Kiriman Cik Azriey Amriey (Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com)
Resepi Kuah Kacang ini adalah kiriman Cik Azriey Amrie. Memang nampak sedap kuah kacang dari cik azriey. Jom kita mempelajarinya:
Bahan-bahan Resepi Kuah Kacang:
1kg kacang tanah
2 batang serai
1inci halia &lengkuas-ambil airnya
3 senduk gula atau ikut suka
1 mangkuk air asam jawa-bancuh cair
20 tangkai cili kering
1/3 belacan
20 ulas bawang merah kecil
3 senduk minyak masak
sedikit garam
Cara Membuat Resepi Kuah Kacang :
Goreng kacang dengan minyak hingga kuning angkat toskan.
Goreng cili kering, baw.merah,belacan hingga naik bau jgn lama sgt
Serai, lengkuas, halia di mesin ambik airnya sahaja.
Kesemua bahan ini di mesin dan disatukan dlm satu mangkuk.
Air asam jawa dibancuh cair masukan ke dlm mangkuk tadi dan di gaul hingga sebati.
Masukkan minyak tunggu hingga minyak panas dan masukkan bahan tadi kacau hingga pecah minyak. perlahankan api.
Masukkan gula dan garam ikut suka. kalau boleh biarlah rasanya manis2 buah
Hairul.com: Terima kasih kepada cik azriey Kerana sudi berkongsi resepi kuah kacang.