Tentu anda pernah berkelah ditepi pantai atau di kawasan air terjun. Suasana yang nyaman memberi ketenangan dan keceriaan pada diri anda. Namun tanpa kita sedari, bunyi–bunyi semula jadi ini mempunyai kesan kepada kesihatan tubuh kita. Bunyi desiran pantai, bunyi air terjun, hembusan angin semuanya mempunyai seribu satu khasiat pada kesihatan tubuh kita.
Beberapa tahun lepas saya ada melawati sebuah perpustakaan di JB. Semasa mencari-cari buku tentang kesihatan, saya terjumpa sebuah buku perubatan China. Buku ini bertajuk The Six Healing Sound yang ditulis oleh Mantak Chia. Buku ini mendedahkan kajian orang cina dulu kala terhadap kesan bunyi kepada kesihatan tubuh kita. Menurut buku ini, bunyi-bunyi yang disebut dengan betul memberi kesan kepada organ di dalam tubuh kita.
Bunyi SHHHH dapat membantu perjalanan organ paru-paru berfungsi dengan baik. Bunyi HAAAW akan membantu jantung berfungsi dengan baik. Dan banyak lagi. Memang menarik membaca buku ini. Buku ini turut di jual di kedai buku online US www.amazon.com . Cubalah anda search perkataan Healing Sound di www.amazon.com
Di dalam Islam kita disuruh membaca Al quran dengan suara yang jelas. Bukannya di dalam hati. Dan kita disuruh membaca dengan betul. Kita diajar pelbagai hukum tajwid, hokum tanwin, Idgham dan bermacam lagi. Ini merupakan hokum-hukum bunyi supaya kita membaca ayat al quran dengan bunyi yang betul. Kenapa? Kerana terdapat seribu satu penawar kepada kesihatan tubuh kita.
Dan bunyi-bunyi dalam perubatan cina tadi terdapat di dalam ayat al guran. Seperti bunyi SHHH dan bunyi HAAW terdapat dalam ayat alquran jika dibaca dengan betul. Antaranya di dalam ayat BISMILLAH. Ayat-ayat Al Quran bila dibacakan dengan bunyi yang betul, ia memberi kesan positif kepada organ di dalam tubuh kita. Sebenarnya getaran bunyi mempunyai seribu satu rahsia terhadap kesihatan tubuh kita.
Disini, saya juga ingin berkongsi satu lagi info yang menarik. Bagaimana getaran bunyi memberi kesan kepada molekul-molekul cecair. Ini merupakan kajian saintifik dari seorang pakar air Jepun iaitu Dr Masaru Emoto. Dr Masaru Emoto mengkaji bentuk-bentuk molekul air mengunakan microskop khasnya. Dan ia mendapati molekul-molekul air ini berubah bentuk apabila getaran bunyi ditujukan padanya.
Dr Masaru Emoto ada membuat seminar di Malaysia di Hotel Istana. Di dalam seminarnya, Dr Masaru Emoto meminta para hadirin mengucapkan perkataan yang baik kepada air mineral. Kemudian air itu di lihat pada microskop. Kelihatan struktur molekul air mineral itu kelihatan amat cantik. Dan kemudian para hadirin disuruh mengucapkan perkataan yang buruk atau kesat pada air mineral. Dan molekul air itu kelihatan amat buruk seperti sel-sel barah. Kebetulan ada seorang Ustaz di dalam seminar itu dan membacakan Ayat Alquran kepada air mineral itu. Dan apabila dilihat di microskop khasnya, molekul cecair itu kelihatan lebih bercahaya dan bersinar-sinar.
Inilah khasiat ayat Al Quran jika dibaca dengan betul. Getaran bunyinya mempunyai kesan yang sangat baik kepada cecair. Tentunya menjadikan cecair atau air tersebut lebih berkhasiat. Dan tahukah anda, tubuh anda dipenuhi dengan cecair iaitu darah. Sudah pasti, dengan membaca ayat alquran mampu memberi kesihatan tubuh yang lebih baik. Dalam Islam, kita juga disuruh membaca Bismillah sebelum minum air atau makan. Inilah khasiatnya yang kita tidak pernah diberitahu.
Cubalah anda mendengar ayat alquran di PC anda. Anda akan lihat perbezaan yang ketara pada diri anda. Walaubagaimanapun cara yang terbaik ialah membaca sendiri ayat Al Quran. Amat besar pahalanya. Semoga artikel ini bermanfaat.
latiffah says
salam. Alhamdulillah, amat bagus atikel ini..Inilah satu RAHSIA yang perlu kita umat Islam mengetahuinya. Ia nya amat INDAH jika segalanya dimulakan dengan ayat AL QURAN.
Kepada En. Hairul..teruskan usaha mu..semoga mendapat hidayah dari ALLAH. Amin.
Hairul Hissam says
Wsalam.. memang benar Cik Latifah..
Memang banyak rahsia kebesaran Pencipta di dalam Al Quran.. tq ya 😀
abdul basir says
alhamdulillah satu info yg amat bermakna..terima kasih chef atas perkongsian ini..semoga keberkatan dapd Illahi untuk kita semua insyaallah…
Hairul Hissam says
Tima kasih kembali En Basir…
semoga memberi manfaat bersama 😀
Juli Mariana says
Salam En. Hairul,
Satu artikel yang bagus untuk tatapan umum sebagai pengetahuan ttg rahsia kebesaran Ilahi.Tahniah En.Hairul!Mudah-mudahan ada lagi artikel2 ttg rahsia di sebalik Al-Quran yg kita tidak ketahui dapat dibongkarkan..
Hairul Hissam says
Tima kasih kembali.. 😀
InsyaAllah jika ada kelapangan saya akan menulis lagi.. tq ya..
mai says
ya tepat sekali.. kerana itu kita digalakkan baca al-quran tiap hari agar dpt ketenangan jiwa.
Hairul Hissam says
Memang benar kata cik mai..
bila hati tenang.. organ2 dalam badan akan berfungsi dengan baik..
kita akan lebih sihat.. insyaAllah… tq..:D
Admin Aura7Purnama says
Assalamualaikum wbt Tuan Hairul,
memang benar apa yang dikatakan. Banyak penemuan-penemuan di muka bumi ini yang sebenarnya dapat mendekatkan kita untuk insaf & betaqwa pada Allah swt.
cuma, samada mau dengan takmau ja.
mohon kami share blog ni di facebook admin kami:
bole? ^_^
maaf jika tesalah bicara.
Hairul Hissam says
Wsalam,
Memang benar kata Puan, mau tau mau je :D..
Puan dialu2 share url link web maner2 artikel di fb puan.. tq ya..
diana ray says
Assalamualaikum wr.wb.
saya amat menyukai artikel ini kerna saya percaya bacaan ayat Al Quran mmg membawa ketenangan jiwa dan berdasarkan jiwa yg tenang maka segala penyakit blh disembuhkan. Sholat dan membaca doa pun sdh menenangkan jiwa apalagi bila membaca ayat2 suci ini.Byk rahasia dibalik ayat Al Quran ini yg kita blum ketahui.
Hairul Hissam says
Saya setuju sangat ngan Cik Diana,
Bila jiwa kita tenang, peredaran darah dan pernafasan akan berfungsi dengan baik,
begitu juga dengan organ di dalam badan kita dan sistem imun kita akan bertambah kuat…
Itulah hikmah disebalik membaca ayat Al quran.. tq cik diana…
Hamba Allah says
Surah Rahman-Beutiful And Heart Trembling Al-Quran By Syed Sadaqat Ali
Hairul Hissam says
Tq so much ya 😀
syed says
barulah saya ketahui khasiat ayat al-quran. tq bro 🙂
Hairul Hissam says
tima kasih kembali bro syed, semoga bermanfaat.. 😀
Ustaz Zul says
Artikel yang sangat bagus :)…Tiada keraguan lagi kerana kaedah rawatan yang terindah dan terbaik untuk merawat penyakit zahir dan batin ialah Al Quran
Hairul Hissam says
Memang benar tu Ustaz Zul, Alquran merupakan mukjizat yang sungguh hebat dan tiada keraguan padanya. tq ya 😀
fauzana yusof says
Salam. saya sgt setuju dgn artikel ini.Baca Al qur’an selain menenangkan jiwa, juga dapat menyembuhkan penyakit. tp saya skrg menderita sakit rahim berkuman. Yang belum ada dijumpai ubat yg mujarab setakat ini baik baik secara medil mahupun secara traditional..dan saya nak tanya, surah mana yg patut saya amalkan membacanya. wassalam.
Hairul Hissam says
Memang benar cik fauzana, Al-quran itu penawar segala penyakit.
cuma perlu diamalkan secara konsisten untuk melihat hasilnya…
berkenaan dgn surah tu, saya kurang pasti. tq ya 😀
semoga Allah menunjukkan jalan penyembuhan kpd cik.. amin…
Kak Pah says
Salam…Alhamdulillah..dan terima kasih kepada En. Hairul atas perkongsian ilmu ini. Semoga kita sama-sama mendapat rahmat dariNya dan semoga kita tidak lalai dari mengamalkan Al-Quran yang menjadi panduan dan pegangan hidup kita sepanjang masa…
Hairul Hissam says
Wsalam, tima kasih kembali kak pah…:D
Benar tu, Al-Quran merupakan panduan terbaik untuk kita umat islam…
khairul says
bagus nya .. suka dengan infromasi sebegini!!
Hairul Hissam says
Tima kasih en khairul… 😀
terapi imam muda says
nabi pernah bersabda : berubatlah kamu dengan alquran dan madu .
maka saintis telah menemui faedah yg amat besar …
Hairul Hissam says
Benar tu. Umat manusia mendapat faedahnya 😀
Azizah says
Article yang amat bermunafaat, thx Hairul for sharing
Hairul Hissam says
Memang besar khasiat Al quran nie cik azizah 😀
Zharif says
Salam, saya ingin bertanya saudara-saudari sekelian.
Ada sesiapa yang tahu hamba Allah swt yang bisa merawat masalah paru-paru?
Harap dapat hubungi saya segera.
Terima Kasih.
Zharif
Hairul Hissam says
Boleh juga cuba amalkan makan bawang putih bakar…
Semoga cepat sembuh ya en. Zharif…
Zharif says
sesuai ke untuk kanak-kanak berumur 1 1/2 tahun? kalau tak, En. Hairul tahu sesiapa yang tahu ayat Alquran yg mana dapat digunakan untuk menyembuhkan masalah paru-paru?
Terima Kasih.
Hairul Hissam says
Oh.. untuk anak kecil… Elok En. Zharif bertanya di forum… di sana lebih ramai org akan membantu….. 😀
Marmai says
Assalam…Alhamdullillah,,saya suka blog awda,,,banyak petua dan panduan yang perlu kita ikuti..Terima kaseh,,dengan adanya blog En. Hairul yang berguna ini,dan lagi dibenarkan untok shared…moga moga Encik Hairul beserta keluarga beroleh hidayah dan kesejahteraan hidup dari Allah SWT. Amin amin Ya Raabul Allamin
Hairul Hissam says
Wsalam cik marmai, terima kasih kerana sudi membaca di blog ini…
semoga memberi manfaat buat kita bersama….
p/s: Amat dialu-alukan share menggunakan button yg disediakan…. 😀
zasni says
salam.En Hairul terima kasih atas artikel yang disiarkan ni.
Saya nak tanyalah petua untuk hilangkan bekas cengkering ( chiken pox ).
Semuga dapat membantu.
Hairul Hissam says
wsalam cik zasni, dari pembacaan saya lendir lidah buaya bagus untuk pembaikan sel-sel kulit. Boleh cuba untuk kembalikan sel kulit kpd asal. 😀
kyrul says
al quran memang segalanya bro. perbanyakkan lah baca al quran.
Hairul Hissam says
Tima kasih bro atas nasihat tu 😀
Mohd Rujhan says
betul tu…saya selalu jgk dengr yg ayt al-quran boleh mengubat penyakit…sebab itulah kita seharusnya selalu mengaji…uztaz selalu menyuruh supaya meletakkan air di depan apabila mmbca yasin dan mminumnya…
Hairul Hissam says
Mmg byk khasiat bacaan alquran nie…. InsyaAllah sangat membantu kesihatan kita.. 😀
atekan says
Alhamdulillah, saya bisa lihat tulisan yang anda buat. saya anak indonesia, tapi sayang banyak sekali kita mendengar al-qur’an tapi tidak diamalkan.
Hairul Hissam says
Benar tu cik atekan… kebanyakkan kita islam pada nama sahaja dan kurang mengamalkan… 😀
Shazana says
Saya hendak Tanya saya Ada masalah dengar sistem Saraf Tangan bahagian kiri..? Bacaan Al-Quran yang mana patut diamalkan minta bantuan ustaz terima kasih…
Hairul Hissam says
Saya tak pasti pula cik shazana berkenaan dgn surah tersebut sebab saya bukan ustaz… Elok amalkan baca apa sahaja surah di dalam alquran.. insyaAllah membantu dgn izinNya.
nur says
trima ksh..amat bermakna..
Hairul Hissam says
terima kasih kembali.. 😀
riza says
Artikel yang membuka minda. Jalan mendekatkan diri kepada Allah S.A.W adalah melalui ilmu pengetahuan. ‘Bacalah, dengan nama tuhanmu’
Hairul Hissam says
Semoga kita bersama2 dpt mengamalkannya.. tima kasih 😀