Petua ini kiriman Mohd Rujhan (Mohd Rujhan) dalam Kuiz Kongsi Petua dapat hadiah
Ramai dari golongan ibu-bapa yang bekerja cepat mengalami lenguh-lenguh badan dan sakit belakang. Ini mungkin disebabkan mengangkat barang berat, terlalu lama berjalan dan banyak lagi faktornya. Apabila badan kita lenguh-lenguh, ia akan merimaskan kita dan mengganggu kehidupan seharian.Jadi,
saya ada petua untuk menghilangkan lenguh badan bagi semua golongan terutama golongan dewasa yang sibuk bekerja.
.
Petua Cara Menghilangkan Lenguh Badan dan Sakit Belakang
1. Ambil halia, parutkan halia tersebut dan campurkan sedikit air.Kemudian sapu keseluruhan badan anda sebelum tidur.
2. Ambil air kelapa dan campurkan dengan air sejuk.Kemudian mandi dengan air tersebut pada waktu tengahari.Buat selama seminggu.
3. Ambil daun sireh, gosokkan pada tapak tangan sampai keluar air.Kemudian sapu pada badan atupun pada tempat-tempat yang lenguh.
Inyaallah, dengan mengamalkan petua di atas, mungkin dapat menghilangkan rasa lenguh badan dan sakit belakang yang sering membelenggu diri kita.
Admin: Terima kasih En Rujhan atas kiriman Petua Cara Menghilangkan Lenguh Badan dan Sakit Belakang ini 😀
P/s: Jangan lupa membaca artikel sebelum ini iaitu Petua cara memilih daging segar. Tapi sebelum itu, kliklah button Like, jika sukakan artikel ini.
Mohd Rujhan says
boleh lah mengikut petua ini bagi sesiapa yang lenguh-lenguh atau sakit belakang…selamat mencuba…
Petua Emak says
Memang bagus petu nie.. tqvm en rujhan.. 😀
gloryatie says
halia memang bagus dan berkesan, seperti yang kita semua tahu, halia menghasilkan haba dan membantu pengaliran darah. ala macam lumur minyak panas tu. kadang2 minyak panas tu ade yang dibuat dari halia.
Petua Emak says
Benar tu haba mengembangkan salur darah supaya peredaran lebih baik…
Choco Nila says
Petua yang sangat sesuai untuk orang yang kuat bekerja.Thanks to rujhan for the info. Bolehlah cube untuk amalkan petua ni lepas ni
azrie amriey says
kaedah islam, kita duduk mcm tahiyat akhir, pusing badan ke kanan, baca ayt kursi (masa pusing badan, pegang kaki, maknanya smpai maksimum). pas2 ulang langkah yg sama ke seblah kiri… Insya Allah, bila kita bangun tidur, rasa lega sgt…
kartini says
terima kasih untuk panduan yang berguna
Hairul Hissam says
semoga membantu menghilangkan masalah lenguh badan dan sakit belakang..
AdiSuhadi says
Terima kasih atas tips yang diberikan
Hairul Hissam says
semoga bermanfaat..tq sudi baca