Di dalam artikel ini, saya bercerita pula pengalaman saya mendaftar webhosting, membina borang dan menyiapkan laman web jualan pertama saya. InsyaAllah ia serba sedikit memberi panduan bagi mereka yang berminat memulakan perniagaan internet.
Seperti di dalam artikel sebelum ini, saya berjaya belajar membina laman web pada akhir tahun 2007 menggunakan perisian dreamweaver. Semuanya melalui panduan video tutorial step by step dari oversea. Namun panduannya tidak mengajar mendaftar hosting dan cpanel. Mulalah saya pening kepala mencari, macam mana nak daftar hosting. Oleh kerana tiada panduan, saya main rambo je daftar dengan sebuah webhosting tempatan yang dimiliki oleh Kevin Zahri.
Bagi mereka yang tidak mengenali webhosting. Ia merupakan tempat simpanan laman web kita. Alaa.. sama je macam CPU komputer anda. Tapi ia dipanggil server webhosting. Server webhosting menyimpan segala file dan gambar laman web kita untuk dibuka di internet. Sebenarnya apabila kita membuka laman web di internet. Ia akan disambung ke server webhosting untuk membuka laman web tersebut.
Ceritanya pada akhir tahun 2007 saya mendaftar webhosting yang dimiliki oleh Kevin Zahri. Pada masa itu, saya memang tidak kenal siapa dia Kevin Zahri. Tapi orangnya memang baik. Boleh kata siang malam saya beremail dengan Kevin zahri. Tanya itu. Tanya ini. Yang baiknya Kevin Zahri nie tak jemu-jemu melayan dan menjawab email saya. Banyak juga saya belajar pasal cpanel dan hosting dari kevin zahri sehingga terbinalah laman web jualan pertama saya.
.
Inilah gambar Kevin Zahri semasa majlis perkahwinan beliau
.
Terus terang, saya baru je tahu Kevin ini seorang artis, model, coach dan selebriti. Dalam bulan ini. Sebab sebelum ini, saya cuma ingat webhosting pertama saya ialah maxhosting dan pemiliknya kevin sahaja. Saya juga pernah bertanya pada dia “Are you malay or chinese, kevin” sebab nama depan matsalleh tapi nama belakang melayu. Oleh kerana saya nak menulis artikel ini. So saya search semula webhosting lama saya di google.
Mula-mula terperanjat juga tengok laman web dan gambar Kevin Zahri yang keluar. Tak mungkin lah. Search lagi. Muka dia jugak yang keluar. Biar betul, impossible. Bila baca kisah beliau memulakan bisnes webhosting, barulah saya percaya. Yelah, macam mana lah dia ada banyak masa melayan saya dulu. Bila search lagi. barulah tahu. Dia start bisnes webhosting bermula June 2007. Baru start bisnes memanglah support kena buat sendiri. Tapi sekarang ini, mesti lah pekerja dia yang handle kot.
Tapi sekarang companynya telah bertukar nama kepada embunweb. Harga hosting dan domainnya hampir RM200.00 setahun. Walaubagaimanapun saya menasihatkan anda menggunakan webhosting yang lebih murah dan berkualiti di netkl.com untuk permulaan. Hanya RM60.00 untuk domain dan hosting untuk personal plan. Apabila bisnes anda menjadi dan berkembang barulah tukar ke webhosting yang lebih mahal. Jangan risau kerana pihak webhosting baru akan membantu dan menguruskan 100% pemindahannya. Saya juga pernah menukar webhosting.
Oh hampir terlupa bercerita tentang membina borang. Dalam video tutorial menggunakan dreamweaver yang saya cerita dulu, hanya mengajar membuat borang sahaja. Tapi tidak diberikan skrip borang untuk membolehkan borang berfungsi di internet. Memang pening kepala saya, mencari skrip borang percuma di internet ini. Kebanyakan skrip borang percuma di internet tak boleh pakai. Tak tahulah apa sebabnya. Mungkin tak compatible atau versi zaman batu kot..hu.hu.hu.
Sebelum itu, lebih baik saya terangkan dulu tentang skrip borang. Contoh mudah ialah borang tempahan pelangan. Skrip borang akan memproses dan menghantar data yang diisi oleh pelangan ke email anda. Tapi sebelum anda menggunakan skrip borang. Anda perlu membina borang pada laman web menggunakan perisian membina laman web. Perisian Kompozer juga sangat bagus dalam membina borang pada laman web. Dan selepas itu, barulah anda memerlukan skrip borang untuk memproses dan menghantar data yang di isi oleh pelangan ke email anda.
Berhari-hari juga saya mencuba skrip borang percuma di internet. Memang pening kepala sebab setiap skrip caranya berbeza. Pastu tak menjadi pula.hu.hu.hu. Nasib baiklah abang Kevin Zahri memberikan skrip yang amat mudah digunakan. memang simple skripnya. Yang penting dapat maklumat yang diisi oleh pelangan. Namun dalam pakej bisnes online saya, saya menyediakan skrip borang yang lebih advance di mana anda boleh masukkan sistem captcha, attachment dan auto reply email kepada pelangan.
Untuk maklumat tambahan anda, semua laman web saya sekarang dibina menggunakan perisian percuma kompozer. Perisian ini jauh lebih mudah daripada perisian dreamweaver. Perisian kompozer juga menghasilkan laman web yang profesional. Tiga laman web saya dibina menggunakan perisian percuma kompozer iaitu www.jombinaweb.com , www.rahsiataufufah.com dan www.resepiroticanai.com.
Sebenarnya pakej bisnes online jombinaweb telah memudahkan anda. Untuk makluman anda, FTP merupakan perisian yang akan upload file dan gambar laman web anda ke server webshosting untuk dipaparkan ke internet. Kita akan menggunakan ftp percuma dari Coreftp. Manakala cpanel merupakan pusat pengurusan webhosting anda. Semuanya diajar step by step menggunakan menggunakan text, video dan bahan pembelajaran. Jom ke www.jombinaweb.com
Nantikan, artikel seterusnya tentang produk pertama saya. Produk pertama saya tidak menggunakan file pdf seperti sekarang. Tapi menggunakan file exe yang lebih advance. Pelangan hanya boleh buka di komputer dia sahaja dan memerlukan activation menerusi internet. Namun kelemahannya.. .jeng.. jeng akan diceritakan di artikel seterusnya.
hiskichna says
saya sgt2 berminat utk memulakan perniagaan online ni…tp kn bila baca semua artikel bro, rasa mcm bnyk keje nk kene buattttt….gerun pun ada…tercalar sikit lah semangat berkobar2 utk memulakn perniagaan online ni…sy ni buta it..so bila kene buat benda2 yg berkaitan buat website lh, ,macam2 lahhh…sy jadi x confident je nk buat bisness ni…tolong sy..
Hairul Hissam says
Oh artikel-artikel tersebut dari pengalaman saya dimana saya bermula tanpa byk panduan. So sekarang nie saya telah sediakan panduan yang lebih memudahkan cik mempelajari selok belok pembinaan laman web dan bisnes online. Semuanya diajar dari asas sehingga siap membina laman web untuk menjual produk. Yg penting buang sikap ingin cepat pandai, cepat untung dan cepat kaya dalam diri kita. Sikap inilah sebenarnya yang mengagal ramai org baru dlm bisnes online. Yakinlah ilmu yg kita pelajari ini tetap akan memberi manfaat pada masa hadapan.Belajar perlahan-lahan dan konsisten. Insyaallah kita dapat juga hasilnya jika kita mulakan dari sekarang. jika kita takut, risau, itu dan ini, sampai bila-bila kita tidak akan berjaya….. semoga berjaya..