Menarik juga satu keratan akhbar Berita Harian Rabu lepas yang bertajuk “Ketagihan Internet Gangu Tumpuan Pelajar”. Menurutnya Berita Harian, lebih 35% pelajar mengalami ketagihan internet dalam ujian yang dibuat dari 164 pelajar sekolah. Ini sesuatu angka yang membimbang jika pelajar terus dibiarkan tanpa panduan menggunakan internet. Oleh itu perlu cara mengatasi ketagihan internet di kalangan pelajar.
Pada saya, apa jua teknologi dan kemudahan mempunyai baik dan buruknya. Terpulang pada cara kita menggunakannya samada ke arah kebaikan atau sebaliknya. Malangnya anak-anak muda diberi kemudahan teknologi ini tanpa panduan dan bimbangan ibu bapa. Inilah salah satu punca menyebabkan ketagihan internet yang boleh merosakkan pemikiran dan masa depan anak-anak muda. Oleh itu perlu cara mengatasi ketagihan internet di peringkat awal.
Apa yang saya lihat, kesan utama ketagihan ini membawa kepada keseronokan melampau pada anak muda dan pelajar. Ini menyebabkan mereka menghabiskan masa yang panjang bersama internet. Tiada lagi masa untuk bersama keluarga. Tiada lagi masa untuk menyiapkan kerja sekolah. Tiada lagi masa untuk bersosial atau aktiviti luar rumah. Tiada lagi masa untuk memikirkan prestasi akademik sekolah. Seterusnya menjadi pelajar leka dengan keseronokkan internet.
Pada saya cara mengatasi ketagihan internet perlu bermula dari ibu bapa. Ibu bapa terlebih dahulu memberi kesedaran dan ilmu kepada anak-anak tentang manfaat dan bahaya penggunaan internet. Ibu bapa juga perlu monitor atau menyelia penggunaan internet anak dan selalu menasihati mereka dari semasa ke semasa. Sangat elok meletakkan komputer di ruang tamu rumah dan bukannya di bilik anak-anak. Semoga cara mengatasi ketagihan internet ini membantu kita melahirkan generasi masa depan yang lebih baik.
TehR says
mak ayah juga perlu elakkan diri daripada ketagihan internet
tunjukkan contoh yang baik buat anak2
Hairul Hissam says
Setuju sangat bro..dan ibu bapa juga kena diberi kesedaran dan ilmu tentang keburukan ketagihan internet berdasarkan realiti yg berlaku.. Jika tidak, takut ada ibu bapa yg mengangap ketagihan internet satu yg baik pula.
Joe says
Agak sukar untuk dibendung memandangkan dunia sekarang berkisar mengenai internet dan gajet. Lebih baik sekiranya platform ini dimanfaatkan untuk kebaikkan pelajar itu sendiri. Gunakan kekurangan/kelemahan itu sebagai kekuatan.
Hairul Hissam says
terima kasih diatas pendangan tersebut.
puteri kasih says
biasanya budak-budak bila dah mula main game..memang lupa dah tentang benda lain. Ha ah memang ibu bapa perlu sangat mainkan peranan 🙂
Hairul Hissam says
Ketagihan yg sia2 spt main game nie sgt merugikan masa dan kehidupan kanak2 spt kata cik puteri 😀
puteri kasih says
kanak-kanak yang ketagih internet ni dah tak aktif macam zaman budak-budak dulu kan 🙂
Hairul Hissam says
betul tu cik puteri 😀
azriey amrie says
Salam… sekarang ni kemudahan byk sgt… kalau dulu, nk guna internet kena gi cc.. skang ni guna phone je… budak2 skang ni pun phone canggih2… duduk dlm bilik, mengadap internet berjam2.. mak ayah sangka anak 2 dok belajar.. pemantauan langsung xde… kalau mcm 2, mmg rosaklah anak2…
Hairul Hissam says
wsalam…teringat pula kempen bahaya dadah pada masa disekolah dulu. Mmg berkesan kempennya…
Dan bagus kalau di adakan kempen bahaya ketagihan dan penyalah guna internet ini utk memberi kesedaran mendalam
kpd remaja dari bangku sekolah lagi. Kerana byk kesan buruknya jika disalah gunakan.
azriey amrie says
mmg betul pun… bkn xbagus internet ni, kalau digunakan dgn cara yg betul.. sgt membantu pelajaran sebenarnya… tp bila diselewengkan, mcm 2lah jdnya.. tp nk buat mcm mana kalau mak bapak sendiri pun sama ketagih.. walaupun duduk 1 rumah, tp masing2 dgn dunia sendiri..
Hairul Hissam says
Internet nie juga antara punca hubungan kekeluargaan semakin renggang.. semua hal sendiri. 😀
azriey amrie says
betul 2…..
cik tom says
ibu bapa kena pandai main peranan pantau masa anak dengan internet supaya tak jadi ketagih..
Hairul Hissam says
Betul kata cik tom.. lokasi komputer pun penting… Kalau letak kat bilik tidur.., mmg anak2 akan ketagihan… 😀