Memang seronok lah tengok ikan emas pada waktu malam di carporch. Pada kali ini nak share cara bela ikan emas dengan cara yang jimat.
Tapi sebelum tu, jom tengok dulu testimonial pembeli loaf
Ramai kata resepi roti buku di dalam www.rahsialoaf.com sama seperti rasa roti gardenia di kedai. Tapi kalau buat sendiri, anda boleh letak pelbagai perisa yang anda suka. Tu yang best. Jom belajar buat roti buku dgn klik link: www.rahsialoaf.com
Cara Bela Ikan Emas Yang jimat
Saya rekomenkan anda beli ikan emas jenis Oranda. Ikan emas jenis ni cantik dan tahan dibandingkan ikan emas jenis lain. Di bawah ni ikan emas oranda yang saya bela.
Di bawah ini ada 7 cara bela ikan emas.
1.Makanan: Makanan ikan emas ni saya bagi pellet jenama star feed 9981. Harganya RM10 sekilo. Memang jimat. Kandungan protein pun tinggi dalam 43%. Air pun tak cepat keruh guna pellet nie. Untuk penjual pellet ni, klik link ini>>> Penjual Makanan Ikan Emas Star Feed
2. Size Aquarium: Tak perlu guna akuarium yang besar sebab ikan emas sizenya kecil. Saya guna aquarium 2.5feet sahaja untuk bela ikan emas ni.
3.Air Pump: Air pump ni untuk bagi udara/bubble dalam akuarium. Elok guna air pump untuk ikan emas lebih sihat. Saya guna air pump jenama Dophin AP-1500, 1.9w sahaja.
4. Water Pump: Kalau guna akuarium kecil, boleh guna water pump 2w sunsun hj-311. Lama juga saya guna water pump kecil ni. Ok ikan emas nya.
5. Lampu ikan. Kena ada lampu, baru syok tengok ikan. Saya guna lampu led brand aibao T4kg-30led, 4w yang warna putih biru. Saya onkan lampu malam jee.
Bila saiz akuarium kecil, maka boleh guna pump dan lampu yang lebih jimat elektrik. Tambahan lagi akuarium kecil lebih comel dan menjadikan rumah nampak luas.
6. Ph air. Nak mudah jaga ph air, guna batu media pillar seperti gambar di atas. Letak dalam akuarium. Batu ni akan stabilkan ph air dan menjadi tempat pembiakan bakteria yang baik untuk ikan emas.
7. Suhu: Kalau ikan emas masih kecil, elok letak dalam rumah. Sebab dalam rumah tidak terlalu sejuk. Macam saya, dah besar sikit baru saya letak luar.
Kalau tukar air, jangan lupa letak anti-klorin taw. Saya guna anti-korin brand Nika. Murah dan bagus anti chlorine nie. Untuk penjualnya klik link ini>>> Penjual Anti Klorin Nika Utk Ikan Emas
Bela pelbagai ikan baru syok
Kalau bela bermacam-macam jenis ikan baru syok. Takde laa jemu sangat dengan sejenis ikan. Setakat nie yang saya bela ialah ikan emas, ikan kelah, ikan arowana, ikan kecil barb dan anak-anak ikan untuk makanan arowana.
Siang sahaja, saya hidupkan lampu akuarium dalam rumah. Malam pula, saya onkan lampu akuarium luar rumah. Siang layan arowana. Malam layan ikan kelah dan ikan emas. Baru tak jemu.
Semoga artikel ini dapat membantu anda bela ikan emas dengan jayanya.
Leave a Reply