Terfikir pula idea putu dorayaki ala-ala makanan kesukaan Doraemon. Memang meletup laa, kalau sesape buat. Memang benar, kreativiti mampu membantu bisnes makanan anda maju dengan lebih cepat. Namun ia perlu cara yang betul dalam menawan hati pembeli. Ok, sebelum kita bercerita tentang cara menjadi usahawan makanan kreatif berjaya nie, jom baca dulu testimonial dari pembeli www.rahsiaputu.com
Berkenaan putu dorayaki tu, cara buatnya mudah sahaja. Ambik dua keping putu piring dan piping/sapukan inti coklat atau kacang merah pada bawah putu piring. Kemudian cantumkan atau tutup. Confirm budak2 suka. Silap haribulan, tv3/astro datang buat liputan. heee .
7 Cara Menjadi Usahawan Makanan Kreatif Berjaya.
Dalam perniagaan, kita perlu mencipta kelebihan untuk bersaing dengan peniaga lain. Salah satu caranya melalui kreativiti dengan mencipta kelainan yang disukai oleh bakal pembeli. Anda tidak perlu bijak untuk menjadi kreatif dan berjaya. Tetapi anda hanya perlu tahu caranya sahaja. Di dalam artikel ini saya berkongsi sedikit panduan untuk menjadi usahawan kreatif berjaya.
1. Buang rasa takut dan malu untuk membuat kelainan. Mindset ini perlu diubah. Anda tidak perlu tunggu orang lain buat dulu, baru berani nak buat. Barulah boleh jadi usahawan yang berjaya. Ini kerana kelainan membantu anda bersaing dengan peniaga lama dan berjaya dengan lebih cepat.
2. Kreatif mestilah sesuatu yang menarik perhatian orang ramai dan menimbulkan perasaan ingin tahu terhadap produk anda. Contohnya anda membuat murtabak cheese yang ditabur parutan mozzarella cheese di atas atau didalamnya. Ia sudah tentu menarik perhatian peminat cheese yang ingin tahu rasa dan kelainannya. Jika kelainan produk anda tidak mendapat sambutan, itu bermakna kelainan produk anda tidak menarik perhatian pembeli. Anda kena terus dan terus perbaiki.
3. Kreatif mesti sesuatu yang mudah difahami. Kalau anda buat sesuatu kelainan yang pelik dan sukar dipahami, orang ramai tidak akan membuang masa untuk memikirannya atau mencubanya. So ia perlukan sesuatu yang simple dan mudah difahami. Barulah boleh berjaya.
4. Kreatif yang mampu menjadi buah mulut orang ramai. Sifat semulajadi manusia ialah suka bercerita sesuatu yang baru atau lain dari yang lain. So anda kena cipta kelainan yang mampu menjadikan buah mulut orang ramai. Ini menjadikan bisnes anda tersebar dengan lebih cepat.
5. Kreatif tidak tertumpu pada produk sahaja. Kelainan boleh dibuat pada pembungkusan, susun atur atas meja, signboard, rekabentuk kedai dan banyak lagi. Yang penting ia menarik perhatian dan membuatkan orang ramai lebih selesa pada bisnes anda.
6. Dapatkan feedback dari saudara atau kawan-kawan terhadap kelainan tersebut. Kawan-kawan anda sudah pasti akan memberi idea-idea menambah baik lagi kelainan yang ingin anda buat. Ini sudah tentu akan menjadikan bisnes anda lebih berjaya.
7. Namun sebelum membuat kelainan, pastikan produk makanan anda benar-benar sedap dan menepati citarasa pelangan. Jika tidak, kelainan akan membunuh perniagaan anda dengan lebih cepat. Tiada guna kelainan atau kreatif, jika produk makanan anda tidak sedap dan tidak berkualiti. Ia hanya menjadi bahan cemuhan atau kutukan sahaja. So kena bagi test dulu pada kawan-kawan seperti yang diberitahu dalam artikel cara memulakan bisnes makanan sebelum ini.
Bonus: Kreatif yang dibuat mestilah terus menerus di perbaik berdasarkan feedback pembeli. Jika kreatif yang anda buat tidak berjaya bermakna ia tidak menarik dan anda hanya syok sendiri. Dapatkan juga idea-idea dari pembeli atau orang di sekeliling untuk untuk memperbaiki lagi kreatif yang anda buat.
Bonus: Produk asal atau original perlu dikekalkan. Manakala produk baru yang kreatif sebagai pilihan tambahan untuk menarik perhatian pelangan.
Semoga tips ini dapat membantu anda menjadi usahawan makanan kreatif yang berjaya. Yang penting anda tidak jemu-jemu berfikir dalam mencipta kelainan untuk kejayan perniagaan anda. Barulah boleh jadi usahawan makanan kreatif yang berjaya.
Labulabi network says
thanks for info.. untuk menjadi usahawan memang memerlukan kreativiti yang tingggi.. baru dapat bersaing dengan usahawan yang lain…
Hairul Hissam says
Benar tu. dan kreativiti boleh dipelajari. Hanya penting jangan berputus asa…
abg jay says
tips yg sangat bagus untuk berjaya sebagai usahawan…
Hairul Hissam says
Semoga bermanfaat.
Hairul Hissam says
Benar tu, kuih asal mesti tetap kena jual krn ramai juga yang lebih suka sesuatu yang biasa merekamakan.
titan says
leh suruh bini try masak nih.
Hairul Hissam says
Senang ada bini, order jeee. heee
Noriza Rahman says
Putu piring memang menjadi feveret bila ke pasar malam…
Hairul Hissam says
Kalau buat sendiri, tentu dpt makan sepuas-puasnya dan berpingan2…
Noriza Rahman says
sudah tentunya berpinggan-pingan campur anak dengan suami makan..hihi
Hairul Hissam says
Untung kalau boleh buat sendiri kan.. heee
Noriza Rahman says
Sangat untung dan menjimatkan perbelanjaan…tak perlu lagi ke pasar malam…
Hairul Hissam says
Mmg betul tu.. puas makan putu nanti. hee
Noriza Rahman says
Dah lama tak pekena putu piring ni..kalau kat night market pun dah jarang jumpa
Hairul Hissam says
kalau tak ramai yg jual, lagi mudah laku..
Mek ila Jual Vitamin says
Selalu juga makan makanan ni sebab best friend suka order. Bolehlah layan walaupun tak pandai sangat makan makanan Jepun.
Hairul Hissam says
Saya tgk makanan ala jepun, harga mahal dan margin untung tinggi. So produk kita kalau diubahsuai dan guna nama jepun tentu boleh up sikit harganya.. kan..
Hafizul says
Terima kasih kongsikan..amat bermanfaat ilmu yang dicurahkan..bab makanan, sedap itulah yang menjadi pelarisnya..hehe
Hairul Hissam says
Mmg benar tu. kalau tak sedap, tak guna apa jua promosi dan strategi… heee
Oja Samid says
putu piring memang sedap. kalau apply tips n ilmu daripada yang pakar lagilah bertambah2 sedapnya. 😀
Hairul Hissam says
Dan kalau dipelbagaikan lagi, perghhhh. boleh masuk Astro nanti.. heee
Nurul says
Aah..hari tu ada blogger Julia Johari sharing pasal roti canai bistik kat langkawi. Memang kreatif abang tu, and the most important is IT WORKS!
Hairul Hissam says
Menarik tu.. Mmg sifat semulajadi manusia suka menceritakan sesuatu yg baru atau yang berbeza. So kelainan akan membuatkan bisnes kita tersebar dgn lebih cepat….
Sani says
Orang yang kreatif ni akan buat pembaharuan dan kelainan dalam produknya… Maklumlah pesaing dah ramai. Orang yang tahan lasak aje yang boleh kekal lama…
Hairul Hissam says
Betul tu, sebab tu kita lihat byk syarikat besar spt nestle sentiasa memperbaharui produk dan packaging mereka.
cik tom says
betul memang nak jadi usahawan ni kena kreatif..lagi2 nak bersaing dgn usahawan lain jgk..tips yg bagus..
lama xjenguk ke blog hairul..setahun ke 2 tahun?hehe…harap2 sihat dgn projek baru..tak sabar nak tgk…
Hairul Hissam says
Wah, sibuk betul yee cik tom nie…lagi sikit lagi nak siap pakej kek tu.. heee
cik tom says
sibuk takde la sgt jgk kot..buat2 sibuknya lagi banyak..hehe
dh tgk preview kek tu memang mengancam..ni tgh pkir idea nak mengarang..hehe
Hairul Hissam says
bagus juga tu buat2 sibuk dari suka menyibuk. heeee..
semoga siap artikelnya ciktom….
ahmadyani says
Kata orang bisnes makan ni kalau buat cincai pun boleh jalan, inikan pula kalau diusahakan dengan sebaik mungkin. Bukan berjalan lagi, mesti pecut sampai tak terkejar dibuatnya…
Hairul Hissam says
Kalau diusahakan dgn bersungguh2.. mmg lumayan.. pembeli siap kena ambik nombor nanti. heeee
Faizul Ali says
Usahawan perlu berfikir diluar kotak supaya dapat menarik pelanggan..Good Info bro!
Hairul Hissam says
dan usahawan kena terus berfikir tanpa jemu…
omydroid says
kreatif mmg perlu kan..baru dpt membuat kelainan dan menarik hati pengguna..
Hairul Hissam says
Betul tu… yg penting jangan berputus asa utk terus berfikir…