Memang syiok lee baring di kerusi malas sambil menikmati bunyi air terjun ni. Ditambah lagi dengan kehijauan pokok dan ikan kesayanganku. Memberi ketenangan dan keindahan yang tidak terungkap dek kata dan bahasa.
Tapi sebelum tu, jom tengok komen bisnes kek berkrim disukai ramai..
Ramai yang bagitahu saya, mereka hampir tak percaya yang mereka dah boleh buat sendiri kek harijadi selepas belajar di deco.rahsiakek.com.
Mungkin sebab saya cipta teknik latihan deco di tempat lain sebelum deco pada kek sebenar. Tu yang jadi mudah. Anda juga boleh belajar pelbagai kek harijadi yang lazat di www.deco.rahsiakek.com
Psst: Sekarang versi dvd dah ditukar kepada versi web belajar. Senang sikit belajar di handphone atau apa sahaja alat yang boleh buka web atau blog.
Buka web dan terus belajar. Memang mudah sekarang. Jom belajar pelbagai kek harijadi yang lazat di www.deco.rahsiakek.com
Jom Buat Sendiri Aqua Fountain Sendiri
Inilah akuarium air terjun ciptaan saya. Berminggu-minggu perah otak membuatnya. Akhirnya jadi juga. Walaupun tak secantik yang dijual di kedai. Tapi puas hatilah buat sendiri. Yang penting jimat duit aku. ha.ha.ha..
Jom kita mula belajar membuatnya. Tapi saya ajar secara ringas. Sebabnya air terjun dah siap, baru terfikir nak ajar. Korang cuba laa fikir untuk buatnya sebab tak susah. Saya lagilah, buat dari nothing atau tanpa apa-apa panduan.
Untuk kakinya saya guna upvc pipe 4inci. Manakala upvc socket di gambar kiri tu dipasang di atas dan bawah batang pipe untuk bagi rata. Memang penting permukaan yang rata untuk buat air terjun nie.
Lama juga saya fikir macam mana nak buat kakinya. Nasib baik teringat batang paip yang saya pasang di bawah rak pasu untuk elak roboh. Mula-mula ingat nak cantum 3 batang paip. Tapi bila sampai di kedai hardware, ada batang pipe yang besar rupanya.
Untuk mangkuk air terjun, saya gunakan saucer pot atau piring plastik alas pasu. Kalau nak guna penutup tong sampah pun boleh. Yang atas kiri, bahagian pancutan air tu saya guna batang paip upvc yang dipotong dua.
Untuk lekatkan batang paip pvc dengan mangkuk air terjun, saya gunakan gam silicone sealant SN-501. Kuat gam silicone nie.
Untuk gunting tepi mangkuk air terjun untuk air turun, saya guna gunting besi. Kalau nak guna gergaji pvc pun lagi bagus. Cari gergaji yang berbentuk pisau. Mudah sikit digunakan.
Untuk buat pancutan air dari banyak lubang, saya gunakan pipe pvc 3/4inci, elbow pvc dan cap pvc. Ketiga-tiganya saya cantumkan seperti gambar di atas.
Kemudian saya lubangkan pipe pvc gunakan soldering iron atau alat pateri tu. Caranya, on kan soldering iron. Bila panas, cucuk pada batang pipe hingga tembus. Semuanya ada dijual di kedai hardware.
Kita perlukan paip pvc dan pump untuk naikkan air dari akuarium ke atas mangkuk air terjun. Saya gunakan paip pvc 1/2inci dan submersible pump brand Sunsun seperti gambar di atas.
Dalam akuarium, saya guna dua pump. Pump pertama jenis 5w disambungkan ke filter box untuk ikan yang dibuka 24jam. Pump kedua jenis 22w untuk air terjun. Bila berada diluar sahaja, saya on kan pump 22watt nie.
Musim covid nie memang seronok duduk di rumah sambil baring2 mendengar bunyi air terjun. Dapat juga mengisi masa lapang melayan ikan dan pokok-pokok. Dapat pahala juga bagi mereka semua makan dan minum. InshaAllah.
Nak buat Air Terjun Akuarium Yang Lebih Jimat
Kalau nak jimat, guna akuarium yang lebih kecil seperti akuarium bersaiz 2kaki X 1kaki. Boleh guna pump 8w. Lagi jimat. Yang penting dapat menikmati bunyi air terjun yang memukau nie.
Bisnes Water Fountain Yang Lumayan
Daripada gambar nie laa, saya perah otak untuk buat air terjun sendiri. Water fountain tu berharga dua ribu beb. Untung giler seller tu. Kalau korang buat water fountain plus ikan akuarium, lagi laa menarik. Tapi kena buat dengan simen, mozek dan kaca. Baru cantik dan boleh jual ribu riban. Dapat jual sebiji seminggu dah boleh goyang kaki. he.he.he.. Kalau tambah lagi tempat letak pokok, lagi cun.
Bisnes Kek Pun Untung Besar…
Memang besar untung jual kek harijadi nie. Orang sanggup bayar mahal untuk kek yang benar-benar gebu dan sedap. Macam-macam kek harijadi yang saya ajar di www.deco.rahsiakek.com
Akhir kata, selamat mencuba membuat air terjun akuarium sendiri.
akubiomed says
Kreatif. Bunyi tujahan air juga terapi.
Hairul Hissam says
Betul tu bro… Rasa tenang dan mengasyikkan
mrhanafi says
sifu memang multiskill…semua benda boleh buat
terbaik macam tu
Hairul Hissam says
Hanya perlukan kesungguhan jee bro bro..
~uncle gedek! says
Uih! Nak buat ni kena ada skill jugak ni…
Hairul Hissam says
sebenarnya tak susah laa buat nyeee
Fairus says
Kreatif dan menarik.
Hairul Hissam says
Satu keseronokan berfikir membuatnya.