. suka baca blog ni 🙂
Hairul Hissam says
Semoga bermanfaat.. 😀
miyra says
salam,, wa..tahniah,tertarik saya membaca artikel di blog en., semoga terus suksess,,, doakan saya juga menjadi peniaga makanan yang berjaya
Hairul Hissam says
Terima kasih.. saya doakan puan miyra puan terus success dlm bisnes yg diceburi 😀
jass says
Terbaikla
Hairul Hissam says
semoga membantu en jass mencari idea perniagaan yang mudah..