Petua cara melembutkan daging ini kiriman: Cik Rafidah (Adif Fida) dalam Kuiz Kongsi Petua dapat hadiah
Daging merupakan masakan yang kerap dimasak sebagai lauk pauk dalam hidangan. Tetapi jika daging dimasak keras, ia tidak sedap dimakan. Oleh itu kita perlu melembutkan daging terlebih dahulu sebelum memasak. Ini kerana daging tidak seperti ayam yang mana kita boleh terus masak dalam masakan kita.u.
Petua Cara Melembutkan Daging
Sebenarnya ada banyak cara untuk melembutkan daging ini. Biasa kita dengar rebus daging bersama daun nangka. Ini yang selalu saya buat. Tapi cara ini bagi saya agak lama juga untuk daging itu lembut. Jadi saya ada petua yang mana tidak mengambil masa yang lama. Cepat daging tu lembut, cepatlah juga kita masak dan makan kan. Hehehe.
Jangan sangka kalau buka api kecil, maka lambatlah daging itu nak empuk. Tidak sama sekali. Setelah air rebusan mendidih barulah boleh api itu dibesarkan dan rebuslah sehingga daging itu benar-benar lembut. InsyaAllah lembut. Selamat mencuba.
Admin: Tima kasih Cik Rafidah atas kiriman Petua Cara Melembutkan Daging ini 😀
P/s: Jangan lupa membaca artikel sebelum ini iaitu Petua cara menghilangkan kotoran minyak. Tapi sebelum itu, kliklah button Like. Baru saya tahu anda sukakan artikel ini.
Adif Fida says
same2…:)
azrie amriey says
kaedah yg emak sy gunakan, rebus daging dengan sudu besi… biarkan sudu besi 2 tenggelam dalam rebusan daging, daging akan lembut tnpa menunggu bejam2… kaedah ni boleh juga digunakan utk membuat sup tulang… biasanya tulang lembu korban dipotong besar2 dan agak sukar utk merebusnya… masukkan sudu besi sewaktu merebus, dan lihatlah hasilnya…
Mohd Rujhan says
jikalau mak saya, ambil setengah atau sebiji pinang tua,kupas dan bersihkan pinang tersebut dan masukkan sekali ke dalam periuk untuk dmasak skli dgn daging tersebut…daging akan mnjadi lmbut.
gloryatie says
suami saya selalu buang urat putih ntah apa orang panggil, yang ade kat daging. supaya senang nak masak. tapi umi saya suruh potong ikut urat. biasanya kalau potong ikut urat, daging mudah empuk, kemudia masak masuk sudu besi macam c azrie tulis tu.
Adif Fida says
ada 1 lagi care…letakkan sedikit soda bikar bonat atau serbuk penaik ke dlm rebusan daging tersebut…
care ni pun berkesan klu nak lembutkan daging tu….
Ajieda Ajis says
Saya selalu masak daging jadi keras. potong ikut urat ke, masak api slow ke, letak sudu ke semua saya dah pernah cuba… tapi daging saya tetap liat………… ermmm ada tak lagi cara lain?
Petua Emak says
ada… kena beli daging baru tu.. 😀
nooraini says
selain rebus daging dengan betik atau nenas. betik atau nenas muda dikisar buat jus. perap dengan daging selama sejam. selepas itu bersihkan daging dan potong ikut kemahuam anda.
Petua Emak says
tqvm cik noraini atas petua tu… baru tahu boleh guna nenas.. 😀
choco nila says
rebus daging bersama daun nangka atau daun betik… kemudian bolehlah masak daging seperti biasa.
Petua Emak says
daun betik memang bagus untuk melembutkan daging..
Jebeng Otaiâ„¢ says
jika dimasukkan beberapa sudu besi pon leh watkan daging cepat empuk ..
Petua Emak says
betul tu.. tqvm