Artikel ini kiriman pembaca blog ini iaitu Cik Dayang. Saya tertarik dengan kata-kata cik dayang iaitu “Kita akan dapat sesuatu yang kita usahakan sebelum ini. Jika kita buat sesuatu kurang baik sekarang, kita akan dapat kehidupan yang kurang baik pada hari esok” Jom kita baca artikel ini.
.
Hidup Lebih Ceria Dgn Sifat Pemaaf dan Bersangka Baik
Tentu ramai diluar sana menghadapi kehidupan yang penuh dengan tekanan dan masalah. Selagi kita manusia, selagi itulah kita tidak terlepas dari sebarang masalah. Yang penting ialah bagaimana kita menghadapinya agar tidak menjejaskan keceriaan dan kegembiraan hidup kita.
Ada dua tips yang cik dayang ingin kongsikan bersama pembaca blog ini. Yang pertama ialah sentiasa memaafkan orang lain. Sikap ini membuatkan hati kita lebih tenang dan ceria. Sebaliknya sekiranya kita suka berdendam, ia hanya menyakitkan hati kita sendiri. Kita yang merana sebenarnya. Bukannya orang lain. Selagi namanya manusia, pasti tidak terlepas dari sebarang kesilapan. Begitu juga diri kita sendiri. Lagipun kita hidup bukannya lama dan segalanya akan kembali kepada Allah s.w.t. So kenapa sukar memaafkan orang lain?
Tips yang kedua ialah bersangka baik kepada orang lain. Kita perlu bersangka baik terhadap tindakan orang lain dan bersangka baik dengan apa jua yang berlaku dalam kehidupan kita. Sebenarnya pemikiran kita banyak mempengaruhi tindakan dan tubuh badan kita. Jika kita sentiasa berfikiran positif dan bersangka baik. Ia banyak memberi kesan positif dalam kehidupan dan tubuh badan kita.
Dalam kehidupan ini, kita akan dapat atau nikmati sesuatu yang kita usahakan sebelum ini. Jika kira berusaha melakukan kebaikan, bersangka baik, memaafkan orang lain dan tidak menyakiti hati orang lain, insyaAllah kehidupan kita pada hari esok lebih baik dan ceria. Begitu juga sebaliknya.
Hairul.Com: Terima Kasih Cik Dayang kerana sudi mengirimkan artikel petua hidup sihat, ceria dan gembira ini. Semoga tips ini membantu hidup kita lebih ceria.
akubiomed says
Mengenai bersangka baik pernah dipesan oleh pensyarah saya. Walaupun sukar untuk mengelak daripada tanggapan negatif tetapi cuba beranggapan baik didalam sesuatu perkara.
Hairul Hissam says
kita kena ingat.. syaitan di kiri dan kanan kita bekerja 24 jam menghasut kita utk berfikiran negatif… 😀
puteri kasih says
tulah..hidup hanya sementara kan. mungkin esok lusa kita akan dijemput kembali. Jadi eloknya semua perasaan negatif, seperti berdendam, iri hari, benci…dan yang sewaktu dengannya di kikiskan dari hati kita 🙂
Smile and always be happy ^_^
Hairul Hissam says
Betul kata cik puteri.. perlu usaha mengikis sifat in agar hidup kita lebih bahagia.. .. 😀
puteri kasih says
ha ah memang betul tu 🙂
Ummikami says
Assalamu’alaikum 🙂
Bersangka perlu kerana…
– Dapat menghindari diri dari sikap putus asa terhadap Allah swt..
– Dapat menjaga hati kita dari perasaan sakit hati dan dendam..
– Elakkan dari bermusuhan sesama manusia..
– Jauhkan dari kejadian tidak diingini seperti mengungkit-ngungkit..
– Menyedari hakikat bahawa manusia perlua da niat baik..
– Semua manusia sukakan kebaikan secara fitrahnya…
– Supaya kita sentiasa bersifat pemaaf seperti Rasulullah..
Wallahu’alam..
Hairul Hissam says
Waalaikumussalam Kak Ummi. bagus nasihat kak ummi… Mmg banyak kelebihan bersangka baik spt kata kak ummi. Semoga kita berusaha mengamalkannya… 😀
etuza says
hebat tips dia, sangat2 terkesan…semoga ada hikmah, berkongsi sesuatu yang baik…
Hairul Hissam says
Mmg bagus artikel yg dikongsi oleh cik dayang.. semoga membantu kita hidup lebih ceria… 😀
TehR says
memang penting bersangka baik dalam semua hal
hati kita boleh tenang
dan hidup kita pun senang
Hairul Hissam says
betul tu bro.. kita yg untung besar bila bersangka baik…