Ramai yang tidak sedar banyak kecelakaan dalam hidup mereka berpunca dari tindakan mereka sendiri. Terutamanya dari mulut mereka. Hari ini mereka menyakiti orang lain dgn mengutuk mengumpat. Esok lusa mereka disakiti dgn pelbagai jalan. Kerana Allah s.w.t. maha adil. Ada yang dibalas/disakiti melalui keluarga, tempat kerja, perniagaan, sihir, masalah kewangan dan sebagainya.
Sebab dalam Al Quran, Allah s.w.t. dah bagitahu dengan jelas “Kecelakaan besar bagi pengutuk dan pengumpat”. So jika anda ingin hidup lebih celaka, bolehlah terus menyakiti orang lain melalui mengumpat, mengutuk dan mengeji.
Anda sendiri boleh lihat kehidupan orang yang tidak mahu menjaga mulutnya. Banyak masalah yang datang bertubi-tubi. Tempiasnya tentu kena pada satu keluarga.
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan perkara yang tidak disukainya”(Hadis Riwayat Muslim) Memang rugi mengumpat nie. Pahala kita kena bagi kat orang lain. Keaiban kita akan dibuka oleh Allah s.w.t.
Dan orang lain pun akan fikir “Hari nie dia mengumpat dan mengata orang lain, esok lusa dia mengumpat dan mengata diri kita dibelakang kita pula”. Memang kena extra berhati-hati bercakap dengan orang yang suka mengutuk dan mengeji nie.
Tapi yang herannya. Orang yang suka mengumpat dan mengutuk nie. Bila perkara yang sama kena kat batang hidung mereka, tahu pula dia bengang. Mengalahkan orang lain pula tu. Tu laaa manusia nie. Selagi tak kena kat batang hidung sendiri, selagi tu laa mereka tak akan paham. Tapi bila dah kena kat batang hidung sendiri, merengek mengalahkan budak kecik pulak tu.
Imam Shafie pernah berkata “Sesiapa yang menasihatimu secara sembunyi-sembunyi, maka dia benar-benar menasihatimu. Sesiapa yang menasihatimu di khalayak, dia sebenarnya sedang menghinamu”. So jika anda ikhlas nak menegur, nasihatilah secara bersendirian. Bukan di khalayak ramai dan bukan untuk dihebohkan. Jika tidak, kita boleh jatuh pada kategori mengutuk dan mengeji yang hanya akan menambahkan kecelakaan dalam hidup kita. So buat ape laa pandai sangat mencari bala untuk diri sendiri. Dan buat ape laa mencari alasan untuk mengumpat dan mengutuk yang menjadikan hidup kita bertambah celaka.
Anggaplah kelemahan dan kekurangan orang lain sebagai ujian yang diberikan Allah s.w.t. kepada kita. Samada kita mampu menjaga mulut kita atau sebaliknya. Jika kita tidak mampu menjaga mulut kita, maka balasan dan kecelekaannya pasti akan menimpa hidup kita. Sebaliknya jika kita mampu menjaga mulut kita, maka ganjaran dan nikmatnya pasti akan kita nikmati nanti.
Sebagai seorang usahawan, perkara nie memang perlu dijauhkan. Jika tidak, ia hanya akan memberi kecelakaan pada bisnes sendiri. Pekerja dan keluarga pun kena dididik agar berhati-hati dalam bercakap. Jika tidak, tempias kecelakaannya pasti menimpa perniagaan dan satu keluarga. So pilihlah sendiri samada nak hidup lebih celaka atau sebaliknya. Semoga artikel nie menjadi peringatan buat diri saya sendiri.
Psst: Mengata keburukan orang lain yang benar pun dah besar kecelakaannya. Bagaimana pula orang yang suka buat andaian-andaian yang bukan-bukan. Yang tanpa mereka sedari memfitnah orang lain. Tentu lagi dahsyat kecelakaannya.
Patut laa hidup banyak masalah. Rupanya bala dari mulut sendiri. Dah tahu ni, kurangkan lah mana yang patut. Bala dari perbuatan lepas pun tak habis lagi. Buat apa laa nak cipta bala baru.
Semoga kita semua dijauhkanNya dari sifat buruk yang menempah bala untuk diri sendiri nie.
akubiomed says
Saya memilih untuk diam walaupun didalam hati membuak-buak untuk menegur. Kalau tegur nanti disalah tafsir.
Hairul Hissam says
kalau tegur hanya mendatangkan kemudharatan, lebih elok diam jeee..
mrhanafi says
semoga pesanan begini memberi manfaat kerana keje mengumpatkan ini memang menyeronokkan bagi mereka yang tak takut dengan dosa..
Hairul Hissam says
Betul tu.. buat dosa nie mmg menyeronokkan.. tapi tak lama laa.. bila balanya sampai.. baru taw langit tinggi atau rendah. .heee
adarain says
Sekarang ni semakin ramai pengguna laman social yang menegur tak kena pada tempatnya. Nak tegur tapi bunyi macam makian apatah lagi ramai yang melihat perkataan tersebut.
Hairul Hissam says
Lagi2 yg menegur mengikut emosi. jadi perang keyboard laa dibuatnya. akhirnya dosa bertimbun2 dibuat tanpa disedari. Bila balanya datang, baru tawww…
Noriza Rahman says
Baru dengar ustaz azam alkankari berceloteh di #sembangsahur..mengumpat dalam apa cara sekalipun tidak dibolehkan…memang tak memberikan faedah kepada sesiapa pun..
Hairul Hissam says
Benar sgt tu.. Tak memberi faedah sedikit pun.. Hanya menambah dosa dan merugikan diri si pengumpat sahaja kan..
Noriza Rahman says
Benar tu, peringatan untuk diri sendiri juga..
Hairul Hissam says
sama2 kita menjauhi budaya mengumpat dan mengutuk nie supaya dijauhi kecelakaan dalam hidup…
Noriza Rahman says
Terkadang kena menjauhi rakan-rakan yang suka bergosip ni, sebab boleh menjurus ke arah mengumpat juga
Hairul Hissam says
Jika nak selamat/bahagia dunia dan akhirat.. kenalah jauhkan kan sis..
myliferia says
Kalau nak tegur, biarlah dengan hikmah dan jangan sampai menjatuhkan air muka. Ramai orang nak nampak baik. Lebih suka jadi kesukaan orang berbanding menjadi kesayangan Allah
Hairul Hissam says
Nasihat yg baik tu..Bila kita mencari kesukaan org, kita hanya akan stress.. tapi bila kita mencari kesukaan Allah s.w.t., hati kita akan lebih tentang dan ceria..
Hafizul says
Ya Allah..semoga saya dipelihara daripada perbuatan ni…insyaAllah..terima kasih atas nasihat yang diberikan..
Hairul Hissam says
Semoga kita bersama2 dipelihara utk kebahagian dunia dan akhirat.. tqvm..
kakgojes says
KG jika terdengar buat mcm angin lalu aje..malas nak campur tangan bab2 ni
Hairul Hissam says
Kalau masuk campur, ibarat manambah dosa dan kecelakaan pada diri kita sahaja kan…
aank budi says
betul itu mas hehe
Hairul Hissam says
semoga bermanfaat..
Adzrif Sidek says
Sebelum tidur, in sha Alllah saya selalu akan maafkan segala kesalahan orang lain supaya hati kita tenang. Alhamdulillah
Tak perlu pun nak kutuk mengutuk sebab tak dapat duit pun 😛
Baik buat bisnes Bun macam tuan Hairul baru masyuk!
Hairul Hissam says
Betul gak tu, lagi elok buat bisnes bun dari mengutuk nie. heee
selamat hari raya bro dan maaf zahir batin..
aank budi says
maksih mas
Hairul Hissam says
semoga bermanfaat
riangria says
budaya mengumpat kena dihindari.. banyak lagi keja penting yang patut dilakukan..
Hairul Hissam says
Betul tu.. elok buat kerja lain dari kerja mengutuk yg menempah bala utk diri sendiri kan..
Luthfi says
apa boleh buat, depa kata dosa pahala dan kubur masing – masing. diam lebih baik
Hairul Hissam says
Yg penting kita perbaiki diri kita agar tidak terus mencipta bala untuk diri sendiri…