Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi Sambal Tempe Kering ini kiriman Cik Azriey Amriey. Jom kita pelajarinya.
Bahan-Bahan Resepi Sambal Tempe:
5 keping tempe
segenggam ikan bilis goreng
2 keping tauhu
4-5 sudu besar cili kering dikisar
1/2 biji bawang besar – kisar
2 ulas bwg putih – kisar
seinci belacan
1 sudu kecil air asam jawa
1 sudu besar gula
garam
gula melaka
1 biji bawang besar, potong bulat
Cara Membuat Resepi Sambal Tempe:
1. Potong nipis2 tempe….Panaskan minyak dan teruskan menggoreng hingga benar2 garing. Dah masak ketepikan. Potong tauhu kecil2 dan goring garing, ketepikan. Goreng ikan bilis sampai garing, dan ketepikan.
2. Tumis bawang besar, bawang putih, cili kering, dan belacan hingga cili garing..
3. Masukkan gula. Kacau sampai gula benar2 matang. Masukkan bawang besar yang dipotong bulat.
4. Masukkan air asam jawa. Kacau sebentar. Kemudian perasakan dengan garam dan masukkan gula melaka. Kacau sampai hampir kering.
5. Kemudian masukkan tempe, tauhu, dan ikan bilis goreng. Kacau rata. Goreng sampai kering. Tapi jangan sampai hangus
Hairul.com: Terima kasih kepada Cik Azriey kerana sudi berkongsi Resipi Sambal Tempe
nurmisnan says
Peberet aku tuh.. Yummmmm….
Hairul Hissam says
Samalah saya.. kalau sekali sekala makan luar.. mesti cari masakan tempe… 😀