Kalau korang ada masalah cari mesej penting dalam wasap. Tak jumpa2. Terutama link resepi best. Jangan risau, saya ada solusi nya dengan simpan semua tu di dalam apps free best ni.
Tapi sebelum tu, jom tengok croissant high class ni. Baru juga saya terima komen ni di whatsapp saya.
Seronok akak nie dapat buat crossaint macam di kedai high class. Memang marvelous croissant nie. Sebab saya ada buat beberapa improvement yang menjadikan ia lebih crispy dan sedap.
Anda boleh belajar pelbagai jenis puff, croissant, danish dan cream puff di: www.rahsiapuff.com
Cara Simpan Mesej Whatsapp
Cara nie memang mudah. Anda tak perlu lagi cari dalam mesej wasap yang banyak tu. Anda hanya perlu simpan mesej penting tu ke dalam apps free colornote nie.
Panduan ini untuk handphone yang bukan/selain iphone. Untuk iphone cuba search notes.
Jom kita mula pasang dan guna apps free colornote.
Kita pasang dulu apps colornote.
Step 1: Buka apps playstore di dalam handphone anda.
Step 2: Di ruangan search, taip colornote dan klik simbol kanta di tepinya.
Step 3: Klik button install. Kemudian tunggu hingga installation siap.
Step 4: Lepas siap installation, akan keluar icon apps colornote di depan handphone anda. Klik icon colornote tu.
Step 5: Bila Apps colornote di buka, klik button simbol +
Step 6: Pilih dan klik Text
Step 7: Taip tajuk yang sesuai.
Step 8. Masukkan link resepi atau mesej penting dari dalam wasap ke dalam ruangan ini.
Step 9: Seterusnya klik button back untuk save atau simpan.
SIAP simpan link resepi dari whatsapp
Lepas siap, semua link boleh terus di klik untuk ia buka laman web resepi. Mudah kan.
Seterusnya tekan button back seperti step 9 untuk ke senarai tajuk.
Yang kita buat tadi, hanya tajuk pertama iaitu Koleksi Resepi.
Anda boleh tambah lagi tajuk-tajuk lain, dengan klik button simbol +.
Anda boleh tambah tajuk tugasan penting, password, senarai barang untuk dibeli dan banyak lagi. Atau apa sahaja mesej dari whatsapp anda.
So lepas ni, kalau nak buka semula link resepi tu, tak perlu lagi buka di apps wasap. Hanya perlu buka apps colornote sahaja. Sangat mudah.
Semoga artikel ini memudahkan anda menyimpan mesej penting yang diterima dari whatsapp.
Leave a Reply