Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi ayam masak halia ini kiriman Puan Mekar. Jom kita pelajarinya.
Jika ada sesiapa nak buangkan angin di dalam badan, maka boleh cuba resepi ayam masak halia ini.
Bahan-Bahan Resepi Ayam Masak Halia:
(untuk 3 orang)
5-6 ketul ayam
1 biji bawang besar,
2 ulas bawang putih,
4cm halia – wajib ada
5 biji cili padi
2 sudu sos tiram
1 sudu tepung jagung – dibancuh dengan sedikit air
1 cawan air – lebihkan air kalau suka kuah banyak
1/2 kiub ayam knor
hirisan lobak merah
1 biji tomato
garam – jika perlu
Cara Membuat Resepi Ayam Masak Halia:
1. Tumis halia, bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
2. Bila bahan tumis dah garing, masukkan ayam tadi… Gaul sebati.. dan biarkan ayam kecut.
3. masukkan sos tiram
4.Kemudian masukkan air
5. Bila kuah dah menggelegak, masukkan carrot.
6. Kemudian masukkan kiub ayam, kacau seketika
7. Jangan lupa masukkan tepung jagung yang dah dibancuh air untuk memekatkan kuah ayam tadi.
8. Kacau rata…Masukkan garam jika perlu. Jangan masuk banyak sangat garam sebab sos tiram dan kiub ayam dah sedia masin.
9. Masukkan cili padi
8. Akhir sekali masukkan tomato… Biarkan mendidih sekejap dan pastikan cili tadi dah lembut…
9. Tutup api dan boleh la dihidangkan…
Hairul.com: Terima kasih kepada Puan Mekar kerana sudi berkongsi resepi ayam masak halia