Elok baca slow2 dua atau tiga kali untuk anda mudah paham. Tak perlu tergesa2 sebab ia akan menjadikan sesuatu yg mudah menjadi sukar.
Di bawah nie cara transfer file dari laptop ke handphone dan pasang apps:
Step 1: Gunakan cable charger handphone anda. Keluarkan sambungan usb dari plug. Dan cucuk sambungan usb ke laptop anda. Pastikan laptop telah hidup baru cucuk taw.
Step 2: lepas cucuk sambungan usb ke laptop. di handphone anda akan keluar tiga pilihan. Anda perlu pilih Transfer File di handphone anda.
Step 3: Di dalam laptop anda, masuk ke dalam folder Computer dan masuk ke dalam drive handphone dan masuk ke dalam drive internal storage handphone.
Step 4: Dan seterusnya right click pada mana2 bahagian kosong dan select paste utk paste file apk atau file apps. Sebelum anda buat step ini anda perlu copy terlebih dahulu file apk/apps di dalam usb pendrive yang anda beli dari saya. File apk/apps ada di folder ‘Versi Apps Utk Handphone’
Step 5: Selepas siap, kembali ke handphone anda. Masuk ke dalam folder File Manager di home/depan hp anda dan buka File
Step 6: Klik APK
Step 7: Klik file : install.apk. Pastikan anda di TAB ‘Not Installed’. Selepas siap install, file tu akan berpindah ke tab sebelahnya iaitu ‘Installed’.
Step 8: Stagging app tu bermaksud hp tengah checking apps. Oleh kerana size apps besar, so lama sikit hp checking bergantung pada kelajuan hp anda. Kalau terlalu lama, cuba reboot / power off hp anda dulu untuk ia refresh kelajuan checking.
Step 9: Jika keluar box security tu, klik button setting. Jika tak keluar, terus ke step 11.
Step 10: Tolak ke kanan button tu untuk membenarkan apps ini di pasang. Kemudian klik back pada handphone anda utk close setting box tu.
Step 11: Klik button Install.
(Untuk handphone lama, ia akan keluar option: Automatically remove installation package”. Anda kena klik kotak untick supaya ia tidak padam file install.apk. Kerana boleh guna semula)
Step 12: Tunggu Installation siap
Step 13: Klik button ‘Install Anyway’. Jangan tersilap klik ok yee. Jangan risau, app ini selamat kerana ada text, gambar dan video sahaja.
Step 14: Dan klik button open untuk membukanya. Di home atau depan handphone akan keluar icon baru. Boleh klik di situ juga untuk membuka apps. Siap dan boleh mula belajar.
Jika ada Masalah Pasang
Sebab 1: Memori handphone anda utk apps dah penuh. So tak muat. Utk makluman anda, memory handphone nie ada percentage untuk apps, storage dan system. Kalau percentage memory utk apps dah penuh, anda kena delete atau buang apps2 yang tidak digunakan di handphone anda.
Leave a Reply